Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


The Red Giants semakin menyengat

Posted:

The Red Giants semakin menyengat

The Red Giants semakin menyengat


PENYERANG Terengganu, Helmi Remeli (dua dari kiri) mengasak gawang Perak pada aksi Liga Super malam tadi.


SELANGOR memulakan pusingan kedua Liga Super 2011 dengan mengekalkan status sebagai pendahulu dengan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sabah pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.

Skuad The Red Giants itu bagaimanapun tersentak seketika apabila Rosdin Wasli meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-11.

Begitupun, Bunyamin Umar berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-36 sebelum Amri Yahyah muncul wira Selangor dengan gol kemenangan pada minit ke-65.

Kejayaan ini menyaksikan Selangor kekal mendahului Liga Super dengan 32 mata, empat mata mengatasi pasukan Terengganu yang turut mencatat kejayaan mengalahkan Perak 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Kemenangan Terengganu semalam juga menyaksikan mereka melonjak ke tangga kedua liga dengan kelebihan satu mata ke atas Kelantan yang menang 4-0 ke atas Perlis kelmarin.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, tuan rumah, Johor FC berjaya mencatat kejutan dengan mengalahkan T-Team 2-1.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar pula menyaksikan Kedah tumbang 1-2 di laman sendiri kepada Harimau Muda A.

Ini pastinya satu tamparan buat skuad Hijau Kuning itu yang baru saja mengambil Wan Jamak Wan Hassan sebagai jurulatih baru mereka.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan bangkit dari prestasi tidak menentu dengan kejayaan 3-1 ke atas Pahang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wan Jamak sasar Kedah juara

Posted:

Wan Jamak sasar Kedah juara

Wan Jamak sasar Kedah juara

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


WAN JAMAK (tengah) menerima surat pelantikan daripada Dr. Hamdan di Alor Setar semalam.


SIFU baru skuad Hijau Kuning, Wan Jamak Wan Hassan menetapkan sasaran peribadi untuk membantu Kedah muncul juara Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Bagaimanapun, bekas jurulatih Negeri Sembilan itu mengakui berdepan tugas berat untuk memastikan skuad Hijau Kuning berada di landasan yang tepat selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Ahmad Yusoff pada pertengahan musim ini.

Wan Jamak memberitahu, beliau sudah bersedia memikul tanggungjawab itu dengan mendapat bantuan semua pihak di sebalik harapan tinggi yang disandarkan peminat dan majikan barunya, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Jelasnya, menerusi dua sasaran besar itu menjadikan pasukan akan lebih fokus bagi mencapai keputusan yang terbaik apabila musim ini berakhir.

"Sekiranya kita sasar yang terbaik, kita mungkin dapat mencapai keputusan yang baik. Saya akan bekerjasama dengan semua pihak khususnya penolong jurulatih dan para pemain untuk cuba mempertingkatkan lagi prestasi pasukan Kedah," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis memperkenalkan beliau dan menandatangani kontrak bersama skuad Sang Kenari di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Turut hadir Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib; pengurus pasukan, Datuk Khazali Din, ahli jawatankuasa eksekutif KFA; penolong-penolong jurulatih dan para pemain pasukan bola sepak Kedah.

Ujar Wan Jamak, pada mulanya beliau bercadang untuk berehat sehingga penghujung musim ini, namun mengakui tidak boleh 'duduk diam' kerana bola sepak sudah menjadi darah dagingnya.

Setelah mendapat tawaran daripada KFA, katanya, beliau memilih untuk menerima jawatan berkenaan kerana melihat Hijau Kuning mempunyai ramai pemain muda yang berpontensi dan berbakat.

"Saya juga melihat Kedah dibarisi ramai pemain anak negeri ini sekali gus menjadikan sikap kekitaan atau kenegerian begitu tinggi.

"Ini menjanjikan komitmen daripada para pemain untuk memberikan yang terbaik bagi melonjakkan nama Kedah," katanya yang akan mengendalikan sepenuhnya skuad Sang Kenari mulai Khamis ini.

Dalam pada itu, Hamdan berkata, selepas menyaring beberapa nama, KFA melihat Wan Jamak sebagai calon terbaik mengisi jawatan jurulatih berikutan prestasinya yang cemerlang ketika membimbing Negeri Sembilan.

Katanya, di sebalik peletakan jawatan Wan Jamak sebagai jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, KFA menyedari dia memiliki reputasi memberangsangkan apabila membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia dan Piala FA di bawah kendaliannya.

"KFA menetapkan sasaran Kedah berada pada kedudukan ketiga terbaik Liga Super dan mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir Piala Malaysia dengan pelantikan Wan Jamak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

United hampiri kejuaraan ke-19

Posted:

United hampiri kejuaraan ke-19

United hampiri kejuaraan ke-19


JARINGAN tunggal Hernandez sudah cukup membantu United menghampiri kejuaraan liga kali ke-19.


MANCHESTER - Manchester United semakin menghampiri rekod gelaran Liga Perdana England kali ke-19 apabila penyerangnya, Javier Hernandez menanduk masuk gol kemenangan enam minit sebelum tamat perlawanan ketika menewaskan Everton 1-0 malam tadi.

Aksi cemerlang penjaga gol Everton, Tim Howard hampir saja memberi pasukannya satu mata selepas banyak menyelamatkan percubaan bekas kelabnya, United di Old Trafford.

Begitupun, Everton gagal menghalang penyerang Mexico, Hernandez daripada menanduk masuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-84, sekali gus menyaksikan The Red Devils selesa mengukuh kedudukan di persada liga dengan kelebihan sembilan mata.

Ini merupakan jaringan ke-19 Hernandez buat United setelah tiba di Old Trafford dengan harga £6 juta (RM30 juta) awal musim panas lalu.

United kini hanya perlu mencatat kemenangan ke atas Arsenal dan Chelsea selepas ini sekiranya mahu menjulang kejuaraan musim ini.

Alex Ferguson juga memberi tumpuan kepada pertemuan Liga Juara-Juara dengan Schalke 04 di Jerman dengan merehatkan Patrice Evra dan Nemanja Vidic malam tadi.

Pada perlawanan lain, Liverpool terus garang apabila membelasah Birmingham 5-0 di Anfield. Maxi Rodriguez menghasilkan hatrik sementara dua lagi gol dijaringkan oleh Dirk Kuyt dan Joe Cole.- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan