Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


McIlroy kembali temui sentuhan terbaik

Posted:

McIlroy kembali temui sentuhan terbaik

McIlroy kembali temui sentuhan terbaik

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Rory McIlroy melakukan pukulan di lubang ke-18 pada pusingan kedua Kejohanan Golf Terbuka Malaysia 2011 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) semalam.


KUALA LUMPUR - Selepas tenggelam pada aksi pertama dan tumbang pada pusingan terakhir Masters minggu lalu, bintang Ireland Utara, Rory McIlroy menemui sentuhan terbaik apabila mencatat lapan bawah par 64 untuk berkongsi pendahulu pusingan kedua golf Terbuka Malaysia bersama Alexander Noren, dalam saingan yang diganggu hujan lebat, semalam.

Pemain No. 9 dunia itu tiba di Kuala Lumpur bersama kekecewaan ekoran kegagalannya memenangi kejuaraan Masters selepas mendahului dua pusingan pertama.

Namun, semalam dia mencatat lapan birdie dan bebas bogey di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) untuk mengumpul keseluruhan 11 bawah 133.

Pendahulu pusingan pertama, Noren dari Sweden pula mencatat tiga bawah par 69 pada pusingan kedua kejohanan bernilai AS$$2.5 juta (RM8 juta) itu, sekali gus masih pada landasan untuk memahat nama selaku pemenang.

Pemain England, Simon Dyson turut mencatat pukulan terendah, lapan bawah par untuk melonjak ke tangga ketiga dengan satu pukulan di belakang pendahulu, manakala Stephen Gallacher dari Scotland dan Brett Rumford dari Australia berkongsi kedudukan keempat dengan catatan tujuh bawah par 134.

Bintang remaja Itali, Matteo Manassero yang cemerlang dengan 66 pukulan selepas pusingan pertama kelmarin, mengekalkan kedudukan enam bawah par tetapi hanya selepas mengharungi 12 lubang.

Siddikur Rahman dari Bangladesh pula mengejutkan bintang Asia apabila muncul pemain terbaik Jelajah Asia di KLGCC dengan mengumpul 139 pukulan, lima bawah par untuk terikat di tangga ke-10 bersama Rafael Cabrera-Bello dan Chawalit Plaphol.

Kerancakan kejohanan terganggu hampir tiga jam apabila hujan lebat memaksa ia dihentikan pada pukul 3.37 petang dan hanya disambung semula pada 6.15 petang. Ketika pemain meneruskan saingan, cuaca ssemakin gelap dan 77 pemain tidak dapat menamatkan pusingan kedua.

Sebelum permainan terganggu, McIlroy, yang mengumpul 133 pukulan selepas dua pusingan, mengambil kesempatan penuh atas cuaca baik pada awal saingan di Bukit Kiara, untuk mencatat lima birdie pada sembilan lubang pertama, sebelum menambah tiga lagi menuju sembilan lubang akhir.

"Hari ini saya bermain dengan bagus. Sebenarnya, sudah beberapa hari saya bermain seperti ini, cuma bezanya hari ini saya berjaya melakukan banyak putt yang baik. 11 bawah par selepas dua hari, keputusan yang hebat. Saya masih mampu pergi jauh biarpun tidak banyak meninjau lapangan," kata McIlroy, yang bagaimanapun mengakui, belum pulih sepenuhnya daripada masalah jetlag.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keputusan CTC mampu pengaruh Misbun?

Posted:

Keputusan CTC mampu pengaruh Misbun?

Keputusan CTC mampu pengaruh Misbun?


Misbun Sidek


KUALA LUMPUR - Sehingga hari ini, Datuk Misbun Sidek belum mengembalikan kontrak barunya kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana beliau mempunyai masa sehingga mesyuarat exco pada 28 April depan untuk berbuat demikian.

Bermakna, jurulatih itu boleh mempertimbangkan statusnya bersama skuad kebangsaan selepas mengetahui peranan sebenar yang bakal dimainkan andai kembali ke pangkuan BAM nanti, kerana kedudukannya akan dibincang Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) yang bermesyuarat hari ini.

Biarpun CTC masih perlu mendapatkan kelulusan daripada exco, namun jarang sekali cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan Ng Chin Chai itu ditolak sebelum ini.

Sekalipun sebarang keputusan yang bakal dicapai CTC hari ini belum muktamad, ia akan memberi bayangan awal kepada peranan Misbun, apakah kembali membimbing Datuk Lee Chong Wei, membantu skuad pelapis elit bersama Rashid Sidek atau menyertai Hendrawan dalam pasukan pelapis.

"Buat masa ini Misbun belum mengembalikan kontrak baru bersama BAM, beliau diberi masa sehingga sebelum mesyuarat exco 28 April ini untuk berbuat demikian, jadi tiada sebab untuk beliau terburu-buru membuat keputusan.

"Saya difahamkan mesyuarat CTC esok (hari ini) akan membincangkan mengenai peranan jurulatih itu dalam skuad kebangsaan, jadi mungkin Misbun juga boleh menunggu keputusan mesyuarat itu sebelum membuat keputusan, namun yang pasti semua akan terungkai dalam masa terdekat," menurut sumber BAM.

Misbunmeletak jawatan pada 31 Disember lalu, namun membuat 'pusingan U' apabila membatalkan peletakan jawatannya, awal bulan ini.

Chong Wei , yang sering merayu Misbun agar kembali, bagaimanapun mula berubah fikiran apabila serasi bersama Tey Seu Bock.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan