Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Terima kasih Harimau Malaya

Posted:

Terima kasih Harimau Malaya

Terima kasih Harimau Malaya


Wira-wira bola sepak negara yang layak ke Olimpik Moscow pada 1980 bergambar Sultan Ahmad Shah (tengah). Malaysia mara selepas mengalahkan Korea Selatan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Skuad negara diwakili (barisan belakang dari kiri) Ong Yu Tiang, D. Davendran, Ramli Junit, Tukamin Bahari, Peter Rajah, Zulkifle Hamzah, Abdullah Ali, S. Puspanathan (terlindung), James Wong, Soh Chin Aun, Khalid Ali, Santokh Singh, Mohammad Bakar dan Karl Weigang (jurulatih). Barisan depan (dari kiri) pula ialah Hassan Sani, Kamaruddin Abdullah, R. Arumugam, Wan Jamak Hassan, Abdah Aliff, Jamal Nasir dan Shukor Salleh.


KUALA LUMPUR - Pasti ramai tidak lupa detik-detik ketika Hassan Sani melorongkan bola kepada James Wong, yang merembat masuk gol kemenangan Malaysia 2-1 ke atas Korea Selatan pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik di Stadium Merdeka pada 1980.

Seluruh negara melonjak gembira.

Perasaan itu dirasai semula malam kelmarin, selepas 30 tahun.

Bola sepak Malaysia begitu disegani di Asia pada era 1950-an, kemudiannya ketika era legenda Mokhtar Dahari, R.Arumugam, Soh Chin-Aun dan Santokh Singh.

Selepas kemenangan gandingan James Wong-Hassan Sani, bola sepak negara mulai merudum pada 1990-an dan awal tahun 2000.

Ia tampak bangkit semula Disember tahun lepas, apabila skuad negara memenangi pingat emas Sukan SEA di Vientiane, Laos. Kejayaan memenangi Piala AFF Suzuki 2010 selepas mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2, mengesahkan Malaysia jaguh sebenar bola sepak Asia Tenggara.

Malah, pasukan yang sama juga mencipta kejutan apabila menewaskan Korea Selatan 1-0 tahun ini.

Pujian kepada jurulatih tempatan, K. Rajagobal, 54, yang mula menjadi jurulatih kebangsaan Bawah 23 sejak April 2009.

Skuad bimbingannya telah berjaya 'mengajak' penyokong bola sepak supaya memenuhi semula Stadium Nasional di Bukit Jalil. Buat pertama kalinya Stadium Nasional dipenuhi 85,000 penonton bola sepak semasa perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki, Ahad lepas.

Tidak mustahil penyokong negara beramai-ramai mengibarkan Jalur Gemilang di Stadium Gelora Bung Karno, jika tidak wujud keraguan terhadap keselamatan di Jakarta, Rabu lepas.

Kali terakhir Stadium Nasional padat dengan kebanjiran penonton ialah ketika perlawanan persahabatan skuad kebangsaan menentang pasukan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United FC pada 18 Julai 2009.

Lebih bermakna kejayaan Malaysia kali ini apabila skuad kebangsaan terdiri daripada anak jati Malaysia.

Selepas mengambil alih jawatan jurulatih kebangsaan daripada B. Sathianathan, Rajagobal telah membuat kenyataan bahawa beliau meminta tempoh tiga tahun untuk membentuk skuad yang mampu mengembalikan keagungan bola sepak negara.

Semasa Sukan Asia 2010 di Guangzhou baru-baru ini, skuad negara yang menghadapi masalah kecederaan, turut membuat kejutan apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua meskipun terpaksa akur apabila dibelasah Iran 1-3.

Selepas beraksi di Sukan Asia, skuad Harimau Malaya, cuma berehat seminggu sebelum menyambung latihan bagi mempersiapkan diri untuk kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki.

Rajagobal, yang memegang lesen A Gabungan Bolasepak Asia (AFC), pernah melatih pasukan Selangor pada tahun 2000 dengan membawa pasukan tersebut menjuarai Liga Perdana Satu, separuh akhir Piala Malaysia dan Suku Akhir Piala FA.

Selain itu, beliau juga pernah membawa Kelantan sehingga peringkat separuh akhir pada musim 2001/2002 Piala Malaysia sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun kebangsaan dari tahun 2003 hingga 2009.

Rajagobal pernah berkata, tiga aspek penting jika mahu kembali disegani di peringkat Asia Tenggara ialah pembangunan pemain peringkat akar umbi, pembangunan jurulatih dan Liga Malaysia sendiri perlu menghasilkan pemain-pemain yang berpotensi.

"Saya tahu dan seluruh rakyat tahu bahawa ia merupakan satu perkara yang tidak mudah tetapi saya akan cuba memberikan yang terbaik dan bersikap realistik," katanya selepas dilantik tahun lepas.

Beliau berkata, ketiadaan pemain import merupakan peluang terbaik bagi pemain tempatan untuk menonjolkan prestasi masing-masing.

Rajagobal dikenali sebagai seorang yang peramah dan merendah diri, tetapi tetap tegas ketika berada di atas padang.

Sebagai bekas pemain kebangsaan, beliau dikenali sebagai seorang nippy striker yang pernah bermain bersama pemain legenda negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari lewat zaman 1970-an.

Ketika itu, beliau bermain untuk pasukan PKNS FC dalam liga semi-pro negara dari tahun 1978 hingga 1989.

Kejayaan Rajagobal menyemarakkan semangat Malaysia melangkah ke tahun baru dengan lebih yakin untuk mencatat lebih banyak kejayaan.

'Terima kasih Rajagobal. Terima kasih Harimau Malaya'.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Safiq tolak tawaran Indonesia

Posted:

Safiq tolak tawaran Indonesia

Safiq tolak tawaran Indonesia

SHAH ALAM - Ketua pasukan bola sepak negara, Safiq Rahim mendedahkan dia menolak tawaran untuk beraksi dengan sebuah kelab di Indonesia, kerana mahu meneruskan aksi dalam saingan liga tempatan.

Menurut pemain berusia 24 tahun itu, tawaran tersebut disuarakan seorang ejen pada perlawanan akhir menentang pasukan negara itu pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF di Jakarta.

Bagaimanapun dia mengakui memikirkan dan mengutamakan pasukan negara sebelum membuat sebarang keputusan.

"Jika saya mahu mengembangkan bakat di luar negara pada usia muda, inilah masanya.

"Namun, tawaran ejen tersebut tidak saya beri sebarang maklum balas kerana saya telah mengikat kontrak dengan pasukan Selangor dan sayangkan pasukan negara.

"Saya juga mengutamakan negara berbanding yang lain, kerana rasa puas dapat membantu menaikkan nama negara dan membawa kemenangan negara seperti kelmarin melebihi segala-galanya buat saya," kata beliau kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.

Turut menemani beliau ialah bapanya, Rahim Mohd. Yatim, 51, ibunya, Aida Majid, 42, adik bongsu Safiqa Rahim, 21, dan keluarga bapa saudaranya.

Menceritakan tentang perlawanan Piala Suzuki AFF, Safiq berkata, selepas mengetahui akan menentang Indonesia pada perlawanan akhir, dia gementar tetapi cuba mengawal diri kerana merupakan ketua pasukan.

Ini kerana, semasa perlawanan pertama, pasukan negara kalah 5-1 kepada Indonesia dan beliau sendiri pernah merasakan dirinya seperti tidak bertuah sebagai kapten.

"Ketika ini jurulatih, K. Rajagobal membantu membakar semangat kami agar tidak hilang arah dan saya sendiri rasa lebih bertanggungjawab untuk membawa pasukan ke arah kemenangan,'' katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan