Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


‘Beri jawapan Misbun’

Posted: 07 Mar 2011 03:31 PM PST

Sukan

Zolkples tak faham, minta BAM buat keputusan segera

SUDAH tiba masa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan! Sambil kecewa kemelut peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek tidak menemui kesudahan, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong menyerahkan kepada BAM memutuskan kedudukan jurulatih itu.

Menurutnya, tindakan membisu jurulatih itu tidak memberi sebarang keuntungan ketika fokus dan matlamat utama memburu kegemilangan di Sukan Olimpik London 2012 harus menjadi keutamaan.

"Saya difahamkan BAM sudah bertemu Misbun bagi meminta dia mempertimbangkan semula peletakan jawatannya, tetapi hingga hari ini saya difahamkan jurulatih itu tidak memberi sebarang reaksi. "Namun, apa yang penting walaupun tanpa Misbun saya dapati fokus Lee Chong Wei tidak terjejas, sebaliknya jaguh negara itu berlatih seperti biasa untuk persiapan mempertahankan kejuaraan Seluruh England," katanya.

Zolkples berkata demikian selepas majlis pengumuman dan tajaan Anugerah Sukan Negara 2010 di MSN, Bukit Jalil semalam. Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan merangkap pengerusi panel pemilihan anugerah itu, Datuk Mohid Mohamed.

Zolkples bagaimanapun berkata proses untuk menukar jurulatih bukan mudah kerana banyak faktor harus diambil kira tetapi menegaskan kepentingan negara harus menjadi keutamaan berbanding kepentingan peribadi.

"Namun, MSN tidak membenarkan dan memberi kebebasan kepada atlit untuk menentukan jurulatih sendiri kerana bimbang ia sukar dikawal," katanya.
"Namun, apa yang penting walaupun tanpa Misbun saya dapati fokus Lee Chong Wei tidak terjejas, sebaliknya jaguh negara itu berlatih seperti biasa untuk persiapan mempertahankan kejuaraan Seluruh England," katanya.

Zolkples berkata demikian selepas majlis pengumuman dan tajaan Anugerah Sukan Negara 2010 di MSN, Bukit Jalil semalam. Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan merangkap pengerusi panel pemilihan anugerah, Datuk Mohid Mohamed.

Zolkples bagaimanapun berkata proses untuk menukar jurulatih bukan mudah kerana banyak faktor harus diambil kira tetapi menegaskan kepentingan negara harus menjadi keutamaan berbanding kepentingan peribadi.

"Namun, MSN tidak membenarkan dan memberi kebebasan kepada atlit untuk menentukan jurulatih sendiri kerana bimbang ia sukar dikawal," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Messi tetap jadi dalang Arsenal

Posted: 07 Mar 2011 03:28 PM PST

Sukan

LONDON: Dua bekas juara - Barcelona FC dan AC Milan ada tugasan getir untuk kembali dalam buruan mahkota kejuaraan apabila kedua-dua kelab gergasi itu perlu mengatasi cabaran kelab Inggeris - Arsenal dan Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Arsenal pimpinan Arsene Wenger akan berkunjung ke Barcelona, hari ini (awal pagi Rabu waktu Malaysia) dalam perlawanan kedua kelompok 16 terakhir untuk mempertahankan pendahuluan 2-1 yang dirakamkan di Stadium Emirates pada 16 Februari lalu.

Milan akan menentang Spurs di White Hart Lane keesokannya dengan tuan rumah bakal tampil mempertahankan kemenangan 1-0 di San Siro. Perancang Arsenal, Samir Nasri menyahut cabaran untuk mengekang Barcelona diketuai Lionel Messi kerana percaya dia dan rakan sepasukan cintakan bola sepak.

"Kami ke sana hanya mahu main bola sepak yang cantik. Kami akan ke Nou Camp untuk bermain cara kami. Kami yakin dapat menewaskan mereka," katanya.

Apapun, Arsenal tetap gelisah menyedari Messi yang sudah menyumbat 43 gol dan mencipta 21 lagi daripada 39 perlawanan musim ini akan menjadi ancaman terbesar dalam menggapai cita-cita besar mereka. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan