Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Safee akur

Posted:

Safee akur

Safee akur

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


SAFEE SALI diarak dengan menaiki kereta antik, Triumph TR4 pada majlis meraikan kepulangannya di kampung halamannya di Tapah, Perak semalam.


BIARPUN hatinya meronta-ronta untuk menimba pengalaman pada liga bola sepak luar negara, penyerang sensasi negara, Mohd. Safee Mohd. Sali akur sekiranya pengurusan Selangor terus berkeras tidak mahu melepaskannya.

Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu berkata, dia berkemungkinan memilih untuk terus beraksi dengan Selangor sehingga tamat kontrak pada akhir tahun ini.

"Sekiranya perundingan rasmi ketiga-tiga kelab Liga Indonesia dengan pengurusan Selangor yang sedang ber langsung sekarang menemui kegagalan, saya harus menghormati perjanjian yang telah dibuat dengan Selangor.

"Namun selepas itu, saya akan terus berusaha untuk mengintai peluang semula bermain di luar negara kerana ingin belajar sesuatu yang baru," luah Mohd. Safee.

Mohd. Safee ditemui ketika dirai oleh lebih 3,000 penduduk sekitar Tapah dalam majlis khas sempena kepulangannya ke kampung halaman anjuran Persatuan Bola Sepak Batang Padang

di Stadium Mini Tapah semalam.

Tiga kelab Indonesia yang berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 27 tahun itu ialah Persib Bandung, Balik Papan dan Pelita Jaya.

Dalam pada itu, Mohd. Safee meluahkan keinginan untuk menabur bakti bermain untuk skuad Perak sebelum mengakhiri kariernya sebagai pemain bola sepak.

"Selepas menimba pengalaman di luar negara, saya berniat untuk menyarung jersi Perak, negeri saya dibesarkan dan mendapat pendedahan awal bola sepak," katanya.

Pada majlis sama, dia menerima ganjaran RM10,000 yang dijanjikan kerajaan negeri Perak berikutan kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 daripada Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Turut menerima insentif tersebut ialah pemain pertahanan negara, Sabre Mat Abu, 23, dan Fadhli Shas, 19, yang masing-masing menerima wang tunai RM5,000 sementara jurulatih penjaga gol negara, Fauzi Mukhlas pula meraih RM3,000.

Bagaimanapun, Fadhli tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen dengan skuad Harimau Muda A.

Terdahulu, Mohd. Safee, Sabre dan Fauzi diarak dengan menaiki sebuah kereta antik model Triumph TR4 dengan diiringi lebih 100 motosikal berkuasa tinggi sejauh kira-kira enam kilometer dari rumah ibu bapa Mohd. Safee di Temoh, Tapah.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Wenger cari pemain atasi krisis

Posted:

Wenger cari pemain atasi krisis

Wenger cari pemain atasi krisis

LONDON - Arsene Wenger (gambar) hanya berminat mendapatkan pemain untuk jangka masa pendek pada musim perpindahan pemain bulan ini.

Tindakan tersebut adalah sebagai langkah untuk mengatasi krisis kecederaan yang dialami The Gunners ketika ini khususnya di bahagian pertahanan.

Buruan utama pengurus Arsenal itu ialah Gary Cahill, namun pengurus Bolton, Owen Coyle menegaskan dia tidak akan melepaskan pemain tersebut.

Keputusan Coyle itu memaksa Arsenal untuk kembali semula kepada usaha mendapatkan pertahanan West Ham, Matthew Upson.

Wenger mengakui dia hanya mahu seorang pertahanan yang berkualiti dengan tawaran kontrak jangka masa pendek.

Ditanya sama ada dia perlu membeli pemain baru untuk menyelesaikan masalahnya, Wenger berkata: "Perancangan saya hanyalah untuk jangka masa pendek.

"Kami mempunyai banyak lagi perlawanan untuk diharungi. Jika pemain kami terus berdepan dengan kecederaan, ia akan memberi banyak masalah kepada pasukan." - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bale kembali menghantui Ferguson

Posted:

Bale kembali menghantui Ferguson

Bale kembali menghantui Ferguson


BALE boleh memusnahkan impian United malam ini.


LONDON - Alex Ferguson bimbang kegagalannya mendapatkan Gareth Bale empat tahun lalu akan kembali menghantuinya malam ini.

Pengurus Manchester United itu cuba mendapatkan pemain sayap Wales itu ketika dia bersama Southampton pada 2007.

Namun Tottenham lebih bernasib baik apabila berjaya mendapatkan Bale, 21, dengan harga £5 juta (RM24.3 juta)

Sejak itu, Bale terus muncul sebagai antara pemain muda paling menyerlah di Eropah sehingga prestasi hebatnya dalam kempen Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara musim ini menyaksikan harganya mencecah £40 juta (RM194.3 juta).

Malam ini, pemain sayap itu mampu menamatkan rekod tanpa kalah United musim ini apabila The Red Devils akan berkunjung ke White Hart Lane dalam aksi Liga Perdana England.

Ferguson berkata: "Kami cuba mendapatkannya ketika dia berusia 16 atau 17 tahun. Tetapi ia tidak pernah berjaya.

"Bale mempunyai kepantasan yang menakjubkan dan dia juga mampu membuat hantaran lintang yang baik.

"Dia banyak memberi sumbangan kepada Spurs musim ini. Tetapi Spurs juga mempunyai Luca Modric, Rafael van der Vaart dan Aaron Lennon, jadi mereka ada beberapa pemain yang bagus."

Meskipun van der Vaart yang dibeli dari Real Madrid lebih banyak menarik tumpuan media di England musim ini, namun Ferguson tetap menganggap Bale sebagai pemain terbaik dalam pasukan Spurs.

"Van der Vaart telah memberi Spurs satu semangat baru yang tidak pernah dimiliki Harry daripada mana-mana pemain perancangnya," kata Ferguson.

"Saya tahu kita juga boleh menganggap van der Vaart sebagai penyerang, tetapi dia lebih bagus bermain di tengah dan membantu jentera serangan.

"Tetapi sumbangan paling banyak dalam skuad Spurs ialah Bale yang meledakkan 11 gol setakat ini." - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan