Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Kian mantap

Posted: 18 Dec 2010 07:26 AM PST

GANDINGAN dua bekas juara kebangsaan, Muhammad Safiq Ridhwan Abdul Malek dan Fahmi Bahri Sulaiman memastikan Malaysia berjaya meraih pingat emas acara beregu lelaki pertandingan tenpin bowling Sukan Universiti Asean (AUG) di Chiang Mai, semalam.

Emas ketiga negara selepas empat hari temasya dwitahunan edisi ke-15 itu berlangsung ternyata lebih manis apabila satu lagi gandingan Mohammed Noer Zul Qhimie Said dan Muhammed Ozir Zuri menyapu perak dengan meninggalkan wakil Filipina, Carl Mathew Lim dan Jayson Tubid di tangga ketiga.


Safiq, juara kebangsaan 2009, melakukan 1,354 jatuhan pin manakala Fahmi, juara kebangsaan 2008, pula 1,356 untuk mengumpul keseluruhan 2,710 meninggalkan Noer dan Ozir dengan perbezaan 30 jatuhan pin.

Juara perseorangan lelaki, Jayson dan Mathew pula hanya mencatat 2,521 jatuhan pin.


Bagi Safiq yang membantu negara meraih pingat gangsa acara berpasukan pada temasya Sukan Asia Guangzhou bulan lalu menunjukkan peningkatan apabila dapat menyesuaikan diri dengan keadaan lorong berbanding kelmarin yang menyaksikannya sekadar menduduki tempat kelima acara perseorangan.


"Saya sudah memperbaiki balingan saya hari ini (semalam), keadaan lorong di sini sebenarnya membolehkan pemain melakukan markah tertinggi tapi cuma kena tahu apakah teknik balingan yang sesuai.

"Tiada tekanan hari ini malah saya dan Fahmi cuma mahu fokus dan tidak memikirkan mengenai pasangan lain," kata penuntut Universiti Putra Malaysia itu.


Sementara Fahmi pula menyifatkan mereka perlu mempamerkan aksi terbaik berbanding atlet lain memandangkan mereka adalah bekas juara kebangsaan.

"Prestasi kami dalam acara perseorangan semalam (kelmarin) tidak menepati status kami sebagai bekas juara kebangsaan dan ia sememangnya membakar semangat untuk beraksi lebih baik dalam acara beregu.


"Kejayaan ini menyuntik keyakinan kami yang mahu memburu emas dalam acara trio pula selepas ini, tapi terpulang kepada jurulatih (Azidi Ameran) untuk menurunkan pemain dalam acara itu," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Misi Ferguson

Posted: 18 Dec 2010 07:25 AM PST

LONDON: Alex Ferguson berharap untuk meraikan pencapaiannya sebagai pengurus paling lama berkhidmat di Manchester United dengan menghancurkan impian Chelsea mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Ferguson akan mengatasi rekod Matt Busby sebagai pengurus paling lama di United apabila beliau mengendalikan pasukannya di Stamford Bridge, malam ini.


Ia adalah hari ke-8,811 sejak Ferguson mengambil alih di Old Trafford, sehari lebih daripada pengurus legenda Busby - yang memenangi Piala Eropah pertama kelab itu pada 1968 - namun pengurus berbangsa Scotland itu lebih memikirkan mengenai usaha menjarakkan diri kepada enam mata ke atas juara bertahan, Chelsea, daripada sejarah yang dilakarnya.

Chelsea menghuni tangga keempat selepas lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan dan Ferguson sedar betapa pentingnya jika United mampu menambah sengsara lawannya itu dengan kemenangan pertama di Stamford Bridge sejak 2002.


"Ia sesuatu yang penting buat kami," kata Ferguson. "Rekod kami di sana buruk dalam tempoh lapan tahun terakhir.


"Kami berjaya meraih beberapa keputusan seri, tapi kami juga kalah beberapa perlawanan. Mereka sebuah pasukan yang sukar untuk dikalahkan di gelanggang mereka sendiri.

"Apabila Jose (Mourinho) hadir, beliau memastikan mereka mantap di laman sendiri. Ia berterusan hingga kini." United akan berkunjung ke barat London dengan penuh keyakinan selepas kemenangan 1-0 ke atas Arsenal awal pagi Selasa lalu.


Sekalipun Chelsea memulakan musim dengan cemerlang sebelum merudum dalam beberapa minggu kebelakangan, mereka merosot ke tangga keempat berikutan rentetan lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

Ferguson tetap menghormati pasukan kendalian Carlo Ancelotti dan menjangkakan mereka akan bangkit tidak lama lagi, namun beliau lihat tiada alasan kenapa pasukannya tidak boleh meneruskan rekod kelab 16 perlawanan tanpa kalah dalam kempen liga sejak permulaan musim. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan