Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Devils kian panas'

Posted: 05 May 2011 05:00 PM PDT

Sukan

pix_gal0
United sedia tembung Barcelona, Fergie tak takut reputasi lawan

LONDON: Mesejnya amat jelas - Manchester United tidak gentar berdepan Barcelona dalam final Liga Juara-Juara Eropah pada 28 Mei ini di Stadium Wembley.

"Saya tidak fikir kami akan ke Wembley dalam keadaan kurang keyakinan," kata pengurus pasukan Sir Alex Ferguson. "Saya fikir prestasi Barcelona begitu baik musim ini. Hakikatnya kami berdepan satu pasukan hebat. Tetapi kami tidak boleh ketakutan kerana itu. "

United mara ke final selepas membelasah Schalke 04 dengan keputusan 4-1 bagi agregat 6-1 di Old Trafford selepas saingan separuh akhir kedua, awal pagi semalam.

Dua gol daripada Anderson termasuk satu masing-masing daripada Antonio Valencia dan Darron Gibson meletakkan United ke final Liga Juara-juara buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun dan sekali gus ulangan kepada episod sama di Rome pada 2009.

Fergie melakukan lapan pertukaran kepada barisan yang tewas 0-1 kepada Arsenal empat hari lalu dan dia melihat congakan itu berjaya dan percaya kini dia memiliki kelompok pemain segar untuk bertembung dengan Chelsea dalam perlawanan penting liga Inggeris, Ahad ini. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita bukan objek seks: BWF

Posted: 05 May 2011 04:58 PM PDT

Sukan

"BUKAN niat kami mahu gambarkan wanita sebagai objek seks," kata Timbalan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Paisan Rangsikitpho dalam kenyataan, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mendapat bantahan daripada beberapa pemain dan pegawai yang tidak bersetuju dengan peraturan baru yang mensyaratkan pemain wanita memakai skirt dalam perlawanan bermula 1 Jun ini.

Rangsikitpho menafikan badan induk badminton dunia itu mengeksploitasi wanita dan bertujuan untuk "membezakan perlawanan wanita". "Ini adalah bagi menarik lebih ramai peminat daripada generasi muda dan tua, dan dikalangan lelaki dan wanita di mana penampilan yang lebih menarik dan bergaya tentunya faktor yang penting," katanya yang turut menjelaskan pemain tidak perlu menggunakan skirt pendek dan masih boleh memakai seluar pendek atau panjang di bawah skirt.

Jelasnya, peraturan itu yang ditunda dari 1 Mei kepada 1 Jun ini juga bertujuan meningkatkan lagi profil perlawanan wanita apabila hadiah perlawanan wanita disamakan antara lelaki dan wanita.

Beregu India, Jwala Gutta dalam satu kenyataan membantah tindakan menentukan pemakaian skirt di kalangan pemain wanita."Atlit sepatutnya diberi pilihan apa mahu dipakai dalam gelanggang. Ini adalah pendekatan digunakan pada abad ke-21," katanya. - AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen