Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


McIlroy temui rentak

Posted: 15 Apr 2011 01:21 PM PDT

PEMAIN nombor sembilan dunia, Rory McIlroy bangkit di Terbuka Malaysia dengan melakukan lapan bawah par 64 pada pusingan kedua untuk berkongsi pendahuluan sementara bersama Alexander Noren di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), semalam.

Pemain berusia 21 tahun itu yang mengumpul 11 bawah par 133 untuk dua hari saingan, mengambil kesempatan daripada keadaan sesuai dengan melakukan 31 pukulan sebelum menambah tiga lagi birdie.


"Saya memukul bola dengan baik dan memberikan peluang kepada diri sendiri untuk melakukan beberapa pukulan putt menjadi. Catatan 11 bawah par selepas dua hari adalah sesuatu yang hebat jika dibandingkan dengan perjalanan yang jauh dan tidak tahu apa-apa mengenai lapangan ini. "Saya gembira dengan cara saya bermain. Lapangan lebih baik pagi ini (semalam) - kami yang pertama menggunakannya. Saya bermula baik. Saya melakukan lima bawah par pada sembilan lubang pertama dan meneruskannya pada sembilan lubang berikutnya. Adalah lebih baik jika memiliki putt pada lubang terakhir, namun saya berada di posisi baik menjelang hujung minggu ini." Pendahulu hari pertama, Noren membiarkan cuaca panas mengatasinya apabila melakukan bogey pada lubang ke-15 yang mempunyai par 3 di sebelah barat lapangan KLGCC untuk menamatkan pusingan kedua dengan tiga bawah par 69 kejohanan bernilai AS$2.5 juta (RM7.56 juta) yang turut mendapat pengiktirafan Jelajah Asia dan Jelajah Eropah.

"Saya beraksi baik pada 14 lubang awal, namun cuaca panas mula memberi kesan kepada saya dan kerana terlalu panas, saya hanya mengira beberapa lubang lagi yang perlu ditamatkan. Saya bermula baik dan melakukan par lima dengan hanya dua pukulan dan melakukan birdie dengan mudah. Ia begitu menyeronokkan." Pemain England, Simon Dyson yang menewaskan McIlroy pada Kejuaraan Alfred Dunhill Links 2009, menyaingi persembahan menakjubkan Mcllroy dengan mencatat 64 untuk naik ke kedudukan ketiga, ketinggalan satu pukulan.


"Saya bermain baik. Saya tidak bermain dengan baik semalam (kelmarin) dan terus pulang ke bilik untuk tidur. Saya bangun pagi ini (semalam) dan rasa lebih cergas serta mampu melakukan lapan birdie dan tiada bogey. Saya sangat gembira," katanya.


Pusingan kedua kejohanan terpaksa ditangguh pada jam 3.37 petang berikutan hujan dan ribut petir dan bersambung pada jam 6.15 petang tanpa sebarang perubahan kepada carta pendahulu. Permainan sekali lagi ditangguhkan pada jam 7.16 petang kerana cuaca semakin gelap. Sejumlah 77 pemain tidak dapat beraksi pada pusingan kedua dan mereka akan menyambung aksi pada jam 7.40 pagi ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hayunan Danny makin mantap

Posted: 15 Apr 2011 01:19 PM PDT

PEMAIN profesional Danny Chia melakukan satu bawah par untuk menjadi pemain terbaik Malaysia pada pusingan kedua, semalam menuju saingan hujung minggu, hari ini.

Kedudukan itu menyaksikannya berada di kedudukan ke-42 bersama-sama Mardan Mamat dan Alastair Forsyth dengan baki lima lubang.


Dia memulakan saingan semalam dengan membenam birdie di lubang pertama sebelum rentak permainannya tergugat dengan dua double bogey pada lubang berikutnya dan lubang kesembilan.

Danny tidak dapat menamatkan saingan pusingan kedua apabila permainan dihentikan pada jam 7.16 petang kerana cuaca sekitar lapangan Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di Bukit KIara, semakin gelap.


Pemain tempatan terbaik kelmarin, Ben Leong gagal mengekalkan rentak dengan melakukan empat bogey untuk tiga atas par sebelum permainan dihentikan akibat cuaca tidak mengizinkan.


Dalam pada itu, A Sasar, yang membuat penampilan sulung di kejohanan ini menarik diri daripada pertandingan. Pemain amatur, Chan Tuck Soon yang melakukan satu bawah par pada hari pertama, gagal mengulanginya pada pusingan kedua. Dia melakukan tiga bogey, satu double bogey dan satu triple bogey untuk empat atas par 148.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan