Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia yakin juara

Posted:

Malaysia yakin juara

Malaysia yakin juara

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my



ANDAI Malaysia terus kekal dengan prestasi cemerlang, hasrat untuk muncul juara memang mudah dicapai.

Menariknya, langkah skuad bola sepak kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2010 hampir menyamai perjalanan pasukan Sepanyol pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Julai lalu.

Sepanyol tewas 0-1 kepada Switzerland pada aksi sulung peringkat kumpulan tetapi akhirnya muncul juara setelah menewaskan Belanda 1-0 pada perlawanan akhir.

Malaysia pula tewas 1-5 kepada Indonesia pada aksi sulung Kumpulan A pada 1 Disember lalu tetapi berjaya juga layak ke final setelah menyingkirkan Vietnam menerusi agregat 2-0 pada saingan separuh akhir.

Jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal berkata, kejayaan menewaskan Vietnam 2-0 di Bukit Jalil pada Rabu lalu disusuli keputusan seri 0-0 di Hanoi kelmarin menjadi detik penting dalam mengubah senario Piala AFF Suzuki kali ini.

"Apabila kami berjaya menyingkirkan Vietnam yang merupakan juara bertahan, ia telah memberikan keyakinan kepada para pemain untuk mencipta sejarah pula muncul juara buat kali pertama.

"Bukan senang nak mengikat Vietnam di Hanoi. Lagipun kita boleh menang jika dapat sempurnakan tiga peluang pada separuh masa kedua," katanya ketika ditemui Kosmo! di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang semalam setibanya dari Hanoi.

Jelas Rajagobal, harapan kini diletakkan di bahu semua pemain untuk mencatat kejayaan pada aksi final timbal balik di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini dan aksi kedua di tempat lawan pada 29 Disember depan.

"Semuanya kini terpulang kepada pemain sama ada mereka mahu atau tidak untuk muncul juara. Yang penting kita kena fokus menghadapi final.

"Saya akan beri rehat dua hari kepada para pemain dan mereka akan kembali turun berlatih pada Selasa (esok)," kata Rajagobal.

Malaysia akan menghadapi Indonesia pada final yang dijadualkan pada 26 dan 29 Disember ini. Aksi pertama akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil diikuti aksi kedua di Jakarta.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Peminat mahu RTM siar pukul 8 malam, bukan 8.30 malam

Posted:

Peminat mahu RTM siar pukul 8 malam, bukan 8.30 malam

Peminat mahu RTM siar pukul 8 malam, bukan 8.30 malam

DUA aksi separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 menemukan Malaysia dan Vietnam pada Rabu lalu dan kelmarin menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya menyiarkan siaran langsung bermula daripada minit ke-30 permainan.

Ini kerana, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tetap mahu menyiarkan Berita Nasional dari pukul 8 malam hingga 8.30 malam sebelum memberi laluan kepada siaran langsung sedangkan sepak mula perlawanan adalah pada pukul 8 malam.

Kini dilema yang sama melanda peminat-peminat bola sepak tempatan apabila aksi final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini turut akan bermula pukul 8 malam.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, tiada alasan sebenarnya yang boleh diberikan pihak terbabit untuk tidak membenarkan siaran langsung aksi final itu dimulakan pada pukul 8 malam.

"Semua rakyat Malaysia begitu menantikan aksi final tersebut. Saya pasti, permintaan atau gesaan supaya RTM menyiarkan siaran langsung bermula 8 malam akan berterusan selagi pihak terlibat tidak memberi jaminan.

"Kami akan berusaha untuk mencari juga jalan supaya siaran langsung di RTM tetap akan bermula 8 malam dan bukannya 8.30 malam seperti dua perlawanan sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penutup Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia di Putrajaya petang semalam.

Justeru, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim diharap dapat bertolak ansur dalam hal ini dan membuat pengumuman dalam masa terdekat untuk menamatkan keresahan para peminat bola sepak di negara ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan