Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Shabery pertahan empat emas 2012

Posted:

Shabery pertahan empat emas 2012

Shabery pertahan empat emas 2012

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Biarlah ejekan, gurauan mahupun tohmahan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) tetap berkeras mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa empat pingat emas dalam jangkauan atlet negara pada Sukan Olimpik 2012 London.

Jelas Shabery, beliau tetap yakin dengan kemampuan atlet negara yang berada dalam Program Road To London 2012, terutamanya atlet harapan yang disebut-sebut mampu meraih pingat emas semasa Pelancaran Detik 500 Hari Program Road To London minggu lepas.

"Saya yakin dengan kemampuan mereka, seperti yang saya katakan sebelum ini. Pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berada dalam jangkauan untuk memenangi pingat emas Olimpik," katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dengan Mines Event Management di sini, semalam.

Jelasnya, selain Chong Wei, empat lagi atlet lain berada di landasan terbaik untuk diletakkan harapan memenangi pingat emas termasuk gandingan beregu Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong, penerjun wanita, Pandelela Rinong dan jaguh berbasikal trek, Mohd. Azizulhasni Awang.

"Mereka ini berada dalam jangkauan untuk memenangi pingat emas Olimpik pertama negara, misalnya Chong Wei yang telah mengalahkan Lin Dan pada perlawanan akhir All England, baru-baru ini.

"Kita mengharapkan dia terus mempamerkan aksi yang konsisten sehingga tahun depan, kecuali jika dia mengalami demam ataupun kecederaan begitu juga dengan pasangan beregu, Koo dan Tan, serta Azizulhasni," ujarnya.

Shabery berkata, Pandelela telah mempamerkan rentak konsisten selepas memenangi pingat perak pada Siri Terjun Dunia FINA di Moscow, Ahad lalu.

"Jadi semua ini tidak mustahil untuk ditukarkan kepada pingat emas. Kita juga tidak menjangkakan Rashid Sidek akan memenangi pingat tetapi dia berjaya memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 1996 Atlanta, diikuti pingat perak oleh Chong Wei di Beijing 2008.

"Sekarang adalah masanya untuk kita mengharapkan pingat emas pula, begitu juga dalam sukan lain selain daripada badminton," katanya.

Dalam pada itu Shabery mengharapkan Ekspo Golf dan Dagangan Sukan Malaysia (MSTGE) 2011 terus mendapat tumpuan dan penganjuran buat kali kedua ini bakal memberi peluang bukan sahaja kepada pembeli tetapi penjual dalam memperkenalkan barangan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suka duka warnai karier Rosman

Posted:

Suka duka warnai karier Rosman

Suka duka warnai karier Rosman

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

SETIAP jaguh sukan mempunyai cerita tersendiri dalam karier mereka. Legenda basikal trek negara, Rosman Alwi, juga tidak terkecuali.

Sepanjang penglibatannya dalam perlumbaan basikal trek antarabangsa selama dua setengah dekad, Rosman telah menempuh pelbagai suka duka.

Daripada memori pahit seperti gagal ujian dadah, diserang ilmu hitam sehinggalah kenangan manis bergelar Juara Pecut Asia dan Juara Dunia 'B' dialami anak kelahiran Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur itu.

Rosman, 50, mengimbas saat paling mengecewakan pada Ogos 1989 pada Sukan SEA Ke-15 di Kuala Lumpur.

Biarpun meraih perak acara 200m acara pecut, hakikatnya dia kecewa apabila kecundang di tanah air sendiri.

Rosman masih ingat saingan acara tersebut yang memasuki pusingan penentuan selepas dia dan lawannya dari Indonesia, Kalimanto masing-masing menang satu pusingan.

Rosman tiba-tiba rebah dan tidak sedar diri sebelum perlumbaan penentuan dimulakan.

Selepas dirawat hampir setengah jam, Rosman terpaksa menarik diri kerana keadaan tidak mengizinkan.

Apa punca Rosman rebah? Sehingga hari ini, Rosman sendiri masih tertanya-tanya apakah 'penyakit misteri' yang dialaminya.

"Semuanya tidak kena pada temasya tersebut bukan hanya pada hari perlumbaan. Beberapa hari sebelum Sukan SEA saya sesak nafas dan sakit dada, fikiran jadi tidak menentu.

"Apa yang pelik, apabila diperiksa doktor, saya disahkan sihat. Kemudiannya doktor tanya sama ada saya percayakan ilmu hitam?" katanya.

Tambahnya, dia terkilan ekoran ada laporan media yang mendakwa dia sengaja 'buat pengsan' kerana takut kalah.

Lapan tahun sebelum itu, Rosman berdepan skandal dadah apabila gagal ujian saringan air kencing pada Sukan SEA 1981 di Manila, menyebabkan dia dikenakan penggantungan dua tahun.

Namun, insiden itu mempunyai hikmah. Rosman menggunakan sebaik-baiknya tempoh dua tahun sepanjang penggantungan dengan berlatih bersungguh-sungguh.

Dia kembali ke pentas antarabangsa dengan meraih gangsa pada Kejohanan Berbasikal Asia di Bangkok pada 1983.

Tahun 1985 dan 1987 merupakan tempoh paling berjaya dalam kariernya. Dia berjaya melunaskan dendam 1981 dengan meraih dua emas beserta dua rekod Sukan SEA.

Pada 1987, Rosman muncul Raja Pecut Asia selepas mengungguli acara 200m pecut Kejohanan Asia.

Pada tahun 1995, Rosman menjuarai Kejohanan Dunia B di Velodrom Rakyat, Ipoh.

Pada usia 40, Rosman bertanding pada Sukan SEA terakhirnya di Kuala Lumpur pada 2001 sebelum mengumumkan persaraan sukan yang begitu dicintainya setahun kemudian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan