Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Misi getir di Korea

Posted: 24 Jan 2011 08:46 AM PST

SELEPAS mempertahankan dua kejuaraan bulan ini, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar) ada satu lagi misi untuk disempurnakan iaitu mempertahan kejuaraan Siri Super Premier Terbuka Korea minggu ini.

Chong Wei tampak mudah mempertahankan kejuaraan Siri Super Final (Taiwan) dan Terbuka Malaysia, kelmarin, bagaimanapun berdepan laluan berliku di Seoul apabila semua 16 pemain terbaik dunia mengesahkan mengambil bahagian kejohanan bermula hari ini hingga 30 Januari.


Kejohanan badminton paling lumayan itu adalah pertandingan pertama daripada lima Siri Super Premier yang diwajibkan kepada 10 pemain terbaik dunia, akan memulakan aksi pusingan kelayakan hari ini.

Selaku pilihan utama, laluan Chong Wei getir seawal pusingan pertama apabila dijadual menentang pemain Denmark, Jan o Jorgensen. Turut berada dalam laluannya ke final, Park Sung Hwan, Chen Jin, Chen Long dan Bao Chunlai, sekali gus menjadikan Terbuka Korea kejohanan paling sukar buat Chong Wei sejak bergelar pemain nombor satu dunia pada 2008.


Musuh ketat Chong Wei, juara Olimpik Beijing, Lin Dan yang mendakwa mengalami kecederaan hingga menyebabkannya menarik diri di Terbuka Malaysia mengesahkan akan beraksi di Seoul.


Pemain China itu yang berada di undian bawah dan bakal berdepan pemain nombor dua dunia, Taufik Hidayat (Indonesia) di suku akhir sebelum menentang Peter Gade (Denmark) di separuh akhir, mempunyai laluan mudah apabila diundi berdepan pemain kelayakan di pusingan pertama.

Bagaimanapun, laluan selesa terhidang buat Koo Kien Keat-Tan Boon Heong untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir. Gandingan yang bergelut dengan prestasi merudum itu akan menentang gandingan tuan rumah, Cho Gun Woo-Kwon Yi Goo di pusingan pertama, sepatutnya tiada masalah ke pusingan kedua, cuma mereka perlu lebih positif ketika menentang lawan tidak pernah dihadapi sebelum ini.


Jika mara, Kien Keat-Boon Heong akan bertemu sama ada satu lagi gandingan Korea, Lee Yong Dae-Jung Jae Sung atau Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia di separuh akhir.

Gandingan Mohd Zakry Latif-Hoon Thien How yang melangkah ke suku akhir Terbuka Malaysia pula terpaksa beraksi dalam pusingan kelayakan.


Mereka perlu menempuh dua perlawanan sebelum ke undian sebenar. Jika mara, gandingan itu boleh membalas dendam ke atas pemain Jepun, Naoki Kawamae-Shoji Sato di pusingan pertama selepas gandingan lawan mengalahkan mereka minggu lalu.


Wong Mew Choo pula bakal membuat perhitungan dengan Wang Xin yang menewaskannya minggu lalu. Mew Choo mampu melakar kejutan ke atas pilihan utama itu tapi memerlukan tenaga luar biasa kerana tiga pertemuan sebelum ini, ratu badminton negara itu tewas semua perlawanan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

>Lin Dan perlekeh ketegasan BWF

Posted: 24 Jan 2011 08:44 AM PST

TIRAI baru kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bermula dengan Siri Super Terbuka Malaysia yang berakhir kelmarin gagal melahirkan bakat baru, sebaliknya menyerlahkan lagi penguasaan Datuk Lee Chong Wei dan kemegahan China sebagai kuasa mutlak dunia.

Penganjuran Terbuka Malaysia kali ini boleh dianggap berjaya dengan kehadiran barisan terkuat pemain China, namun bukan semua pemain ternama dunia hadir.


Tarikan hadiah keseluruhan yang meningkat daripada AS$250,000 (RM611,196) kepada AS$400,000 (RM1.2 juta) melambangkan langkah tepat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam menarik pemain terbaik, tapi tindakan itu juga boleh dianggap kurang bijak kerana BWF tidak memberi status Siri Super Premier - kejohanan badminton kelas pertama.

Chong Wei yang pada awalnya dijangka tergugat dengan kehadiran juara Olimpik Lin Dan, bagaimanapun tersenyum girang selepas pemain China itu menarik diri di suku akhir untuk memberi laluan kepada Chen Long yang akhirnya menjadi mangsa belasahan Chong Wei.


Begitupun, aksi pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong gagal menepati ciri-ciri beregu elit dunia apabila tewas seawal pusingan pertama di tangan pasangan muda China, Hong Wei-Shen Ye.


Terbuka Malaysia kali ini juga membuktikan Malaysia masih amat memerlukan Chong Wei untuk disandarkan harapan memburu emas pertama di Sukan Olimpik London 2012, kerana hanya pemain nombor satu dunia itu yang konsisten ketika ini.

Mungkin BAM boleh membuka mata, membuka hati seluas-luasnya, memberi perhatian serius kepada pemain pelapis yang kini dikendalikan Hendrawan dan Tan Kim Her. Malah jika tidak keterlaluan, apa salahnya pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) diberi lebih pendedahan andainya mereka lebih berbakat berbanding pemain di kem nasional.


Saingan ini juga mula menampakkan kelemahan BWF. Biarpun mewajibkan 10 pemain terbaik dunia beraksi di sembilan kejohanan, lima Siri Super Premier dan empat Siri Super, badan induk badminton dunia itu tidak mampu menangani masalah pemain yang seolah-olah memperlekeh penganjur dengan menarik diri dari perlawanan seperti yang dilakukan Lin Dan (gambar) di tiga kejohanan berturut-turut termasuk Terbuka Malaysia.

Taufik Hidayat dari Indonesia mahu BWF lebih peka menghidu taktik pemain yang kadangkala sengaja memberi kemenangan percuma kepada rakan senegara.


Begitupun, bagi pemain yang benar-benar mengalami kecederaan seperti Joachim Fisher Nielsen yang menarik diri di separuh akhir beregu campuran kerana kecederaan lutut, dia terpaksa beraksi di Terbuka Korea minggu ini kerana semua kejohanan berstatus Siri Super Premier wajib disertai.


"Saya kecewa terpaksa menarik diri, tapi kalau diteruskan keadaan akan bertambah parah. Saya tetap akan beraksi di Korea kerana kami wajib bermain, tapi tengoklah kalau kecederaan ini berulang saya terpaksa menarik diri," kata Nielsen yang berpasangan dengan Christina Pedersen.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan