Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Safee, Shahrul penentu

Posted: 23 Dec 2010 10:51 AM PST

Sukan

PENYOKONG  Harimau Malaya ghairah mendapatkan tiket final   Piala  Suzuki AFF yang mula dijual seawal jam 9 pagi  di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. - Foto Osman Adnan

PENYOKONG Harimau Malaya ghairah mendapatkan tiket final Piala Suzuki AFF yang mula dijual seawal jam 9 pagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. - Foto Osman Adnan

Mereka mampu jana kemenangan Malaysia: Darby

DUA tonggak - Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha - dilabel sebagai elemen utama dalam menjana kemenangan skuad bola sepak negara apabila bertembung Indonesia dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki, Ahad ini.

Kata-kata itu terbit dari mulut bekas jurulatih Perak, Steve Darby yang melihat fungsi dua pemain sayap ini - andai berhasil - bakal menceriakan kira-kira 80,000 penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil walaupun dia tetap menilai lawan mereka lebih kuat dan tersusun untuk menghampakan tuan rumah.

Malaysia bermain dengan dua pemain sayap dan ini meletakkan tekanan ke atas pemain tengah seperti Safiq Rahim. Tetapi bagi saya kunci utama kepada kejayaan Malaysia nanti adalah Safee dan Norshahrul. Mereka berdua bekerja keras sebagai satu unit dan apabila terdapat kesempatan untuk menyerang balas, mereka menggunakan kelajuan mereka dan bersedia menewaskan pertahanan, katanya, semalam.

Darby juga menghamburkan pujian kepada penyerang Norshahrul yang menunjukkan perubahan mendadak ketika beraksi sebelum ini di bawah kendaliannya bersama skuad Perak.

Saya begitu mengagumi perubahan ditunjukkan Norshahrul lima tahun lalu ketika saya melepaskannya dari Perak kerana berat badannya meningkat dan tidak bersemangat menjalani latihan. Tak disangka, ada seseorang berjaya mengubah pemain ini dan dia kini berusaha keras di samping bakatnya dimiliki.

Dia membuktikan pemain Malaysia boleh meningkat matang dan berkembang tahap permainan. Mungkin ketiadaan pemain import membawa kesan positif buat Malaysia dan membenarkan pemain muda untuk kerap beraksi dalam liga dan mendapat keyakinan yang diperlukan, katanya.
Dia turut berkata betapa akalnya melihat kemenangan berpihak kepada Indonesia tetapi tidak menolak hakikat Malaysia boleh membuat kejutan jika menguatkan benteng pertahanan dan bijak membuat serangan balas seperti sebelum ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Usah samakan saya dengan Riedl

Posted: 23 Dec 2010 10:48 AM PST

Sukan

Kelebihan berpihak skuad negara kerana pengalaman beraksi di luar negara

JURULATIH kebangsaan, K Rajagobal (tampil menafikan ada persamaan antara dirinya dan jurulatih Indonesia, Alfred Riedl ketika membimbing pasukan masing-masing layak ke final Piala Suzuki AFF, kali ini.

Dia (Riedl) mempunyai sumber pemain mencukupi, sedangkan saya terpaksa menyiapkan pasukan dengan pemain muda kurang berpengalaman pada kempen kali ini, kata Rajagobal.

Tetapi dengan pemain ini, ditambah dengan tempoh persediaan singkat berbanding pasukan lain, kita berjaya melangkah ke final. Jadi situasi saya jauh berbeza berbanding Riedl. Mungkin ada persamaan daripada segi disiplin latihan atau perkara-perkara lain, saya tidak tahu. Percaturan strategi antara Rajagobal dan Riedl sekali lagi akan teruji menjelang dua pertemuan final Ahad dan Rabu ini.

Pada pertembungan awal Malaysia-Indonesia pada aksi pembukaan lalu menyaksikan skuad kebangsaan tewas 1-5 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, tetapi Rajagobal dan Riedl sependapat keputusan itu bukan bayangan kekuatan sebenar kedua-dua pasukan.

Kita tewas kerana kesilapan individu dan kekecewaan perlawanan pertama itu sudah lama dilupakan, kata Rajagobal. Riedl sendiri sedar kemenangan pasukannya bukan kerana mereka lebih kuat tetapi kerana pasukan kita belum menyesuaikan diri.

Sebaliknya kelebihan kini berpihak Rajagobal kerana skuad kendaliannya sudah masak beraksi di laman lawan, bermula di Jakarta, Palembang dan Hanoi, sedangkan Indonesia belum pernah keluar daripada keselesaan Stadium Gelora Bung Karno.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan