Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Ancelotti dipecat!

Posted: 23 May 2011 07:54 PM PDT

Sukan

Carlo Ancelotti

Carlo Ancelotti

Mourinho meniti dibibir penyokong desak Abramovich segera telefon pengendali Real

LONDON: Chelsea secara rasmi memecat Carlo Ancelotti selaku pengurus pasukan, semalam selepas skuad bergelar The Blues gagal memenangi sebarang trofi, musim ini.

Sejurus selepas pengumuman dibuat, penyokong setia di Stamford Bridge sudah mula melaung-luangkan nama Jose Mourinho untuk kembali menerajui kelab berkenaan dan ia dikatakan satu desakan terbaru meminta pemilik kelab, Roman Abramovich menelefon sendiri 'Yang Istimewa' itu selepas dia memecat pengendali berbangsa Portugis itu pada 2007.

Seorang lagi calon yang dikaitkan selaku pengganti Ancelotti adalah jurulatih FC Porto, Andre Villas-Boas. Kenyataan daripada Chelsea, semalam menyebut: "Pemilik dan lembaga mahu berterima kasih kepada Carlo di atas sumbangannya, termasuk memenangi kejuaraan berganda (Liga Perdana Inggeris dan Piala FA) musim lalu.

"Namun, prestasi musim ini di bawah jangkaan dan kelab berasa adalah tindakan tepat melakukan perubahan ini menjelang persiapan musim depan."

Setahun lalu, Ancelotti memulakan musim pertama dengan kejayaan membelasah Wigan Athletic 8-0 untuk merangkul kejuaraan EPL selepas menjuarai Piala FA menewaskan Portsmouth 1-0.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Saya sudah lihat sinaran baru’

Posted: 23 May 2011 04:39 PM PDT

Sukan

Piya yakin Red Warriors calon paling layak julang Piala FA musim ini

KAPTEN skuad Kelantan, Mohd Badhri Rahdzi sudah melihat satu sinaran baru betapa pasukannya kini berada dalam landasan terbaik untuk mengungguli lebih daripada satu trofi, musim ini.

Dengan kedudukan selaku pendahulu Liga Super berbekal 44 mata - walaupun seri 2-2 ketika menentang Harimau Muda A di Shah Alam, kelmarin - pemain berpengalaman itu beranggapan The Red Warriors memiliki segala ramuan buat mencipta gemilang di bawah pengendalian Datuk M Karathu.

"Kami sudah pun berjaya menjulang Piala Sumbangsih awal musim ini. Saya rasa musim ini menjadi musim terbaik kepada Kelantan untuk terus merangkul gelaran tambahan, termasuk Piala FA dan Liga Super. "Kejayaan layak ke final Piala FA (11 Jun ini) menjadi satu lagi petanda baik kepada kita untuk melihat Kelantan menjulang baki kejuaraan dalam liga tempatan (Piala Malaysia, Piala FA, Liga Super). Namun ia perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat," katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Piya.

Esok, Kelantan akan bertemu T-Team di tempat sendiri dan pemain itu jelas ghairah mahu membimbing rakan sepasukan merakamkan kemenangan penting di hadapan penyokong setia.

Ketika disentuh mengenai peluang pasukannya pada final Piala FA, Piya yang mula menyertai Kelantan sejak 2009 lalu berkata kejayaan menumpaskan Selangor dengan jaringan besar di separuh akhir lalu jelas menunjukkan kesungguhan semua pihak untuk melihat The Red Warriors menjulang lebih banyak kejuaraan dalam satu musim.

"Saya masih beranggapan peluang Kelantan dan Terengganu masih seimbang, 50-50 tetapi kami perlu berwaspada dengan ancaman mereka terutama jentera serangannya yang begitu konsisten dalam pemburuan gol musim ini," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan