Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


‘Angkara derhaka’

Posted: 08 Nov 2012 02:10 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Kota Bharu: Adakah Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo tidak akan menerima ganjaran lot tanah daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kerana tindakan penyerang itu ‘angkat kaki’ ke Johor pada aksi Liga Malaysia (Liga-M) musim depan?

Rajagobal ego, cuma harap tuah

Posted: 08 Nov 2012 02:07 PM PST

Kuala Lumpur: Sikap jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang terus ego untuk tidak mengakui kegoyahan skuad kendaliannya menjelang misi mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012 mulai 25 November ini bakal memakan diri andai 'tuah' tidak lagi memihak kepadanya.

Dua aksi persahabatan terbaru menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 1-0 kepada Vietnam di Hanoi, Sabtu lalu dan tewas 2-0 kepada Thailand di Bangkok, malam kelmarin.

"Kalau nak dikatakan kedua-dua kekalahan ini menjejaskan keyakinan, saya dah beberapa kali beritahu yang kita memulakan saingan Piala Suzuki AFF 2010 dengan kalah teruk 5-1 kepada Indonesia. Saya sebagai jurulatih kenal pemain saya dan tahu bila pasukan saya akan bangkit," kata Rajagobal, semalam.

Ternyata pengendali 56 tahun itu mahu terus bergantung kepada 'tuah' saingan dua tahun lalu apabila Malaysia mara ke separuh akhir atas 'bantuan' Indonesia yang menewaskan Thailand 2-1 pada aksi terakhir kumpulan.

Terdahulu ketika mengendalikan skuad B-23 negara memenangi emas Sukan SEA 2009, Rajagobal turut diiringi 'tuah' apabila hampir tersingkir awal selepas tewas 3-1 kepada Vietnam, mujur gol kemenangan masa kecederaan Ahmad Fakri Saarani membawa kemenangan 2-1 ke atas Thailand untuk mara ke separuh akhir.

Bukti 'tuah' tidak mengiringi Malaysia juga ada, apabila negara kandas di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 apabila tewas 5-3 kepada Singapura di tempat lawan dan sekadar seri 1-1 di laman sendiri.

Apa pun, masih ada 16 hari untuk skuad Harimau Malaya mengemaskan diri menjelang aksi sulung Kumpulan B bertemu Singapura, 25 November ini termasuk aksi persahabatan terakhir menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam, Rabu ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan