Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Jangan rasuah'

Posted: 19 May 2011 03:43 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Tengku Abdullah beri amaran elak terjebak atur perlawanan

"JANGAN ulang episod 1995 atau anda akan berdepan masalah besar!" Itu amaran keras dilaungkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada pemain dan pegawai bola sepak negara berkenaan isu rasuah dan mengatur perlawanan.

"Saya nasihatkan pemain supaya tidak melayan sebarang bentuk tawaran pihak-pihak tertentu untuk mengatur perlawanan," titah Tengku Abdullah pada sidang media selepas sesi pertemuan dengan delegasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Wisma FAM, semalam.

"FAM dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membentuk satu unit khas bagi menangani perkara ini di setiap persatuan negeri. Jika ada laporan mengenai perkara ini, terus laporkan kepada unit terbabit supaya siasatan dan tindakan sewajarnya dapat diambil. "Ingin saya tegaskan di sini, kami sentiasa memerhatikan anda, pemain-pemain. Jadi jangan babitkan diri anda dengan mana-mana pihak yang ingin mengatur perlawanan. Saya juga mahu pemain menjaga tingkah laku di dalam dan di luar padang supaya imej bola sepak negara dihormati."

Bola sepak negara yang pernah menjadi kuasa besar Asia suatu ketika dulu, mengalami kemerosotan mendadak selepas skandal rasuah membabitkan lebih 100 pemain Liga Malaysia terbongkar. Akibatnya, FAM terpaksa bermula dari bawah untuk mendapatkan kembali skuad kebangsaan mantap seperti yang ada sekarang.

Menurut Tengku Abdullah, bagi memastikan imej bola sepak negara tidak tercemar sekali lagi, satu pemeriksaan ketat juga akan dilakukan terhadap pemain khususnya dalam Liga Malaysia bagi musim depan yang bakal menerima kembali pemain asing dalam pasukan tempatan.

Sementara itu, Bukit Aman difahamkan sudah menubuhkan satu pasukan khas berhubung siasatan membabitkan rangkaian sindiket antarabangsa menentukan keputusan perlawanan yang didakwa turut membabitkan rakyat Malaysia.
Pasukan khas diketuai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan itu turut ditubuhkan di setiap kontinjen polis negeri.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid, berkata penubuhan pasukan khas itu adalah tanda komited PDRM dalam menangani isu itu.

"Tugas pasukan khas itu akan tertumpu kepada tugasan memantau dan menjalankan siasatan terhadap sebarang aktiviti menentukan keputusan perlawanan serta judi bola sepak termasuk judi bola atas talian (online) membabitkan warga negara Malaysia.

"Buat masa ini, kita sedang menjalankan siasatan ke atas beberapa individu di negara ini yang disyaki terbabit dengan sindiket antarabangsa dalam menentukan keputusan perlawanan dan judi untuk bola sepak luar negara," katanya pada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan empat pegawai dari FIFA yang diketuai Ketua Keselamatan FIFA, Chris Eaton di Wisma FAM di sini, petang semalam.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

FIFA akui FAM telus, tak bersalah

Posted: 19 May 2011 03:41 PM PDT

Sukan

Siasatan berkaitan mengatur perlawanan bola sepak membabitkan Zimbabwe pada 2009

TELUS dan tidak bersalah! Itu kesimpulan dapat dibuat terhadap pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas kunjungan delegasi Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke Wisma FAM, semalam.

Kesimpulan itu dibuat Ketua Keselamatan FIFA, Chris Eaton yang berada di ibu negara semalam bagi membincangkan isu mengenai sindiket perjudian dan mengatur perlawanan bersama FAM serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Saya gembira melihat usaha dilakukan FAM dan PDRM dalam membanteras perkara ini (mengatur perlawanan)," kata Eaton kepada wartawan semalam. "Ingin saya tekankan di sini, FAM tidak bersalah dalam hal berkaitan mengatur perlawanan membabitkan Zimbabwe pada 2009. "Malah FIFA beranggapan, langkah pencegahan dilakukan pihak berkuasa di sini mungkin akan dijadikan model kepada negara lain pada masa depan." Antara langkah dimaksudkan Eaton ialah penubuhan pasukan khas di setiap negeri untuk menangani masalah mengatur perlawanan.

Berita kedatangan delegasi FIFA ke ibu negara baru-baru ini mencetus pelbagai spekulasi antaranya FAM terbabit dengan menentukan keputusan dua perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Zimbabwe pada Julai 2009. Namun Eaton dengan tegas menafikan tanggapan negatif berkenaan.

"FAM adalah mangsa penipuan sama seperti FIFA dan badan induk lain yang terbabit dengan pasukan berkenaan," kata Eaton menjawab soalan mengenai skandal mengatur perlawanan membabitkan Zimbabwe. "Kami masih menyiasat perkara berkenaan dan terpulang kepada badan induk negara itu untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terbabit."


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan