Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Taring Vettel

Posted: 09 Apr 2011 08:40 AM PDT

SELEPAS mempamerkan aksi kurang meyakinkan pada sesi latihan bebas kelmarin, juara dunia, Sebastian Vettel menunjukkan taring sebenarnya apabila mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix Formula Satu Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang semalam sekali gus meraih petak pertama pada perlumbaan sebenar, hari ini.

Pemandu Red Bull itu yang sekadar menduduki tempat keempat pada sesi latihan bebas, ternyata ingin membuktikan sesuatu apabila memintas catatan masa pemandu McLaren Mercedes, Lewis Hamilton di saat akhir sesi kelayakan semalam dengan catatan masa terbaik 1 minit 34.870 saat.


Hamilton yang pada awalnya dilihat mampu meraih petak pertama, terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dengan catatan masa 1:34.974 sementara rakan sepasukan Vettel, Mark Web- ber yang mengungguli dua sesi latihan bebas kelmarin, ketiga dengan catatan 1:35.179s.

"Ini adalah keputusan yang amat bagus selepas saya agak bergelut untuk mencari rentak pada sesi latihan bebas semalam (kelmarin). Segala-galanya tampak berjalan dengan lancar dan akhirnya saya dapat mencatatkan masa terbaik meskipun pada saat-saat akhir.


"Apapun, terima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak melakukan kerja untuk memastikan kereta saya berada dalam keadaan sempurna hari ini (semalam)," kata Vettel yang memenangi perlumbaan di Malaysia, tahun lalu.


Tempat keempat pula diraih oleh juara dunia 2009, Jenson Button dari McLaren Mercedes dengan catatan masa 1:35:200s.

Sementara Ferrari dilihat masih bergelut untuk menyaingi Red Bull mahupun McLaren Mercedes apabila pemandu mereka, Fernando Alonso sekadar menduduki tempat kelima dengan catatan 1:35.802s manakala Felipe Massa ketujuh (1:36.251s).


Sementara itu, juara dunia tujuh kali, Michael Schuma- cher yang mempamerkan prestasi memberangsangkan pada sesi latihan bebas kelmarin, sekadar menduduki tempat ke-11.

Manakala jentera Team Lotus yang dipunyai pemilik penerbangan tambang murah AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes nyata belum dapat menandingi pasukan pertengahan apabila kedua-dua pemandu mereka, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli terpaksa berpuas hati dengan petak ke-19 dan 20 pada perlumbaan sebenar hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hamilton tunjuk minat berhijrah

Posted: 09 Apr 2011 08:37 AM PDT

PELUMBA McLaren Mercedes, Lewis Hamilton (gambar) seolah-olah memberi bayangan bakal meninggalkan pasukannya itu apabila menyatakan penghijrahan ke Red Bull mungkin boleh menjadi kenyataan dan sudah tentu dia berasa gembira dapat bekerjasama dengan juara bertahan, Sebastian Vettel.

Sebelum ini, Hamilton yang pernah muncul juara dunia 2008, dikatakan mahu berhijrah selepas pengurusan barunya, agensi XIX Entertainment membuat pengumuman mengenai perkara itu.


Hamilton yang mengambil keputusan selama setahun untuk melantik pengurus baru selepas menggunakan khidmat ayahnya sendiri sebelum ini berkata, perbincangan bersama Red Bull untuk menggantikan pemandu sensasi Australia, Mark Webber hanyalah secara teori saja.

"Tidak mustahil ia boleh menjadi kenyataan. Anda pernah lihat bagaimana saya pernah bekerja bersama Fernando Alonso, kami dilihat sangat kompetitif. Sekarang ini, saya bersama Jenson Button pula. Juara dunia boleh bekerja dalam satu pasukan selagi kedua-dua pemandu mendapat layanan sama rata.


"Mungkin pasukan lain tidak mempunyai persekitaran sama seperti kami. Dalam pasukan saya, anda akan dapat saksikan layanan yang sangat adil berbanding pasukan lain," katanya.


Perkara itu mungkin akan difikirkan oleh prinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner, tetapi Hamilton menegaskan, dia hanya mahu mempertahankan pemandu sedia ada.

"Saya menyatakan perkara ini kerana setiap individu pastinya tidak mahu menerima kekalahan, tapi sesetengah individu mungkin boleh menerimanya," katanya.


Hamilton berkata: "Dalam pasukan ini, apabila Button menewaskan saya, saya lebih berfikiran positif dengan menyimpan hasrat untuk menewaskannya pada perlumbaan lain.

"Apabila saya berjaya menewaskannya, Button tidak pernah merungut dengan memberi pelbagai alasan.


"Seperti saya katakan tadi, semuanya dalam pasukan ini bersikap adil. Dalam pasukan lain mungkin berbeza. Saya tidak pernah merungut. Andai mereka mampu menewaskan saya, saya anggap mereka lebih hebat, itu saja."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan