Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Misbun sedia pertimbang

Posted:

Misbun sedia pertimbang

Misbun sedia pertimbang

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Selepas mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh, jurulatih negara, Datuk Misbun Sidek akhirnya mula berlembut dan menyuarakan kesediaan untuk mempertimbangkan peletakan jawatannya.

Misbun meluahkan segala yang terbuku dalam pertemuan dengan presiden BAM itu, Rabu lalu dan selepas mengadakan perbincangan hati ke hati, Nadzmi percaya, krisis yang melanda jurulatih itu dan BAM sebenarnya boleh diselesaikan dan menuju ke arah positif.

Katanya, Misbun tidak pernah mempersoalkan struktur kejurulatihan yang baru, malah menghormatinya, beliau cuma memohon beberapa penambahan dalam program melibatkan jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei – permintaan yang disifatkan oleh Nadzmi tidak keterlaluan dan boleh dipertimbangkan.

Menurut Nadzmi lagi, beliau percaya, krisis kedua-dua pihak boleh diselesaikan tanpa menyentuh struktur kejurulatihan, namun keputusan hanya akan diambil selepas mengadakan perbincangan terperinci bersama Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Datuk James Selvaraj dan pengurus besar mereka, Kenny Goh.

"Saya beritahu Misbun agar mempertimbangkan peletakan jawatannya kerana beliau diperlukan untuk terus membimbing Datuk Lee Chong Wei yang ketika ini merupakan prospek terbaik kita untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik London.

"Selepas bertukar pandangan dan berbincang secara lebih terperinci mengenai apakah yang dimahukan Misbun untuk merangka programnya dan apakah yang boleh ditawarkan BAM, saya percaya pertemuan ini berhasil dengan amat positif dan kami menuju satu keputusan terbaik untuk kedua-dua pihak.

"Misbun memerlukan program istimewa untuk menyiapkan Chong Wei menghadapi Sukan Olimpik 2012, bagi BAM, kami akan tengok apa yang boleh diberikan kepada mereka dari segi sparring dan akan cuba mendapatkan peruntukan tambahan jika diperlukan. Program akan cuba dilaksanakan tambah perlu menganggu struktur," kata Nadzmi ketika dihubungi.

Kata Nadzmi, selepas mengadakan rundingan bersama Misbun, beliau mendapati jurulatih itu sebenarnya tidaklah begitu bermasalah, cuma beliau mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan kerja dan mahu ia dihormati, terutama Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC).

Nadzmi tidak menyebut apakah memasukkan Misbun Ramdan Misbun ke dalam program kendalian jurulatih itu sebahagian daripada perkara yang dibincangkan, sebaliknya beliau menegaskan, ada beberapa perkara terlalu peribadi dan tidak wajar dikongsi.

Misbun menggemparkan sukan tanah air apabila menghantar surat peletakan jawatan pada 31 Disember lalu kerana tidak gembira dengan perubahan struktur kejurulatihan baru yang mengambil anaknya, Ramdan daripada programnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Badminton Terbuka Korea: Chong Wei kempunan hatrik

Posted:

Badminton Terbuka Korea: Chong Wei kempunan hatrik

Badminton Terbuka Korea: Chong Wei kempunan hatrik

KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei kempunan untuk melakar hatrik 2011 dan membawa pulang hadiah paling lumayan dalam sejarah badminton dunia apabila akur kepada tangan musuh tradisi, Lin Dan pada perlawanan akhir Terbuka Korea yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1.2 juta (RM3.8 juta), semalam.

Jaguh No. 1 dunia itu, yang memburu kejuaraan ketiga berturut-turut bulan ini selepas menjuarai Siri Super Masters Akhir (5-9 Januari) dan Terbuka Malaysia, minggu lalu bagaimanapun mempamerkan aksi menarik dalam pertarungan yang amat menghiburkan sebelum tunduk 19-21, 21-14, 16-21 dalam masa 1 jam, 15 minit.

Meskipun kalah, hadiah kemenangan AS$45,600 (RM140,000) yang dibawa pulang Chong Wei selaku naib juara tetap lebih besar berbanding hadiah yang diterimanya ketika menjuarai Terbuka Malaysia, minggu lalu – AS$30,000 (RM96,000), ini kerana Terbuka Korea adalah salah satu daripada empat kejohanan dalam kalendar Siri Super Premier.

Begitupun hadiah kemenangan yang dirangkul juara Olimpik, Lin Dan jauh lebih lumayan – AS$90,000 (RM275,000).

Malah, kemenangan itu membolehkan China membolot empat daripada lima kejuaraan yang ditawarkan dengan satu-satunya gelaran yang gagal diraih mereka adalah beregu lelaki, yang dimenangi pasangan tuan rumah, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae.

Ini merupakan kejuaraan Siri Super ke-13 buat Lin Dan, kurang tiga gelaran di belakang Chong Wei. Namun, dia sudah menumpaskan musuh tradisinya itu dalam dua perlawanan akhir yang lebih besar – Sukan Olimpik 2008 dan Sukan Asia 2010.

Malah, Lin dan juga telah memiliki tiga kejuaraan dunia dalam koleksi.

"Walaupun gagal mencari kemenangan hatrik tetapi saya tetap gembira kerana berjaya merapatkan jurang permainan dengan Lin Dan. Perlawanan hari ini banyak memberi pengajaran dan pengalaman baru kepada saya.

"Memang memenatkan apabila terpaksa beraksi dalam tiga kejohanan berturut-turut dan selepas ini saya mahu rehat puas-puas untuk sambutan Tahun Baru Cina. Namun, cuti saya tidaklah terlalu panjang kerana saya perlu kembali ke latihan untuk persiapan All England.

"Saya tidak akan pulang ke Pulau Pinang, sebaliknya semua keluarga saya akan meraikan Tahun Baru Cina bersama di Kuala Lumpur. Saya hanya mahu memikirkan tentang keluarga sepanjang cuti nanti tetapi apabila kembali berlatih, sasaran saya adalah mempertahankan All England,'' kata Chong Wei.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan