Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Malaya sedia mengaum

Posted:

Harimau Malaya sedia mengaum

Harimau Malaya sedia mengaum

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (kanan) memerhati anak-anak buahnya menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Khamis lalu.


SKUAD Harimau Malaya sudah bersedia berdepan Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan B kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Biarpun pertemuan kedua-dua pasukan dalam 12 perlawanan terakhir lebih memihak kepada Singapura yang melakar enam kemenangan, Harimau Malaya tidak mahu menjadikan rekod itu sebagai 'batu penghalang' bagi memburu kemenangan.

Sebagai rekod, Harimau Malaya yang tampil selaku penyandang juara pada kempen kali ini berjaya mengalahkan Singapura 2-0 pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, 12 Jun lalu.

Bagi pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal, beliau mengakui sudah cukup 'masak' dengan rentak permainan Singapura yang dibimbing Radojko Avramovic.

Begitupun, Rajagobal lebih cenderung untuk memberikan perhatian kepada corak permainan anak-anak buahnya berbanding memikirkan taktikal Singapura, juara tiga kali Piala Suzuki AFF.

"Setakat ini, persiapan kami sungguh rapi dan semua pemain berada dalam keadaan baik dan oleh itu, kami berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi Singapura pada perlawanan esok (malam ini).

"Setiap jurulatih mempunyai pendekatan tersendiri apabila menghadapi perlawanan penting dalam kejohanan ini, namun saya tetap yakin dengan semua pemain (Harimau Malaya).

"Saya akan tunggu dan lihat kejutan yang akan dipamerkan Singapura kepada kami," kata Rajagobal kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus-pengurus pasukan di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan semalam.

Menurut Rajagobal, kedua-dua pasukan saling memahami corak permainan masing-masing, sekali gus aksi malam ini bakal menjanjikan saingan sengit.

"Saya amat mengenali semua pemain mereka (Singapura) dan saya menjangkakan, tiada banyak kejutan daripada mereka.

"Bukan sahaja saya, malah jurulatih mereka (Avramovic) juga arif dengan corak permainan kami. Apa yang lebih mustahak, kami akan turun beraksi dengan keyakinan yang tinggi.

"Selalunya perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan akan berlangsung dengan sengit dan saya meramalkan aksi yang sama esok (malam ini)," tambahnya.

Selepas menentang Singapura, Harimau Malaya akan berdepan dengan Laos manakala Singapura bakal membuat perhitungan dengan naib juara 2010, Indonesia pada 28 November ini.

Peluang Chong Wei tambah koleksi

Posted:

Peluang Chong Wei tambah koleksi

Peluang Chong Wei tambah koleksi


CHONG WEI akan menentang Chen Long pada aksi final Terbuka Hong Kong hari ini.


JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir menambah satu lagi koleksi kejuaraan pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.

Selepas menjuarai Terbuka Hong Kong edisi 2009 dan 2010, Chong Wei kini berada di landasan terbaik untuk merangkul kejuaraan buat kali ketiga selepas berjaya menyambar tiket final hari ini.

Seperti diramal, Chong Wei yang juga pemain No. 1 dunia tidak menghadapi masalah menjinakkan pilihan keenam dari Jepun, Kenichi Tago dengan kemenangan straight set 21-19, 21-15.

Pada aksi final hari ini, Chong Wei akan berdepan dengan pemain muda China, Chen Long yang turut melangkah ke final selepas pilihan kedua itu menumpaskan Tommy Sugiarto dari Indonesia 21-18, 21-10.

Chong Wei sebelum ini terpaksa mengabaikan sesi latihan hampir tiga minggu kerana sibuk dengan persiapan perkahwinannya dengan bekas pemain perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo pada 9 dan 10 November lalu.

Dia kembali semula ke gelanggang pada 12 November lalu demi mengejar impian untuk kekal sebagai pemain No. 1 dunia sehingga penghujung 2012, sekali gus menambah koleksi gelaran Siri Super tahun ini.

Sebaik sahaja tamat saingan hari ini, Chong Wei, 30, akan menyertai dua lagi kejohanan antarabangsa iaitu Grand Prix (GP) Emas Terbuka Macau bermula 27 November dan Siri Super Akhir di Shenzen, China bulan depan.

Sebagai rekod, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu mengungguli empat kejuaraan dalam kejohanan Siri Super tahun ini bermula Terbuka Korea Selatan, Terbuka Malaysia, Terbuka Jepun dan Terbuka Denmark.

Terdahulu, beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berpeluang meraih gelaran sulung tahun ini apabila berjaya mengesahkan slot ke final.

Pada aksi separuh akhir semalam, beregu No. 2 dunia itu berjaya melakar kemenangan ke atas gandingan Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin 22-20, 21-13.

Dalam aksi final hari ini, Kien Keat-Boon Heong akan berdepan dengan beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng yang mara selepas menundukkan rakan senegara mereka, Liu Xiaolong-Qiu Zihan 18-21, 21-17, 21-16 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Redknapp pengurus baharu QPR

Posted:

Redknapp pengurus baharu QPR

Redknapp pengurus baharu QPR

LONDON - Bekas pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp gembira apabila disahkan sebagai pengurus baharu Queens Park Rangers (QPR) semalam.

Redknapp menandatangani kontrak selama dua tahun setengah di Loftus Road bersama kelab tercorot Liga Perdana England itu bagi menggantikan Mark Hughes yang dipecat kelmarin.

"Saya gembira apabila diberi kepercayaan menduduki 'kerusi panas' di QPR," kata pengurus berusia 65 tahun itu.

"Ketika saya berbincang dengan pemegang-pemegang saham pasukan, mereka memberitahu saya mengenai perancangan skuad dan saya rasa ia langkah yang baik untuk hadir semula.

"Tidak ada keraguan lagi dan saya lihat skuad memiliki keupayaan tetapi mereka tidak akan menjadi seperti yang semua orang harapkan selepas apa yang dipamerkan sejak awal musim lalu.

"Saya tidak sabar untuk kembali bekerja dan memperoleh keputusan secepat yang mungkin bagi musim ini," katanya.

Pelantikan Redknapp hadir sehari selepas insiden pemecatan bekas penyerang Manchester United, Hughes yang sempat mengemudi QPR selama 10 bulan sahaja.

Beliau berjaya mengekalkan jawatan selaku pengurus QPR sehingga hari terakhir musim lalu namun kelab terpaksa berhempas pulas pada tahun ini.

QPR juga gagal memenangi sebarang perlawanan sejak aksi pembukaan dan mereka kini sekadar mengutip empat mata yang diperoleh daripada 12 perlawanan.

Sebelum ini Redknapp dikejutkan apabila kelab lamanya tidak memperbaharui kontrak walaupun berjaya membantu Tottenham berada di tangga keempat saingan liga domestik pada musim lalu dan meninggalkan kelab itu Jun lepas.

Beliau kemudiannya kembali semula menguruskan kelab Bournemouth namun sebagai penasihat sebelum dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Ukraine untuk mengemudi skuad antarabangsa negara itu.

Begitupun, bekas pemain tengah West Ham United itu menamatkan spekulasi tersebut apabila menandatangani kontrak bersama QPR, sekali gus bakal ditugaskan membimbing pasukan menentang Sunderland, Aston Villa, Wigan dan Fulham.

Sama ada beliau mampu atau tidak untuk mengekalkan QPR dalam Liga Perdana England, tanggungjawab tersebut pasti akan menjadi tugas yang paling sukar. - AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan