Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bergantung kepada keputusan Kabinet

Posted:

Bergantung kepada keputusan Kabinet

Bergantung kepada keputusan Kabinet

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak melihat jentera F1 pasukan Lotus-Renault semasa sesi lawatan ke pit sempena GP Malaysia 2011 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.


SEPANG 10 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan sama ada Malaysia akan meneruskan siri penganjuran perlumbaan Formula 1 (F1) akan ditentukan oleh Kabinet apabila kontraknya tamat.

Beliau mengakui penganjuran perlumbaan itu telah memberi kesan positif kepada negara apabila ia dapat meningkatkan profil Malaysia di persada antarabangsa.

''Tengok dulu, Kabinet perlu putuskan. Namun apa yang saya lihat sambutan pengunjung pada tahun ini terus meningkat. Malah saya difahamkan jumlahnya lebih ramai daripada tahun lalu.

''Ini (secara langsung) dapat meningkatkan profil Malaysia di persada antarabangsa ," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia 2011 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir.

Beliau menjawab soalan sama ada Malaysia akan meneruskan penganjuran perlumbaan F 1 selepas kontrak dengan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) pada 2015.

Ia berikutan perdebatan di Australia selepas desakan supaya negara itu tidak lagi menganjurkan perlumbaan F 1 akibat kerugian.

Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Lotus Renault GP iaitu salah sebuah pasukan yang mempunyai kepentingan syarikat Malaysia yang menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Formula 1 wajar diteruskan

Posted:

Formula 1 wajar diteruskan

Formula 1 wajar diteruskan

SEPANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu penganjuran perlumbaan Formula 1 di negara ini tidak terhenti setelah kontraknya tamat pada tahun 2015.

Sebaliknya beliau berkata, ia perlu diteruskan kerana perlumbaan itu telah memberi impak yang amat baik kepada negara terutama dalam usaha memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

''Setiap kali Grand Formula 1 diadakan berjuta-juta orang di seluruh dunia menyaksikan perlumbaan itu di kaca televisyen.

''Oleh itu Malaysia perlu meneruskan penganjuran Grand Prix Formula 1 pada masa akan datang kerana ia telah membuatkan Malaysia amat dikenali," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia 2011 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam. .

Untuk rekod, Dr. Mahathir merupakan individu yang bertanggungjawab membawa masuk perlumbaan Formula 1 bermula pada tahun 1999.

Dalam pada itu beliau merasa amat gembira sambil menyifatkannya sebagai satu sejarah apabila sebuah pasukan berkaitan dengan Malaysia iaitu Lotus Renault GP berjaya menaiki podium di tempat ketiga pada perlumbaan hari ini.

''Ini bagi saya satu sejarah kerana pasukan yang ada kaitan dengan Malaysia berjaya menduduki tempat ketiga selepas melakukannya di Australia baru-baru ini," katanya lagi.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, keputusan sama ada kontrak penganjuran formula 1 perlu diperbaharui atau sebaliknya akan dibuat apabila tiba masanya.

Sambil mengakui terdapat beberapa negara sedang mempertimbangkan untuk tidak menganjurkan perlumbaan itu beliau berkata, ia berpunca daripada kekangan ekonomi.

''Ya, ada banyak negara seperti Britain dan beberapa negara Eropah. Britain misalnya masih mempertimbangkan sama ada akan menganjurkan (Formula 1) atau tidak kerana negara itu kini sedang berhadapan dengan kekangan ekonomi,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan