Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Belum ada penyelesaian

Posted:

Belum ada penyelesaian

Belum ada penyelesaian

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


AHMAD SHABERY (empat dari kiri) berbincang sesuatu dengan Nadzmi di pejabatnya di Putrajaya semalam.


PERTEMUAN di antara Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohd. Nadzmi Salleh bagi membincangkan isu berhubung peletakan jawatan jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek masih belum ada jalan penyelesaian.

Sebaliknya Shabery berkata, pertemuan yang diadakan di pejabatnya di Putrajaya semalam adalah untuk mendengar penjelasan daripada Nadzmi sendiri selaku presiden BAM berhubung isu yang sedang melanda badan induk itu ketika ini.

"Saya masih belum membuat sebarang keputusan berhubung isu ini kerana saya baru mendengar penjelasan daripada presiden BAM sahaja.

"Saya fikir lebih elok saya mendengar penjelasan daripada Misbun pula dan selepas itu nanti barulah sebarang keputusan boleh dibuat," kata Shabery ketika sesi sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Nadzmi di Putrajaya semalam.

Ditanya apakah yang dibincangkan dengan Nadzmi sepanjang pertemuan selama sejam itu, Shabery menjawab: "Tidak elok rasanya saya dedahkan perbincangan kami pada sidang media ini.

"Seperti yang saya maklumkan, saya mahu mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung perkara ini," ujar Shabery.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkian bahawa keputusan yang dibuat Misbun untuk meletak jawatan adalah berpunca daripada salah faham di antara jurulatih tersebut dengan pihak pengurusan BAM.

"Mungkin ada salah faham dalam beberapa keputusan yang dibuat baik Misbun mahupun pihak pengurusan BAM sendiri," jelas Shabery.

Shabery turut mengingatkan Misbun agar setiap keputusan yang dilakukannya perlulah memikirkan demi kepentingan sukan badminton tanah air.

"Saya tidak mahu isu-isu seperti ini menjejaskan pembangunan sukan badminton negara dan sekaligus terus malap tanpa sebarang kejayaan di pentas antarabangsa," tambah Shabery.

Sementara itu, hasrat pihak media untuk bertemu dan mendengar penjelasan daripada Nadzmi tidak kesampaian selepas presiden BAM itu bergegas pulang sejurus tamat perbincangan beliau bersama Shabery.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tujuh pasukan main pada waktu petang

Posted:

Tujuh pasukan main pada waktu petang

Tujuh pasukan main pada waktu petang

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


LAMPU limpah di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu antara yang tidak memenuhi piawaian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). - Gambar hiasan


SAINGAN Liga Super 2011 yang akan bermula 29 Januari depan bakal menyaksikan tujuh daripada 14 pasukan bertanding terpaksa bermain pada sebelah petang untuk aksi di gelanggang sendiri.

Kelantan, Terengganu, T-Team, Johor FC, Perak, Harimau Muda A dan Sabah adalah tujuh pasukan yang terlibat kerana lampu di stadium yang mereka gunakan untuk aksi di tempat sendiri tidak mencapai tahap pencahayaan minimum 800 lux seperti yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ia melibatkan enam stadium iaitu Stadium Sultan Muhammed IV (Kota Bharu), Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Kuala Terengganu), Stadium JCorp (Pasir Gudang), Stadium Perak (Ipoh), Stadium MBPJ (Kelana Jaya) dan Stadium Likas (Kota Kinabalu).

Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud yang juga Ketua Jabatan Pertandingan FAM berkata, perlawanan pada sebelah petang akan kekal dilaksanakan di enam venue tersebut andai pemeriksaan kedua esok tetap dengan keputusan negatif.

"Pada pemeriksaan pertama yang telah kita lakukan pada 20 Disember lalu, pencahayaan lampu limpah di keenam-enam stadium ini didapati gagal mencapai tahap minimum 800 lux.

"Jadi kita minta mereka atasi kekurangan tersebut jika mereka tetap mahu bermain pada sebelah malam dan pemeriksaan kedua akan dibuat pada 7 Januari (esok).

"Hasil pemeriksaan kedua akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) pada 10 Januari ini dan keputusan akhir akan dibuat selepas itu," kata Ahmad Fuad ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jika venue-venue terbabit masih gagal melepasi tahap minimum itu, maka aksi tempat sendiri bagi Kelantan, Terengganu, T-Team, Johor FC, Perak dan Harimau Muda A musim ini akan berlangsung pukul 4.45 petang manakala Sabah pada pukul 4.15 petang.

Namun andai melepasi tahap minimum 800 lux itu, mereka akan dibenarkan kembali beraksi pada sebelah malam.

Baki tujuh pasukan lain yang tidak menghadapi masalah untuk beraksi pada waktu biasa iaitu pukul 8.45 malam ialah Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Felda United.

Aksi Liga Super 2011 bakal berlangsung setiap Selasa dan Sabtu dengan perlawanan sulungnya pada 29 Januari depan manakala perlawanan ke-26 (terakhir) dijadual pada 30 Julai depan.

Hanya satu perlawanan berlangsung sepanjang Januari, empat perlawanan Februari, dua perlawanan Mac, sembilan perlawanan April, lima perlawanan Mei, tiga perlawanan Jun dan dua perlawanan pada Julai.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan