Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Biarkan dia pergi’

Posted: 29 Apr 2011 11:29 AM PDT

"SERONOK dapat bekerjasama dengannya dan lebih baik jika beliau bersama pasukan ini, tapi jika mahu pergi, kita tidak boleh menahan."

Itu pandangan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz mengenai keputusan Datuk Misbun Sidek menolak tawaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk melatih skuad pelapis kebangsaan selepas tidak lagi berpeluang melatih Datuk Lee Chong Wei.


Jelasnya, keputusan Misbun itu amat dikesali apatah lagi beliau disifatkan mempunyai minat mendalam dan sering memberi buah fikiran untuk memajukan permainan anak buahnya.

Begitupun, ketika Sukan Olimpik London berbaki 454 hari lagi, ISN yang dipertanggungjawab meningkatkan prestasi dan kecergasan atlet dengan misi memburu emas pertama Olimpik tidak mempunyai banyak masa untuk dibazirkan dan semuanya perlu diteruskan meskipun tanpa kehadiran Misbun.


"Dalam hal ini, kita perlu melihatnya dari sudut profesional. Dalam sukan, kita perlu bergerak ke depan, tidak ada banyak masa dan tidak boleh buang masa," katanya.


Menurutnya, tidak banyak yang berubah selepas ketiadaan Misbun memandangkan pihaknya sudah membincangkan perkara ini dengan ketua jurulatih, Rashid Sidek dan Tey Seu Bock, Februari lalu, iaitu sebulan selepas Misbun mengumumkan peletakan jawatannya.

"Haluannya masih sama. Permainan Chong Wei sudah semakin baik. Saya tidak begitu risau kerana apa yang diberikan Rashid dan Seu Bock tidak jauh berbeza," katanya.


Keputusan Misbun meletak jawatan yang membuka tirai dunia sukan 2011 mencetuskan pelbagai polemik dan spekulasi dan selepas 'drama' empat bulan, Misbun akhirnya memberi kata putus.

Dr Ramlan berkata secara keseluruhan, objektif yang diletakkan Jawatankuasa Kerja Sukan, membabitkan Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan selain Jawatankuasa Pemandu Road to London untuk sukan badminton berada di landasan tepat.


Malah beliau yakin, ia tidak akan memberi kesan jangka panjang terhadap prestasi Chong Wei memandangkan pemain itu sudah menemui sentuhan di gelanggang.


"Sebagai atlet berpengalaman, dia sudah tahu apa yang diperlu dilakukan dan tidak perlu dipaksa-paksa. Dia mempunyai semangat juang tinggi.


"Pada tahap seperti ini, tugas jurulatih hanyalah sebagai perunding yang membincangkan soal strategi dan taktik yang diperlukan untuk memberi sentuhan terakhir," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tekad Mat Yo

Posted: 29 Apr 2011 11:26 AM PDT

PENYERANG utama Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha bertekad menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol dalam setiap perlawanan bagi menjamin kedudukan selesa pasukannya, selain mahu menambah koleksi jaringan peribadi memburu Kasut Emas.

Berbekal 11 gol Liga Super setakat ini, Norshahrul atau nama timangannya Mat Yo optimis mampu menggegar gawang selain terus mempamerkan aksi cemerlang dalam setiap perlawanan.


"Sebagai penyerang utama, saya perlu menjaringkan gol pada setiap perlawanan, bukan hanya untuk kepuasan peribadi tapi keselesaan perjuangan pasukan. Saya juga mengakui sebagai penyerang utama, saya mempunyai sedikit tekanan, namun itu bukan alasan. "Sebaliknya, saya harus berfikiran positif dengan berusaha lebih kuat untuk memastikan kemenangan," katanya selepas sesi latihan di padang Mardi, Pasir Tumbuh, semalam.

Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu pula memberikan ingatan kepada pemain supaya sentiasa fokus selain tidak memandang mudah Kuala Lumpur yang akan ditemui di Kota Bharu, malam ini.


Katanya, walaupun Kelantan menewaskan Kuala Lumpur pada pusingan pertama, keputusan lalu bukan ukuran untuk menilai kekuatan lawan kerana mereka semestinya menaruh tekad untuk bangkit.


"Saya mengingatkan pemain supaya fokus pada setiap perlawanan walaupun sudah menang tiga kali berturut-turut. Kita tidak boleh menilai lawan dengan mengambil kira kemenangan lalu kerana Kuala Lumpur pasti mengatur strategi baru," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan