Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Ada tanda selesai

Posted: 14 Jan 2011 11:04 AM PST

Sukan

pix_gal0
BAM balas surat minta Misbun pertimbang semula keputusan letak jawatan

ANDAI tindakan terbaru yang diambil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ditafsirkan, jelas badan induk itu tidak mahu kemelut peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek terus berpanjangan.

Semalam, BAM dilaporkan menghantar surat rasmi kepada Misbun yang ditandatangani presiden badan induk itu, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh, meminta jurulatih itu mempertimbangkan semula peletakan jawatannya.

Menurut sumber dalaman BAM, antara isi kandungan surat itu mengajak Misbun berganding bahu semula demi kepentingan negara memburu kegemilangan di Sukan Olimpik London 2012 dan mendapatkan tarikh bagi mengadakan pertemuan dengannya. Surat itu dikatakan susulan daripada keputusan mesyuarat Exco BAM Rabu lalu yang meminta Misbun mempertimbangkan semula peletakan jawatannya yang dihantar menerusi emel kepada badan induk itu, 31 Disember lalu.

Dalam reaksi pertamanya susulan keputusan BAM itu, Misbun bagaimanapun mahu badan induk itu membalas semula suratnya terlebih dulu.

Misbun yang ditemui bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.

Saya tidak mahu memberi sebarang ulasan lagi bagi mengelakkan keadaan bertambah keruh, katanya.
Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, melahirkan keyakinan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu boleh diselesaikan andai semua pihak ada semangat tolak ansur.

Mungkin Misbun ada salah dan pegawai BAM juga ada salah, tetapi jika masing-masing berkompromi dan mempunyai semangat tolak ansur, saya yakin tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, katanya.

Dia berkata, masing-masing mempunyai peranan tetapi pasti ada jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut itu demi kepentingan negara dan badminton keseluruhannya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ahmad ithnin

ada baiknya BAM keluarkan pegawai yang tidak tahu hal ehwal BAM dan tidak faham tentang sebelok belok pengurusan propesional dalam dan luar.Ada baiknya misbun dan adik beradik memantapkan NUSA MAHSURI inilah masa nya tunjukkan kebolehan misbun dlm dunia profesional buktikan NUSA MAHSURI boleh jayakan misi OLIMPIK tampa BAM soal kewangan rasanya tak jadi masalah kerana tentu dtg dgn sendiri........NUSA MAHSURI BOLEHHHHHHHHHHH

Moja

Tertarik dengan isu perletakkan jawatan Datuk Misbun yang hangat dibicarakan di muka-muka akhbar tempatan. Isu dalaman sekecil ini tidak seharusnya menjadi buah mulut orang ramai dan patut dipantau atau diselesaikan oleh BAM secara tertutup. Datuk Misbun enggan memberi sebarang komen mendedahkan sebab-sebab perletakkan jawatannya. Namun segelintir individu ghairah memeberi komen di akhbar-akhbar berkenaan sebab musabab perletakkan jawatan Datuk Misbun. Mengapa??? Tepuk dada tanya selera. Mereka merasakan mereka tahu segala puncanya tanpa merujuk kepada pihak-pihak yang berkaitan. Demi kepentingan negara, memang tepat jalan yang diambil oleh Datuk Misbun bagi mengelakkan sebarang salah faham dimasa akan datang. Pada pandangan saya, tidak salah kiranya Datuk Misbun mengundurkan diri kerana beliau telah begitu lama memimpin anak-anak buahnya menuju kejayaan. Sekarang tiba giliran mereka-mereka yang menginginkan jawatan tersebut untuk membuktikan mereka juga berkeupayaan untuk membimbing dan melatih pemain-pemain badminton. Selamat maju jaya kepada mereka-mereka yang telah 'menyumbangkan' buah fikiran di akhbar-akhbar.

- Peminat Sukan 1Malaysia.

mohamed eid bin md noor

Syabas kpd Datuk Misbun kerana berani mencelikkan mata pegawai-pegawai BAM dan MSN tentang kemelut dan kelemahan mereka masing-masing. Di Malaysia ini cuma ada seorang sahaja jurulatih seperti Datuk Misbun, tetapi exco ramai. Satu dua pergi @ letak jawatan, sepuluh mari. Pandangan dan komitmen Datuk Misbun TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN, apalagi kecintaan dan taat setia beliau kepada negara. Sejarah telah membuktikan. Walau apa pun, saya menyokong sekiranya Datuk Misbun menangguhkan dahulu perletakan jawatannya itu demi sukan olimpik akan datang. Selamat berjaya.

bashma

MAJU SUKAN UNTUK NEGARA......

dino

moga misbun dapat meneruskan perancangan yang lebih cemerlang untuk melahirkan jaguh badminton negara..PADA MEREKA YANG HENDAK MELETAK JAWATAN KONONNYA TANPA MEREKA BADMINTON TAKKAN MAJU ELOKLAH BERUNDUR..AWAK SEMUA HANYA TUMPANG SEKAKI ATAS USAHA ORANG LAIN..MANUSIA MACAM AWAK RAMAI DITEPI JALAN..

Salehuddin Mohd Salleh Shah

Yang tiada semangat majukan sukan untuk negara patut disisihan, bukan saja dari persatuan malah dari negara yang dicintai seluruh rakyat Malaysia. MAJULAH SUKAN UNTUK MALAYSIA.

hamah maaleh

kedua ada peranan dan fungsi ,
tanpa perancangan mungkin tidak gerak kerja yang sistematik , namun gerak kerja seolah menjadi kaku jika tidak ada creativity lain,

kamal

Kebanyakkan masyarakat menyokong Dato Misbun kerana mereka NAMPAK apa yang DIHASILKAN melalui sistem latihannya.... sedangan BAM sehingga kini masih BELUM NAMPAK HASILNYA MEMBENTUK PELAPIS yang benar2 dapat menggantikan Dato Lee Chong Wei tu menyebabkan rakyat bimbang jika negara KETANDUSAN pemain setelah LCW bersara nanti.... ini tentu ada yang tidak kena dengan SISTEM LATIHAN BAM.....jadi fikir2kanlah...

Sham..Sabah

alhamdullah,,baguslah macam tu....semangat satu Malaysia sangat perlu

murinah

Alhamdullilah bersama kita doakan semoga mereka dapat matlamat yg di idamkan.

Manuk Dondom

Tindakan berkompromi antara BAM dan Datuk Misbun demi Sukan Badminton Negara adalah satu tindakan yang sangat terpuji. Syabas kepada Datuk Nadzmi Salleh dan Datuk Misbun Sidek. Namun begitu mana-mana pegawai BAM yang mengamalkan sikap keras kepala dan hidung tinggi patutlah meletakkan jawatan kerana mereka-mereka ini jadi batu penghalang kepada hubungan yang baik.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Rooney, Vidic senjata Fergie hadapi Spurs

Posted: 14 Jan 2011 11:02 AM PST

Sukan

LONDON: Sir Alex Ferguson sudah bersedia menggunakan sentuhan pemusnah Wayne Rooney apabila turun menentang Tottenham malam esok, dalam usaha Manchester United melebarkan rekod tanpa kalah 23 perlawanan ketika ini.

Rooney tidak beraksi ketika United menang ke atas Liverpool dalam saingan Piala FA Ahad lalu kerana kecederaan buku lali tetapi dia sudah sembuh dan menyertai skuad yang bertandang ke White Hart Lane untuk terus mengukuhkan kedudukan di persada Liga Perdana Inggeris.

Kali terakhir United tewas kepada Spurs ialah pada Mei 2001 dan sejak itu mereka sentiasa mengatasi pasukan tangga keempat bimbingan Harry Redknapp yang kini tercicir lapan mata di belakang pendahulu yang masih belum mencatat sebarang kekalahan musim ini. Ferguson juga dijangka menyenaraikan Nemanja Vidic dalam kesebelasan utama untuk berdepan Spurs yang mahu membalas dendam kekalahan 2-0 di Old Trafford Oktober lalu ketika jaringan kontroversi Nani mendapat tempat di dada akhbar.

Namun bekas bintang United sendiri, David Beckham dijangka tidak berpeluang diturunkan walaupun sudah mula berlatih dengan Spurs kerana walaupun sudah bersetuju dengan pinjaman jangka pendek.

Dia tidak akan diturunkan menentang Manchester United Ahad ini walaupun sempat menandatangani persetujuan. Dia masih belum cergas untuk bermain dan dia sendiri tahu. Dia mungkin memerlukan beberapa minggu untuk mendapatkan semula tahap kecergasan, kata Redknapp. AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mr.fiat ziah46

yakin M.UTd boleh menang


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan