Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Rebahkan Garuda

Posted:

Rebahkan Garuda

Rebahkan Garuda

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


Pemain-pemain kebangsaan gigih menjalani latihan yang turut disertai penolong jurulatih, Tan Cheng Hoe (dua dari kiri) di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.


KUALA LUMPUR – Jurulatih negara, K. Rajagobal menggesa anak-anak buahnya menyambar peluang keemasan yang tiba dalam perlawanan akhir pertama bola sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok tanpa perlu menunggu sehingga aksi ulangan di Jakarta.

Hanya kemenangan disasarkan buat mereka menunaikannya walaupun gelanggang sendiri ia tetap bukan satu kelebihan besar apabila menghadapi Indonesia yang baru 'keluar' dari medan keramatnya, Gelora Bung Karno, Jakarta.

Cuaca hujan di ibu kota kebelakangan ini turut diharap menyebelahi Harimau Malaya sekali gus mencipta situasi asing dan sukar buat 'Sang Garuda' yang diterajui jurulatih dari Austria, Alfred Riedl selain dibarisi seorang pemain kelahiran Uruguay dan berdarah campuran Belanda.

"Tidak banyak menguntungkan kami walaupun bermain perlawanan akhir pertama di gelanggang sendiri tetapi tentu menarik jika dapat melihat aksi 'sulung' lawan di luar gelanggangnya," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pengurus pasukan di stadium itu.

Rajagobal menegaskan, tidak banyak bezanya persediaan bagi menghadapi pertembungan penting itu kecuali menekankan bahagian tertentu manakala tumpuan pemain diberikan sepenuhnya.

"Apa yang perlu ditekankan itu rahsia tetapi saya fikir kedua-dua pasukan sudah pasti mengetahui corak permainan masing-masing (sejak berkesudahan Indonesia menang 5-1 dalam Kumpulan A, 1 Disember lalu," katanya.

Rajagobal turut menyampaikan berita gembira dengan pulihnya sayap kanan, Amirulhadi Zainal daripada kecederaan biarpun dia sudah bersedia dengan menampilkan Ashari Samsudin dalam perlawanan persahabatan dengan Felda United, Rabu lalu.

"Saya lihat keadaannya pagi tadi (semalam) dan dia sudah kembali berlatih dan tampak okey tetapi kita ada dua hari untuk memastikannya dia boleh bermain atau tidak," katanya yang bagaimanapun mengesahkan Khyril Muhymeen Zambri masih tercedera.

Menyentuh soal harapan, katanya, skuad negara wajar menyambar peluang perlawanan pertama ini dengan meraih kemenangan setelah mereka mampu mara sejauh ini biarpun mengakui, bola sepak tetap sukar diramalkan dan sulit untuk dijamin sesuatu yang positif.

Sementara itu, pengurus pasukan Indonesia, Andi Darussalam menyifatkan pertembungan dua negara tetangga ini sebagai menarik, malah klasik sekalipun sebelum ini hubungan mereka sering disulami pelbagai isu kontroversi.

"Bagi saya, kedua-dua pasukan pasti hanya mahu bertumpu kepada permainan bola sepak dan tidak sesekali akan mencampurkannya dengan isu lain termasuk politik. Sama ada di Kuala Lumpur mahupun Jakarta, sama sahaja dan bukan satu masalah besar.

"Ada beberapa pemain kami pun sudah terbiasa dengan keadaan itu (seperti penyerang, Bambang Pamungkas). Kami juga perlu mencari kelebihan gol di sini," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Indonesia hampir pasti hilang 4 tonggak

Posted:

Indonesia hampir pasti hilang 4 tonggak

Indonesia hampir pasti hilang 4 tonggak

KUALA LUMPUR – Berita baik buat kem Malaysia setelah empat tonggak Indonesia, Cristian Gonzales, Maman Abdurahman, Firman Utina dan Oktovianus Maniani didapati cuma menjalani latihan ringan di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.

Masing-masing ditimpa kecederaan lutut, pangkal paha dan urat pelipat lutut yang membayangkan peluang keemasan buat anak buah K. Rajagobal memanfaatkannya dalam mencari modal gol yang selesa dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Sekalipun jurulatih Sang Garuda, Alfred Riedl mengakui keadaan mereka berempat tetap baik tanpa sedikit pun kebimbangan, hakikatnya persediaan awal mereka setibanya di ibu kota semalam, didapati agak terencat dan sukar disempurnakan.

Malah, wakil media tempatan mahupun Indonesia turut dilarang mewawancara mana-mana anak buahnya untuk mendapatkan butiran lanjut keadaan mereka walaupun ada yang terpaksa menunggu berjam-jam dan meredah hujan lebat yang mulai turun kira-kira pukul 4 petang semalam.

Cuaca hujan semalam turut memaksa Riedl lebih berhati-hati dalam mengarahkan pasukannya berlatih apatah lagi di atas padang tiruan di Bukit Jalil manakala empat tonggaknya sekadar diarahkan menjalani latihan ringan secara berasingan.

Kata warga Austria itu yang pernah melatih Vietnam dan Laos: "Kerana hujan, kami perlu berkompromi mengadakan latihan di padang tiruan ini dan kami tidak boleh berlatih dengan keras. Lagipun pasukan masih keletihan selepas menjalani penerbangan ke sini.

"Ada beberapa pemain yang bermasalah dan kami tidak mahu membawa mereka ke padang tiruan kerana ia membahayakan. Mereka pun perlu lebih berhati-hati.''

Mengenai empat tonggak Indonesia itu, secara berselindung katanya: "Kami akan menguji mereka lagi sehingga Ahad ini (esok) tetapi keadaan mereka tetap bagus dan saya fikir kami tidak perlu merungut mengenainya."

Malah dengan keadaan Gonzales yang masih tercedera pangkal paha, Riedl tidak sedikit pun mahu bersimpati untuk memberikan pengecualian latihan kepada penjaring terbanyak Indonesia dengan tiga gol itu terutama dengan kehadiran Hari Natal, hari ini.

"Tidak perlu bercuti Hari Natal buatnya. Biasanya di Eropah, malam ini (semalam) yang penting. Kami menyedarinya tetapi keluarganya pun tiada di sini. Saya sendiri pun tidak menyambutnya secara besar-besaran," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan