Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Jangan emosi isu Misbun

Posted:

Jangan emosi isu Misbun

Jangan emosi isu Misbun

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegur anggota Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC), yang mengancam meletak jawatan, jika Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melayani tuntutan Datuk Misbun Sidek.

Menurutnya, tindakan itu bersifat emosional dan tidak membantu ke arah menyelesaikan isu tersebut.

Sedangkan, katanya isu BAM boleh diselesaikan mengikut proses yang lebih mudah, jika mereka yang terlibat bersifat rasional.

"Perbezaan pendapat dalam BAM seharusnya diterima dan diselesaikan dengan cara yang lebih terbuka. Semua perlu diambil kira atas dasar kepentingan negara, kerana badminton merupakan sukan yang sangat berpengaruh.

"Keputusan yang dibuat berdasarkan emosi tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya perbalahan terus berpanjangan,'' katanya kepada Mingguan Malaysia selepas Kejohanan Boling Sukan Media-Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, semalam.

Shabery mengulas tindakan tiga anggota TCT yang mengancam akan melepaskan jawatan, sekiranya BAM melayani tuntutan Misbun.

Anggota TCT terbabit ialah Tony Tan (Pulau Pinang), Abdul Hadi Abdul Kadir (Sarawak) dan Teoh Teng Chor (Kedah).

Tambah Shabery, Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh, Misbun dan anggota CTC BAM, perlu berbincang sesama mereka menyelesaikan masalah persatuan itu.

"Mereka harus berbincang dengan fikiran terbuka, jangan sampai masalah ini berlarutan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat. Sudah pasti ada jalan terbaik untuk kebaikan semua pihak," katanya.

BAM membuka pintu perdamaian dalam isu Misbun, apabila mesyuarat exco persatuan itu Rabu lalu meminta jurulatih itu menimbangkan keputusannya untuk meletakkan jawatan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Safee diberi sambutan wira 3,000 penduduk Tapah

Posted:

Safee diberi sambutan wira 3,000 penduduk Tapah

Safee diberi sambutan wira 3,000 penduduk Tapah


MOHD. Safee Sali diarak dengan menaiki kereta antik Triumph TR4 1966 pada majlis sambutan kepulangan pemain kebangsaan itu di kampungnya di Tapah, semalam. – Mingguan/Mohd Najib Mohd Nor


TAPAH – Penyerang bola sepak negara, Mohd. Safee Sali menerima sambutan wira daripada lebih 3,000 penduduk kawasan ini pada satu majlis khas di Stadium Majlis Daerah Tapah (MDT) di sini, semalam.

Orang ramai mula membanjiri lokasi majlis seawal pukul 10 pagi, walaupun Mohd. Safee, 27, tiba pukul 12 tengah hari dengan menaiki kereta antik Triumph TR4 1966 , diiringi lebih 100 buah motosikal kuasa besar dari rumah keluarganya di Jalan Temoh, di sini.

Orang ramai mengambil peluang bergambar dengan Mohd. Safee, yang membantu pasukan negara menjuarai Piala Suzuki AFF 2010, selain muncul Penjaring Terbanyak kejohanan dengan lima gol.

Peminat penyerang Selangor itu juga melakukan gimik melakukan sepakan penalti pada majlis anjuran Persatuan Bola Sepak Batang Padang dan MDT itu.

Berucap pada majlis itu, Mohd. Safee yang dilahirkan di Selangor tetapi dibesarkan di sini, melahirkan rasa terharu dan terima kasih atas sambutan yang diberikan kepadanya serta keluarganya.

''Majlis ini merupakan kenangan paling manis bagi saya dan keluarga yang tidak akan kami lupa sampai bila-bila," katanya.

Menurut Mohd. Safee, sambutan di padang MDT mengembalikan kenangannya semasa kanak-kanak, kerana di padang itulah dia bermain bola sepak sejak usia lima tahun hingga sekarang, setiap apabila pulang bercuti ke kampung.

''Saya rasa peluh saya sudah membasahi seluruh kawasan padang ini," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan