Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Lupakan aksi Apeldoorn

Posted:

Lupakan aksi Apeldoorn

Lupakan aksi Apeldoorn

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Mohd. Azizulhasni Awang mengesahkan beliau tidak akan beraksi pada Kejohanan Trek Dunia 2011 di Apeldoorn akibat kesakitan pada betis, setelah terlibat dalam kemalangan di Manchester dua minggu lalu.

Juara keseluruhan keirin Piala Dunia Klasik itu berkata, dia terpaksa menarik daripada menyerta kejohanan pada 23 hingga 27 Mac ini, kerana masih menanggung kesakitan pada bahagian yang ditusuk kayu trek.

Menurut pelumba yang terkenal dengan gelaran Pocketrocketman itu, ekoran kesakitan tersebut, dia mahu menumpukan perhatian kepada proses penyembuhan, sebelum beraksi di trek.

"Mustahil buat saya untuk beraksi di Kejohanan Trek Dunia dan pulih dalam masa yang singkat kerana saya masih berasa sakit di bahagian betis kiri, mungkin ia disebabkan pembedahan yang dilakukan untuk membuang serpihan kayuh trek tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Azizulhasni mengalami kecederaan ngeri ketika beraksi pada Siri Piala Dunia Klasik Manchester, apabila terjatuh dalam perlumbaan akhir keirin, mengakibatkan serpihan trek sepanjang 23 sentimeter tertusuk menembusi betis kirinya.

Sebelum ini status Azizulhasni untuk menyertai kejohanan di Belanda memang samar. Namun ada pihak mengeluarkan kenyataan bahawa pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu mampu beraksi, walaupun kecederaannya masih belum sembuh sepenuhnya.

"Saya memang semangat untuk beraksi dalam kejohanan tersebut dan menjadi pelumba pertama negara muncul juara dunia, tetapi saya masih mempunyai misi yang lebih penting, meraih pingat emas Sukan Olimpik 2012.

"Kesakitan yang saya alami bukan di bahagian luaran tetapi di bahagian otot dalam. Ia memerlukan masa yang lama untuk pulih. Saya juga telah menjelaskan perkara ini lebih awal bahawa saya tidak akan beraksi di Apeldoorn," katanya.

Kenyataan mengenai penarikan dirinya juga tertera dalam laman sosial, Twitter dengan menjelaskan, dia tidak akan beraksi pada Kejohanan Dunia, juga tidak akan ke mana-mana, sebaliknya hanya duduk di rumah untuk menjalani proses penyembuhan dan berharap semua orang jelas mengenai perkara ini.

Tugas berat untuk merangkul jersi pelangi di Kejohanan Trek Dunia sekarang ini terletak di bahu Josiah Ng dan Mohd. Rizal Tisin, manakala tiga lagi pelumba Muhammad Edrus Md Yunos, Adiq Husinie Othman dan Fatehah Mustafa turut mengambil bahagian.

Pelumba remaja negara, Mohd. Arfy Qhairant Amran dikatakan berpeluang untuk mengisi satu lagi slot bagi kejohanan itu selepas penarikan diri Azizulhasni.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jadual padat mula beri kesan

Posted:

Jadual padat mula beri kesan

Jadual padat mula beri kesan

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Ketua pasukan Perak, Shahrulnizam Mustapha cuba menyekat gerakan pemain Harimau Muda A, Mohd. Faizal Muhamad pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, kelmarin.


KUALA LUMPUR – Ketika jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee mencongak mahu mendapatkan kesebelasan terbaik bagi menghadapi Pakistan dalam pertemuan timbal balik kedua kelayakan Olimpik di Lahore, satu persatu pemain utamanya dilanda kecederaan.

Selepas ketiadaan penyerang Izzaq Faris Ramlan, Kim Swee bertambah pening apabila dua pemain utamanya, Mohd. Affize Faisal Mamat dan Wan Zack Haikal Wan Noor pula mendapat kecederaan serius selepas perlawanan Liga Super dengan Perak di Stadium Ipoh, Perak.

Biarpun masih belum pasti sejauh mana tahap kecederaan kedua-dua pemain itu, berdasarkan pemerhatian awal, Affize dan Wan Zack mungkin terlepas peluang untuk bermain di Lahore, 9 Mac nanti.

``Affize mendapat kecederaan buku lali manakala Wan Zack kekejangan teruk di bahagian belakang lutut.

``Saya pasti mereka tidak sempat pulih untuk dibawa ke Lahore. Nampak jadual liga yang ketat mula memberi kesan kepada pemain, semakin ramai yang mendapat kecederaan, " ujarnya yang dihubungi, semalam.

Affize, bek kiri Harimau Muda A berada di dalam kesebelasan utama semasa menang 2-0 ketika bertemu Pakistan tempoh hari di Stadium Bukit Jalil, sementara Wan Zack Haikal dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak itu, Harimau Muda A diikat oleh Perak 1-1. Jaringan Harimau Muda A dihasilkan oleh Wan Zack Haikal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan