Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Norshahrul juga!

Posted: 06 Mar 2011 08:16 AM PST

Sukan

Norshahrul Idlan Talaha

Norshahrul Idlan Talaha

Pelita Jaya minat dapatkan penyerang Kelantan untuk diganding dengan Safee

SELEPAS aksi cemerlang Safee Sali pada penampilan sulung bersama Pelita Jaya FC kelmarin, pengurusan pasukan itu kini mula berkira-kira untuk memancing seorang lagi penyerang negara bagi digandingkannya.

Gandingan mantap bekas penyerang Selangor itu ketika mewakili negara di Piala AFF Suzuki Disember lalu – Norshahrul Idlan Talaha – dikatakan mampu mempertajamkan lagi barisan serangan Pelita Jaya musim depan andai kontrak Safee dilanjutkan.

"Pihak pengurusan sebenarnya mahu mendapatkan Norshahrul dan saya pada baki pusingan ini tetapi gagal," kata Safee semalam. "Jadi mungkin mereka akan mencuba lagi sebaik tamat musim ini sekiranya kontrak saya dilanjutkan. "Saya juga mengharapkan Norshahrul dapat menyertai saya di sini kerana dia lebih memahami corak permainan saya, malah saya juga cukup serasi dengan pergerakannya di dalam padang."

Safee yang menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menundukkan Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa kelmarin berkata, suasana Liga Super Indonesia (ISL) tidak seperti yang dihebohkan sebelum ini.

"Bagi saya tidak timbul soal keselamatan pemain terancam seperti yang digembar-gemburkan," katanya yang diberi layanan seperti bintang oleh peminat tempatan. "Malah saya jadi lebih bersemangat untuk memenuhi harapan yang diletakkan peminat.

"Saya rasa untuk permulaan, bagus jika ada pemain negara lain beraksi di sini kerana suasana perlawanan mingguan liga sama seperti final Piala FA atau Piala Malaysia. Ia memberikan motivasi yang cukup tinggi kepada pemain."
Selain Norshahrul, peminat di sini turut mengharapkan kedatangan pemain kebangsaan lain seperti penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, pemain tengah Safiq Rahim dan pemain sayap lincah, S Kunalan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

MU

Bagusla tu... sebab Liga M kurang Umpp...

afiq

apakah liga malaysia tak best ke,??pemain terbaik malaysia pada nak main di ISL semua. mungkin kerana di liga kita tak ada penyokongk saat club tanding hanya kerusi-kerusi kosong yang tengok.

faris

Perlukah diagungkan kelab negara jiran sebegitu rupa? Bandingkan dengan standard team sendiri... Selangor Red Giants,Kelantan Red Warriors.... Setakat stadium 12000 isi dgn 6000 je... Kt Kota Bharu pn setakat 20000 fan perkara biasa.. inilah kita,tanah air dianak tiri.yg luar diagungkan...

delima merah

satu perkembangan yg baik utk pemain bola sepak m'sia profesinalisma mereka di hargai oleh kelab luar.. harap kalu boleh bukan setakat di I'sia saja pergi la lebih jauh benua Asia dan seterusnya kelab2 ternama dunia. tiada apa yang mustahil di dunia ini... Dr. M boleh jadikan M'sia terkenal di dunia kenapa tidak pemain bolasepak negara.

cengko

Ambil pemain Malaysia ramai-ramai, pas tu buat team diorang. Kemudian lawan Malaysia...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perpisahan makin gamit Misbun - BAM

Posted: 06 Mar 2011 08:14 AM PST

Sukan

UCAPAN 'selamat jalan' kian menggamit Datuk Misbun Sidek! Selepas dikatakan bermain tarik tali termasuk menggunakan 'jurucakap' bagi membincangkan peletakan jawatannya dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), badan induk itu kini harus semakin mudah untuk membuat keputusan bagi menamatkan kemelut yang berlarutan lebih dua bulan lalu.

Perkembangan terbaru itu menjelma selepas anak didiknya, Lee Chong Wei menyatakan dirinya tidak kisah sama ada mendapat sentuhan jurulatih itu atau tidak, susulan perbincangan 'hati ke hati' dengan BAM baru-baru ini.

Ia berlawanan dengan pendirian jaguh nombor satu dunia itu sehari selepas 'gurunya' meletak jawatan 31 Disember lalu yang menegaskan dia juga akan keluar dari BAM sekiranya masalah peletakan jawatan itu tidak diselesaikan. "Kita akui bimbang dengan prestasi Chong Wei selepas Misbun meletak jawatan tetapi selepas beberapa bulan dan beberapa kejohanan, dia membuktikan dirinya tidak terjejas tanpa sentuhan jurulatih itu.

"Jadi, kita ada bertemu dengannya untuk memberitahu perkembangan perbincangan dengan Misbun dan dia memaklumkan tidak kisah sama ada terus dibimbing Misbun atau sebaliknya," kata Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh, semalam.

Mohd Nadzmi berkata, sebelum ini dia ada bertemu Misbun bagi membincangkan isu itu sebelum memintanya mengadakan perbincangan dan memberitahu perancangannya kepada pegawai BAM, namun tiada keputusan konkrit diperoleh.

"Walaupun saya diberi mandat oleh Majlis BAM untuk membuat keputusan, saya akan memaklumkan kepada mereka (Majlis BAM) mengenai perkembangan yang berlaku ini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan