Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Harimau Malaya baham Garuda

Posted: 01 Dec 2012 12:54 PM PST

Kuala Lumpur: Malaysia mengiringi Singapura ke separuh akhir Piala Suzuki AFF apabila muncul naib juara Kumpulan B selepas menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan itu bukan saja penting bagi memastikan misi mempertahan kejuaraan terus menyala, tetapi secara tidak langsung menyingkirkan seteru tradisi itu yang sekali lagi menjadi mangsa Harimau Malaya.

Ketiadaan S Kunanlan dan Khyrill Muhymeen Zambri yang direhatkan akibat kecederaan tidak merencatkan percaturan Datuk K Rajagobal yang masih mampu menurunkan skuad terbaik ketika menang 4-1 ke atas Laos.

Malaysia memulakan permainan agak perlahan dengan percubaan pertama muncul hanya selepas Indonesia empat kali berjaya melepasi benteng pertahanan negara dalam tempoh sembilan minit.

Bagaimanapun, pemain negara kembali mengawal permainan dan pada minit ke-27, skuad negara membuka jaringan menerusi pemain sayap, Azamuddin Akil yang merembat kencang hantaran lintang Mahali Jasuli.

Bek kanan, Mahali yang tampak begitu serasi dengan bekas rakan sepasukan dari Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor, meledak gol kedua negara pada minit ke-30 selepas menyempurnakan hantaran satu dua dengan Wan Zack.

Bersambung babak kedua, pelawat cuba bangkit merapatkan jurang menerusi gerakan pantas sayap kanannya, Andik Vermansyah, namun benteng negara yang dikemudi Fadhli Shas dan Aidil Zafuan Abd Radzak cukup sukar ditembusi.
Pujian juga harus diberikan kepada hampir 65,000 penyokong tempatan yang sepanjang perlawanan, berjaya memastikan semangat pemain Harimau Malaya terus membara untuk meraih kemenangan.

Singa dramatik juarai Kumpulan B

Posted: 01 Dec 2012 11:46 AM PST

Shah Alam: Singapura menjuarai Kumpulan B dan melangkah ke separuh akhir selepas menang tipis, 4-3 ke atas Laos pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Berakhir saingan peringkat kumpulan semalam, Singapura mengumpul enam mata untuk menempah perlawanan dengan naib juara Kumpulan A, Filipina di separuh akhir manakala Malaysia akan bertemu juara kumpulan, Thailand.

Laos yang kehilangan penjaga gol utama, Sengphachan Bounthisanh mendahului menerusi Khampheng Sayavutthi pada minit ke-21 sebelum Keoviengpheth Lithideth menghadiahkan gol kedua pada ke-39.

Sebaik memasuki masa tambahan separuh masa pertama, skuad Singa merapatkan jurang menerusi ketua pasukan, Shahril Ishak. Di babak kedua, skuad Singa melakukan perubahan taktikal permainan dan dalam tempoh 19 minit, Singapura menambah tiga lagi gol, menerusi Shahril (m-52), Mohammad Khairul Amri Kamal (m-62) sebelum Fazrul Nawaz (m-64).

Skuad bimbingan Kokichi Kimura kembali merapatkan jurang apabila pengadil perlawanan Ng Kai Lam dari Hong Kong menghadiahkan penalti yang disempurnakan Sayavutthi pada minit ke-80 untuk gol ketiga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan