Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Lin Dan menang kerana tuah'

Posted:

'Lin Dan menang kerana tuah'

'Lin Dan menang kerana tuah'

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my


Lee Chong Wei ditemuramah wartawan yang menunggu kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, semalam.


SEPANG - Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mahu melupakan kekalahan kepada musuh tradisi Lin Dan pada Terbuka Korea yang berakhir, kelmarin dengan menghala tumpuan kepada All England pula yang bermula 8 hingga 13 Mac ini.

Pemain yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu tumpas kepada bintang sensasi China yang juga juara Olimpik dalam perlawanan menarik yang diheret sehingga ke set penentuan 19-21, 21-14, 16-21 dalam masa 1 jam 15 minit.

Chong Wei yang kelihatan agak sugul ketika sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ketika ditemui pemberita berkata, beliau telah memberikan tentangan yang terbaik pada pertemuan tersebut, namun nasib tidak menyebelahinya.

"Saya telah berusaha memberikan tentangan kepada Lin Dan tetapi, nampaknya nasib lebih berpihak kepada dia. Tuah tidak menyebelahi saya," katanya di sini, semalam.

Chong Wei turut mengakui, kesilapan yang dilakukan pada hujung perlawanan antara punca kepada kekalahannya kepada Lin Dan.

Jelasnya, lawan sehebat Lin Dan memerlukan pemain kekal fokus kepada permainan dan dengan hanya kesilapan kecil ia akan mengundang padah.

"Kesilapan yang saya lakukan telah dimanfaat sepenuhnya oleh Lin Dan untuk mendapatkan mata demi mata bagi mengatasi saya," ujarnya.

Untuk mengatasi kelemahannya itu, Chong Wei berkata, dia akan berbincang dengan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek bagi memperbaiki permainannya sebagai persiapan menghadapi All England.

Beliau buat masa ini mahu mendapatkan rehat secukupnya sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina, sebelum kembali ke gelanggang latihan.

Ketika ditanya berhubung pertemuan antara jurulatihnya, Misbun dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh, Rabu lalu, Chong Wei berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perjumpaan tersebut.

"Tetapi saya amat berharap, perjumpaan itu akan berakhir dengan keputusan positif kerana saya memerlukan Misbun bagi membimbing saya untuk persiapan 2012 (Sukan Olimpik)," katanya.

Sementara itu, Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Datuk James Selvaraj mengesahkan bahawa Misbun ada menghubungi Pengurus Besar BAM, Kenny Goh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dia akan mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pegawai kanan BAM itu dalam masa terdekat ini.

"Misbun ada SMS Kenny yang dia akan bertemu dengan kami berdua untuk membincangkan mengenai program Road To London 2012 dan juga berhubung kedudukannya sebagai jurulatih," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Anuar kibar bendera putih?

Posted:

Anuar kibar bendera putih?

Anuar kibar bendera putih?


Anuar Manan (kiri) mengaku peluangnya untuk mempertahankan jersi biru semakin sukar.


NILAI – Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 masih berbaki satu peringkat lagi hari ini, namun pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Anuar Manan seperti sudah mengalah dalam usahanya untuk mempertahankan jersi biru (Raja Bukit) yang dimenanginya tahun lepas.

Jika dilihat dari segi peluang Anuar, pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu boleh melupakan hasrat untuk memenangi jersi biru apabila dia menamatkan perlumbaan peringkat kesembilan dari bandar Melaka ke Nilai sejauh 127 kilometer di tempat ke-32 semalam.

Menurut Anuar, peluang mempertahankan jersi biru dilihat semakin sukar selepas dia gagal menambah kutipan mata dan muncul juara peringkat pada perlumbaan semalam.

"Perlumbaan hari ini sangat laju dan saya terpaksa bekerja keras untuk mengejar pelumba di depan selepas beberapa kali mereka membuat pemecahan dari kelompok besar. Situasi ini menyebabkan saya keletihan," katanya kepada media selepas tamat perlumbaan, semalam.

Jelas Anuar, dia tidak menghadapi masalah dengan perubahan laluan yang dilakukan pada saat-saat akhir semalam tetapi keadaan cuaca dan permukaan jalan yang tidak rata memberi sedikit kesukaran.

Anuar menduduki tempat ketiga dalam perebutan jersi biru selepas ketinggalan 23 mata di belakang penyandangnya, Andrea Guardini dari Fernese Vini-Neri Sottoli dan empat mata di belakang pelumba Tabriz Petrochemical Team(TPT), Boris Shiplevsky.

Namun, Anuar masih berpeluang untuk merampas semula jersi biru itu di tambah dengan sedikit nasib untuk memintas Guardini dan Shiplevsky sekiranya dia berjaya mengutip mata maksimum pada tiga zon pecutan dan menjadi pemenang peringkat pada perlumbaan terakhir LTdL 2011 dari UiTM Shah Alam ke Kuala Lumpur (104.6km) hari ini.

Pada masa yang sama, dia juga berharap kedua-dua pencabarnya itu tidak mengutip sebarang mata pada zon pecutan pertama di Paya Jaras (42.6km) dan dua zon pecutan terakhir di Kuala Lumpur (78.8km dan 91.8km).

"Esok saya akan cuba untuk melakukan yang terbaik kerana ini adalah peluang terakhir saya untuk menjadi pemenang peringkat.

"Meskipun peluang saya untuk memenangi jersi biru semakin sukar, saya tidak akan berputus asa. Saya akan bekerja keras. Ia bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi bagi membantu pasukan berada di kedudukan yang lebih baik," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan