Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Malaya membimbangkan

Posted:

Harimau Malaya membimbangkan

Harimau Malaya membimbangkan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SAFEE (jersi biru) menjaringkan gol pembukaan Malaysia pada aksi menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam malam kelmarin.


PERSEMBAHAN skuad Harimau Malaya semakin membimbangkan menjelang kempen Piala AFF Suzuki 2012.

Selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Hong Kong dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam kelmarin, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal yang membariskan 'skuad impian' masih belum mempamerkan aksi memberangsangkan.

Kurang dua minggu sahaja lagi sebelum menentang Singapura pada aksi pertama Kumpulan B Piala AFF Suzuki, bekas jurulatih Selangor itu harus memperbaiki setiap kelemahan dan kepincangan yang ada dalam pasukan bimbingannya itu dengan kadar segera.

Jika persembahan skuad Harimau Malaya ketika menentang Hong Kong dijadikan sebagai penanda aras, peluang skuad negara untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki dilihat semakin berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Justeru, pengendali berusia 50 tahun itu menuntut komitmen barisan pemainnya dalam usaha melakukan sesuatu menjelang pertemuan menentang Bangladesh di stadium yang sama pada 20 November ini.

Katanya, beliau berharap skuad kendaliannya dapat menutup segala kelemahan sebagai persiapan terakhir menghadapi Piala AFF Suzuki.

"Piala AFF Suzuki 2012 bukan senang dan saya pasti cabarannya lebih sengit pada kali ini.

"Saya mahu anak-anak buah saya berusaha dengan lebih keras untuk memperbaiki setiap kelemahan.

"Satu keputusan yang sangat mengecewakan ketika menentang Hong Kong biarpun kita mendahului satu gol menerusi Safee Sali. Sepatutnya kita terus mengekalkan corak serangan.

"Tetapi, ia tidak menjadi namun ia bagus buat saya untuk melihat karakter pemain, Memang saya akui ada segelintir daripada mereka mempamerkan aksi yang begitu mengecewakan," kata Rajagobal pada sidang akhbar selepas perlawanan itu, malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Rajagobal menuntut agar kesilapan itu tidak berulang di pentas Piala AFF Suzuki selain mahu barisan pemainnya belajar daripada apa yang mereka lalui dalam beberapa aksi persahabatan sebelum ini.

"Mereka (Hong Kong) dapat menjaringkan gol penyamaan hasil kesilapan Aidil dan Khairul Fahmi. Saya berharap mereka tidak akan melakukan kesilapan yang sama dalam perlawanan penting kelak," katanya.

Khairul Fahmi janji bangkit

Posted:

Khairul Fahmi janji bangkit

Khairul Fahmi janji bangkit

PENJAGA gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat mahu melupakan 'kesilapan' ketika menentang Hong Kong dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Skuad Harimau Malaya dilihat mampu mencapai kemenangan pada perlawanan tersebut selepas membuka jaringan menerusi penyerang berbisa negara, Mohd. Safee Sali pada minit ke-58.

Begitupun, hasrat untuk meraih kemenangan kedua selepas menewaskan Hong Kong 3-0 pada 16 Oktober lalu, tidak kesampaian apabila penyerang, La Ka Wei menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir perlawanan.

Ia gara-gara kesilapan antara Khairul Fahmi dengan tonggak pertahanan skuad negara, Mohamad Aidil Zafuan Radzak.

"Dalam bola sepak, segalanya boleh terjadi.

"Saya akui kesilapan itu berpunca daripada salah faham dengan Aidil.

"Meskipun kami memiliki banyak pengalaman di pentas antarabangsa, ia tidak bermakna kami tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan. Apa pun saya menerima pengajaran berguna dalam perlawanan tersebut," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Khairul Fahmi berharap skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu kembali bangkit sebelum memulakan kempen pada Piala AFF Suzuki 25 November ini.

Jelasnya, skuad negara kini semakin terdesak untuk mencari rentak dan dia percaya, Harimau Malaya tidak akan mengulangi kesilapan menjelang pertemuan menentang Bangladesh dalam siri terakhir perlawanan persahabatan pada 20 November ini.

"Mungkin persembahan (menentang Hong Kong) sedikit mengecewakan tetapi saya yakin ia tidak akan berulang. kami akan kembali bangkit," kata Khairul Fahmi.

Sharbinee tekad julang reputasi Selangor

Posted:

Sharbinee tekad julang reputasi Selangor

Sharbinee tekad julang reputasi Selangor


PEMAIN Selangor gigih memulakan latihan mereka di Padang SUK Shah Alam semalam.


BIARPUN masih terlalu awal untuk membicarakan tentang saingan Liga Malaysia (Liga M) tetapi dua pemain baharu Selangor, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli dan Mohamad Afiq Azmi sudah tidak sabar untuk beraksi dengan Selangor.

Sharbinee merupakan bekas anak didik jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim ketika membimbing Terengganu pada musim lalu dan dia sudah tidak sangsi dengan kebolehan Irfan dalam usaha untuk mengembalikan prestasinya pada musim depan.

Bekas penjaga gol Terengganu itu yakin dia mampu menyesuaikan diri dengan pasukan juara 32 kali Piala Malaysia itu selain berazam untuk membantu Selangor meraih trofi pada musim depan.

Pemain berusia 26 tahun itu menambah, dia sudah bersedia untuk mempamerkan aksi cemerlang sebagai usaha untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan.

"Ia merupakan pengalaman baharu bagi saya memandangkan ini pertama kali saya beraksi di luar Terengganu.

"Sejujurnya, saya mahu melupakan kekecewaan lalu.

"Saya harap dapat meraih kejayaan lebih bermakna bersama Selangor pada musim depan dan kembali mengemudi gawang skuad negara," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad Selangor di Padang SUK Shah Alam, semalam.

Sementara itu, rakan sepasukan Sharbinee, Afiq yang turut berkongsi pendapat dengan bekas penjaga gol kebangsaan itu, berazam untuk mengulangi pencapaian cemerlang pada musim depan.

Bekas pemain pinjaman Kelantan itu mengakui, dia mensasarkan misi peribadi untuk meledak sekurang-kurang 10 gol bersama Selangor musim depan.

Ditanya mengenai pemilihan Selangor berbanding Kelantan, penyerang tinggi lampai itu mengakui dia masih belum bersedia untuk meninggalkan Lembah Klang.

"Saya masih mahu beraksi bersama pasukan di Lembah Klang. Saya percaya dengan keputusan menyertai Selangor ini adalah satu keputusan tepat bagi mengembangkan karier saya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan