Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Impian United

Posted:

Impian United

Impian United


PEMAIN United digesa menewaskan dua pencabar terdekat mereka sebelum tirai liga musim ini melabuhkan tirainya.


LONDON – Alex Ferguson mahukan pemain Manchester United menutup saingan Liga Perdana England musim ini dengan bergaya iaitu menewaskan Arsenal dan Chelsea.

Jika berjaya direalisasikan, ia akan memberi jaminan kepada mereka untuk bergelar juara musim ini.

Ferguson mula berang setelah mendengar kritikan bahawa skuad United ketika ini tidak sehebat sebelumnya meskipun mereka bakal menjulang gelaran liga ke-19 dan juga mara ke final Liga Juara-Juara.

Pengurus United itu telah mengarahkan pemainnya supaya membuktikan kualiti sebenar dengan menewaskan pencabar terdekat, Arsenal dan Chelsea dalam dua perlawanan selepas ini bagi membuktikan bahawa mereka sebenarnya adalah pasukan juara.

"Kami mahu memenangi dua perlawanan selepas ini," kata Ferguson.

"Ramai yang bercakap bahawa Arsenal mungkin ada peluang menewaskan kami dan menjuarai liga manakala Chelsea juga akan menang ke atas kami di Old Trafford dan memenangi liga ini.

"Tetapi saya lihatnya dari sudut berlainan iaitu mengapa tidak kami yang memenangi dua perlawanan ini? Prestasi kami ketika ini sangat bagus dan lebih berpotensi bergelar juara berbanding dua pencabar ini.

"Memang ia bukan dua pertemuan mudah, tetapi ia juga bukan mudah bagi Arsenal dan Chelsea.

"Kami akan cuba memenangi kedua-dua perlawanan ini. Kalau kami dapat satu mata, ia sudah memadai tetapi impian kami adalah untuk menang tiga mata," tegas Ferguson lagi.

Jika United berjaya menewaskan Arsenal malam ini dan Chelsea seminggu kemudian, ia akan mengukuhkan lagi kedudukan kelab dari Old Trafford itu menjulang gelaran liga.

Malah, United juga dapat merehatkan pemainnya pada baki dua perlawanan menentang Blackburn dan Blackpool sebelum turun pada aksi final kemungkinan dengan Barcelona dalam kempen Liga Juara-Juara. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fabregas tanggung tekanan

Posted:

Fabregas tanggung tekanan

Fabregas tanggung tekanan


FABREGAS telah menjalankan tugasnya dengan baik di Emirates meskipun ia dianggap satu bebanan.


LONDON – Arsene Wenger menjelaskan bahawa Cesc Fabregas telah menanggung tekanan yang terlalu berat dalam usahanya untuk menghadiahkan Arsenal sebuah trofi musim ini.

Kapten The Gunners, Fabregas, 24, diberi peranan tersebut bagi memujuknya untuk terus kekal di Emirates dan kini Wenger mula bimbang ia terlalu berat untuk dipikul oleh perancang Sepanyol itu.

Spekulasi terbaru memberitahu bahawa Fabregas mungkin akan meninggalkan England pada musim panas ini.

Namun, Wenger menegaskan Fabregas akan terus kekal dengan Arsenal selain terus memegang peranan sebagai kapten.

Wenger berkata: "Memang saya percaya ia adalah satu tekanan yang terlalu berat untuk Cesc ketika ini.

"Dia adalah kapten pasukan dan Robin van Persie pembantunya. Jadi mereka memikul banyak tekanan ke atas mereka sendiri.

"Tetapi Cesc adalah seorang pejuang. Dia mahu menang dalam semua perlawanan. Dan sudah tentu kecewa apabila ia tidak berlaku.

"Mungkin musim ini beban ke atasnya agak berat sedikit.

"Saya percaya pasukan ini semakin matang. Semua pemain masih muda. Pencapaian terbesar bagi mereka ialah mencatat kemenangan bersama-sama.

"Mereka juga telah dikritik teruk dan pada ketika ini mereka tidak mendapat pujian yang sepatutnya." – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hernandez kagumi Rooney

Posted:

Hernandez kagumi Rooney

Hernandez kagumi Rooney


ROONEY (kiri) dianggap lebih bagus berbanding Messi dan Ronaldo.


LONDON - Javier Hernandez menganggap Wayne Rooney adalah lebih bagus daripada Lionel Messi dari segi menjaringkan gol.

Malah, dia turut menjelaskan bahawa penyerang Manchester United itu memiliki kekuatan menanduk bola yang dia sifatkan lebih bagus berbanding Cristiano Ronaldo.

Hernandez, bintang sensasi baru United menjadi gandingan baru Rooney dan telah berjaya membawa pasukan itu dalam cabaran Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.

Bintang Mexico itu juga akan turun menentang Arsenal malam ini dan kini telah meledakkan 17 gol pada musim pertamanya di England manakala Rooney hanya mengumpul 15 gol.

Namun, Hernandez, 23, menganggap bahawa Rooney adalah lebih hebat daripada bintang Barcelona, Messi dan juga Ronaldo dari Real Madrid.

"Saya sentiasa mengagumi Wayne, kini saya gembira dapat bermain dengannya. Gandingan kami amat mantap," kata Hernandez.

"Tidak diragui lagi Wayne adalah antara penyerang terbaik di dunia, lebih bagus daripada Messi dari segi menjaringkan gol.

"Malah, dia juga lebih bagus daripada Ronaldo dari segi menanduk bola. Semua gaya permainan mereka amat berbeza, tetapi Rooney berada dalam kelasnya tersendiri."

Hernandez yang dikenali sebagai Chicharito di United, turut berjaya menarik perhatian dengan prestasi cemerlangnya ketika ini.

Pergerakannya juga amat berbahaya buat pertahanan lawan dan dia mampu menghidu peluang dengan baik di depan gol.

"Bola sepak hari ini bukan hanya mengenai teknik sahaja, tetapi juga mengenai keadaan fizikal," katanya.

"Saya berlari sehingga sebatu dan cuba meningkatkan lagi tahap kepantasan saya. Di Mexico saya juga melakukan sistem latihan yang sama.

"Kekuatan fizikal adalah kunci kepada kejayaan di England. Dengan hanya pengorbanan seperti ini saja yang mampu membuatkan hajat saya sebelum ini tercapai.

"Kini saya bersama sebuah kelab terhebat di dunia. Kami ada peluang mara ke final sekarang dan bertemu pasukan pilihan, Barcelona." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan