Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rajagobal dapat restu FAM

Posted:

Rajagobal dapat restu FAM

RAJAGOBAL (kiri) dan Kim Swee mencapai persefahaman berhubung isu pemilihan pemain bagi memperkuat skuad bola sepak negara.


TINDAKAN jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menyenaraikan lima pemain Harimau Muda pada kunjungan ke Hong Kong mendapat 'restu' daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini kerana, FAM menyokong penuh keputusan bekas jurulatih Selangor itu yang dilihat sebagai usaha untuk memperkuatkan skuad negara pada perlawanan persahabatan antarabangsa, 16 Oktober ini.

Lima pemain tersebut ialah Izham Tarmizi Roslan (penjaga gol), Fadhli Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbat (Harimau Muda A) serta Zubir Azmi (Terengganu).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzud- din Ahmad menegaskan bahawa pemilihan lima pemain itu tidak seharusnya dijadi- kan sebagai satu isu.

Azzuddin menambah, pelepasan tonggak-tonggak utama itu juga mendapatkan 'lampu hijau' daripada pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee.

"Kami tidak mahu mencipta suasana yang tidak selesa.

"Tiada istilah 'curi' pemain dan ia seharusnya diberikan keutamaan kepada skuad negara (Rajagobal) sebagai usaha untuk persiapan mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki.

"Buat masa kini, kami berada di landa- san yang tepat dan tiada perselisihan faham antara Rajagobal dan Kim Swee. Kami telah duduk berbincang secara profesional.

"Hala tuju Kim Swee adalah mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar pada tahun depan.

"Saya yakin Kim Swee akan mencari pemain-pemain muda berbakat untuk kejohanan itu.

"Jadi, saya berharap perkara ini tidak disensasikan oleh mana-mana pihak," kata- nya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir, pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal dan jurulatih, Rajagobal serta jurulatih Harimau Muda, Kim Swee.

Baru-baru ini, akhbar tempatan melaporkan, skuad Harimau Muda bakal beraksi pada kejohanan jemputan bawah 21 tahun (B-21) Piala Thanh Nien di Gialai, Vietnam, 13 Oktober ini.

Namun, keputusan Rajagobal yang menyenaraikan lima pemain utama itu dilihat bakal merencatkan percaturan Kim Swee. Kejohanan itu turut disertai pasukan B-21 Iraq dan Indonesia.

Begitupun, dalam perkembangan yang sama, Kim Swee kekal tenang dan positif di sebalik keputusan itu sambil mempertahankan keputusan rakan sejawatnya, Raja- gobal.

"Kita harus utamakan kejohanan Piala AFF Suzuki demi kepentingan negara.

"Secara realistik, sasaran kami adalah memenangi satu perlawanan pada kejoha- nan (Piala Thanh Nien).

"Jika saya memiliki pemain-pemain utama, saya boleh meletakkan sasaran yang lebih tinggi tetapi dengan barisan baharu, saya sasarkan ke peringkat separuh akhir sahaja.

"Ini kerana kejohanan itu turut disertai pasukan kuat seperti skuad B-21 Iraq dan Indonesia tetapi saya percaya ia akan menjadi satu pengalaman cukup berguna buat pemain-pemain baharu," tegas Kim Swee.

Harun mula pasang hajat besar

Posted:

Harun mula pasang hajat besar

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

DARI kiri Norjannah, Siti Zubaidah, Nurul Sarah dan Yi Ling.


HARUN Rasheed Othman (gambar kecil) memasang impian yang besar sekiranya ditawarkan semula jawatan selaku jurula- tih skuad olahraga negara.

Harun berkata, jika diberi peluang, beliau mahu membentuk semula kuartet 4x100 meter wanita yang sebelum ini telah memecahkan rekod kebangsaan semasa di bawah kendaliannya.

Kuartet itu dibarisi Siti Zubaidah Adabi, Nor Jannah Hafi- zah Jamaludin, Yee Yi Ling dan Nurul Sarah Abdul Kadir.

Selepas 21 tahun, kuartet negara itu mempamerkan kebangkitan apabila berjaya mencatat rekod baharu, 45.33 saat yang dilakukan pada kejohanan olahraga Grand Prix (GP) Poland, Julai 2010.

Ia telah memadam rekod lama yang dicipta kuartet yang dibarisi Anita Ali, G. Shanti, Sajaratuldur Hamzah dan Mumtaz Jaafar dengan catatan 45.37s pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, hasrat bagi menyaksikan kuartet itu melangkah lebih jauh di pentas antarabangsa 'berkubur' begitu sahaja apabila keempat-empat mereka terlibat dengan skandal melarikan diri daripada menjalani ujian antidoping pada Mei tahun lalu.

"Memang saya masih menyimpan hasrat untuk menggandingkan mereka semula kerana mereka mempunyai potensi untuk melangkah lebih jauh lagi. Lagi pun, pada 2010 mereka merupakan kuartet kelima terbaik pada Sukan Asia di China.

"Jadi, jika saya dipanggil balik menjadi jurulatih, saya mahu membentuk semula gandingan mereka.

"Mungkin Yi Ling masih belum boleh beraksi kerana berehat selepas bersalin manakala saya percaya Zubaidah, Norjannah dan Siti Sarah masih mampu membarisi kuartet tersebut.

"Tempat Yi Ling pula boleh diisi oleh dua atlet muda daripada ATM (Angkatan Tentera Malaysia) iaitu Kumalam dan Noor Amirah. Jadi, tidak ada se- barang masalah untuk membentuk semula gandingan itu.

"Kedua-dua atlet tersebut memiliki cata- tan peribadi terbaik bagi membolehkan mereka diserap dalam kuartet 4x100m," kata Harun ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ekoran tindakan melarikan diri daripada menjalani ujian antidoping tahun lalu, kuartet tersebut terpaksa dibubarkan.

Ini sekali gus menyaksikan mereka gagal meneruskan pencapaian yang telah dilakar sebelum itu terutama bagi mengungguli saingan pada Sukan SEA 2011 di Indonesia.

Tempiasnya turut terkena kepada Harun apabila didakwa menjadi 'dalang' kepada tindakan rangkaian pelari tersebut melari- kan diri daripada menjalani ujian antidoping yang dijalankan oleh Institut Sukan Negara (ISN) sebagai prosedur sebelum berlatih di luar negara.

Akibatnya, beliau telah digantung selama setahun oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bermula pada 9 September 2011 hingga 9 September lalu.

Nasib kuartet itu pula masih belum diketahui sehingga kini kerana Agensi Anti- doping Dunia (WADA) telah mengheret kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berikutan keputusan KOM yang sekadar memberi amaran keras kepada mereka.

Dalam pada itu, Harun mengakui sedia menimbangkan tawaran pucuk pimpinan baharu KOM jika berminat mendapatkan khidmatnya semula sebagai jurulatih olahraga negara.

"Apa yang saya tahu, saya tidak bersalah. Kini, dengan kepimpinan baharu, saya bersedia untuk kembali menjadi jurulatih dan membantu mengembalikan zaman kegemi- langan sukan olahraga negara.

"Sukan olahraga telah mengalir dalam darah saya sejak kecil lagi. Jadi, tidak ada sebab untuk saya menolak jika KOM mena- warkan semula jawatan selaku jurulatih. Terpulang kepada mereka," kata Harun.

Zaquan kongsi pengalaman

Posted:

Zaquan kongsi pengalaman

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

ZAQUAN (kiri) tidak dapat menyertai skuad ATM bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.


PENYERANG Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak sekadar menjadi penyokong pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.

Begitupun, bekas pemain Negeri Sembilan itu mahu berkongsi 'rahsia' dengan rakan sepasukannya menjelang pertemuan di permukaan padang rumput tiruan menentang wakil Singapura itu.

"Saya akui bahawa saya berasa sangat kecewa (sele- pas digantung satu perlawa- nan) kerana tidak dapat bersama dengan ATM tetapi saya mahu berkongsi petua untuk beraksi di padang rumput tiruan kepada rakan-rakan sepasukan.

"Tidak ramai pemain ATM mempunyai pengalaman beraksi di padang rumput tiruan, lebih-lebih lagi kami adalah pasukan daripada Liga Premier (berbanding Lions XII beraksi dalam Liga Super).

"Berdasarkan pengalaman ketika beraksi bersama skuad kebangsaan di Stadium Jalan Besar, saya akui ia sangat berbeza apabila bermain di padang biasa dan rumput tiruan.

"Pusingan bola, hantaran pendek serta kelembutan rumput tiruan (berbanding padang biasa) menjadikan bola itu bergerak lebih pantas.

"Jadi, setiap pemain perlu berhati-hati ketika membuat hantaran kerana pergerakan bola lebih laju bagi mengelak kami kehilangan bola," katanya kepada Kosmo!.

Zaquan digantung satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning pada aksi suku akhir pertama dan kedua ketika menentang Negeri Sembilan.

Dia yang membantu ATM menewaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selasa lalu, mengakui kecewa selepas tidak dapat menyertai skuad kendalian B. Sathianathan itu ke Singapura.

ATM menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan agregat 6-3.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, dia yakin dengan corak taktikal diterapkan bekas jurulatih Kelantan terse- but yang mampu memberi- kan satu keputusan positif.

"Saya percaya dengan taktikal yang diterapkan jurulatih untuk merakamkan kemenangan di sana.

"Saya berharap ATM dapat mempamerkan aksi cemerlang dengan meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan pada suku akhir," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan