Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Safee terbayang naik Barracuda

Posted: 14 Feb 2011 11:22 AM PST

Sukan

  SAFEE   melambai buat kali terakhir sambil mendukung anaknya, Nur Syasya Sofirna, 1, sebelum berlepas ke Indonesia di KLIA, semalam.

SAFEE melambai buat kali terakhir sambil mendukung anaknya, Nur Syasya Sofirna, 1, sebelum berlepas ke Indonesia di KLIA, semalam.

'Impian saya mahu bermain di Liga Australia, tetapi belum ada peluang'

SEBELUM berlepas ke Jakarta, semalam Safee Sali terbayang kemungkinan berlaku insiden sama buat kali kedua iaitu menaiki kereta perisai Barracuda dan dibaling bom petrol (molotov koktel) ketika dia bersedia menyahut cabaran baru.

"Sebenarnya seronok juga menaiki Barracuda," kata penyerang berbisa skuad Harimau Malaya itu yang bakal mewakili kelab Pelita Jaya dalam Liga Super Indonesia, awal bulan depan. "Saya difahamkan situasi begitu cukup sinonim dengan bola sepak Indonesia, tetapi saya bersedia mengalaminya sekali lagi."

Kali pertama Safee terpaksa menaiki kereta perisai berkenaan ialah semasa final Piala Suzuki AFF, Disember tahun lalu iaitu dari hotel penginapan ke Gelora Bung Karno. Tambah perit, dalam perjalanan pulang selepas aksi final, ada penyokong tempatan cuba membaling bom petrol ke arah Barracuda terbabit.

"Memang ramai yang bimbangkan keselamatan saya apabila bermain di sana, tetapi bagi saya kehadiran Barracuda membuktikan pihak pengurusan di sana cukup mengambil berat soal keselamatan pemain," kata Safee, 27.

"Untuk permulaan, memang banyak dugaan untuk saya merealisasikan impian bermain di luar negara, tetapi saya yakin selepas satu atau dua perlawanan, semuanya akan berjalan lancar. Tanggapan negatif mengenai situasi bola sepak di sini juga mungkin akan berubah.
"Impian sebenar saya ialah bermain di Liga Australia, tetapi memandangkan belum ada peluang, saya perlu mulakan di Indonesia terlebih dulu. Mungkin jika prestasi saya memberangsangkan, ada pencari bakat dari Australia yang berminat mendapatkan khidmat saya."

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mohd asri bin abdul talib

jaga diri baik-baik

bujang

bagi saya anda tetap wira dlm memperjuangkan sukan negara walau dimana jua anda berada.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aksi 16 terakhir bagai ulangan musim lalu

Posted: 14 Feb 2011 11:21 AM PST

Sukan

PARIS: Ia seolah-olah ulangan Liga Juara-Juara Eropah, musim lalu apabila undian pusingan 16 terakhir kali ini, menemukan enam pasukan dengan lawan yang mereka temui pada kejohanan, musim lalu.

Real Madrid, memburu gelaran ke-10, berpeluang membalas dendam penyingkiran mereka pada peringkat sama musim lalu apabila berdepan Lyon, manakala Arsenal menyambung perseteruan dengan pasukan yang menyingkirkan mereka di suku akhir, Barcelona.

Namun, pertemuan semula paling beremosi menyaksikan Bayern Munich berdepan Inter Milan, yang menewaskan pasukan Bavaria itu 2-0 pada final di Madrid, musim lalu. Arsenal dilihat memiliki tugas paling sukar apabila menentang Barcelona yang semakin meningkat tahap permainannya ke takuk menakjubkan.

Jurulatih Arsenal, Arsene Wenger mengakui Barcelona lebih kuat berbanding 12 bulan lalu tetapi merasakan pasukannya juga semakin meningkat.

"Prestasi kami lebih berbeza menjelang perlawanan ini dan kami berada pada keadaan fizikal lebih baik," kata Wenger. Bercakap mengenai perkara itu, saya mengakui Barcelona lebih kuat berbanding tahun lalu. Tetapi saya berpendapat kami boleh memberikan mereka ujian lebih sukar."


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan