Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Piala FA: Kelantan, Terengganu ke final

Posted:

Piala FA: Kelantan, Terengganu ke final

Piala FA: Kelantan, Terengganu ke final

Oleh MANIRAH OTHMAN
dan YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


PENYERANG Terengganu, Hadi Yahaya mengasak penjaga gol Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Kuala Terengganu malam tadi.


DUA gergasi Pantai Timur - Kelantan dan Terengganu akan membuat perhitungan pada final Piala FA 11 Jun depan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kedua-dua pasukan mara selepas mengatasi lawan masing-masing pada aksi separuh akhir yang menyaksikan Terengganu mara dengan agregat 5-2 sementara Kelantan melangkah bergaya dengan agregat 6-2.

Semalam, Terengganu menewaskan Pahang 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu selepas mencatat kemenangan 3-2 pada separuh akhir pertama di Kuantan minggu lepas.

Kelantan pula sekadar seri 1-1 dengan Selangor pada aksi kedua di Kota Bharu selepas menang bergaya 5-1 pada aksi pertama di Shah Alam minggu lepas.

Bagi Terengganu, mereka menamatkan penantian beraksi di final sejak 2004 selepas mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir piala berprestij itu.

Pada aksi separuh akhir kedua itu, skuad Penyu jelas berada dalam kelas tersendiri selepas menewaskan pasukan jiran, Pahang 2-0 untuk layak dengan agregat 5-2.

Lebih manis lagi, kemenangan yang dilakar di itu turut disaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan hampir 25,000 penyokong setia mereka.

Pada perlawanan semalam, bintang baru Terengganu, Abdul Hadi Yahya menjaringkan gol pembukaan pasukan tuan rumah pada minit ke-35.

Gol itu hadir menerusi sepakan penalti selepas Hadi dikasari penjaga gol Pahang, Mohd. Rosfaizul Azuar Ali dalam kotak penalti.

Bersambung babak kedua, Pahang cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun beberapa asakan berbahaya ke pintu gol lawan gagal menemui sasaran.

Sebaliknya, Terengganu berjaya mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua pada minit ke-85, kali ini menerusi Mohd. Ailimi Fahmi yang baru seminit dimasukkan menggantikan Joseph Kalang Tie.

Untuk rekod, kali terakhir Terengganu layak ke final saingan Liga Malaysia ialah pada perlawanan akhir Piala FA tahun 2004 yang menyaksikan pasukan dari Pantai Timur itu tewas 0-3 kepada Perak.

Sebelum itu, Terengganu telah dua kali melangkah ke pentas sama iaitu pada tahun 2000 yang menyaksikan mereka muncul juara selain pada tahun 1999 ketika tewas kepada Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Izzaq, Syahrul temui sentuhan

Posted:

Izzaq, Syahrul temui sentuhan

Izzaq, Syahrul temui sentuhan

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


ONG KIM SWEE (kiri) dilanda kebimbangan kerana jentera serangan skuad bimbingannya itu tidak memperlihatkan aksi yang konsisten.


KEBUNTUAN barisan penyerang Harimau Muda A dalam beberapa aksi Liga Super sebelum ini telah mengundang resah jurulatihnya, Ong Kim Swee menjelang aksi pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 bertemu Lebanon pada 19 dan 23 Jun depan.

Namun segalanya mulai positif setelah Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Azwari Ibrahim masing-masing meledak dua gol ketika Harimau Muda A menewaskan T-Team 3-1 di Kuala Terengganu Khamis lalu dan Sabah 2-0 di Kota Kinabalu kelmarin.

Izzaq Faris, 21, sebelum ini hanya menjaringkan dua gol ketika bertemu Pahang pada 1 Februari lalu dan satu gol ketika bertemu Kedah pada 23 April lalu.

Syahrul Azwari, 18, atau lebih mesra dipanggil 'Awa' pula hanya berjaya menyumbat satu gol ketika bertemu Terengganu pada 9 April lalu.

"Ini satu petanda baik. Saya mahu mereka terus konsisten menjaringkan gol pada perlawanan-perlawanan selepas ini dan mencapai kemuncak prestasi ketika kita bertemu Lebanon nanti.

"Cuma saya terpaksa gilirkan pemain berdasarkan jadual padat dan keadaan pemain.

"Izzaq menerima jahitan di kening ketika bertemu T-Team manakala Syahrul mengalami kecederaan pangkal paha ketika bertemu Sabah," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Senarai penjaring Harimau Muda A sebelum ini menyaksikan pemain posisi lain lebih menyerlah dengan pemain sayap kiri, Fandi Othman, 19, meledak enam gol manakala dua pemain tengah, Irfan Fazail (3 gol) dan Gary Steven Robbat (2 gol).

Dua lagi penyerang Harimau Muda A iaitu Ferris Danial Mat Nasir, 19, baru menjaringkan satu gol iaitu pada saingan Piala FA manakala A. Thamil Arasu, 20, masih belum menemui sentuhan.

Dalam pada itu, Harimau Muda A kini sudah melonjak naik ke tangga keempat Liga Super dengan 29 mata untuk berada di belakang tiga pasukan teratas, Selangor (42), Kelantan (40) dan Terengganu (38).

"Kami tewas berturut-turut kepada Kelantan (1-2), Selangor (1-2) dan Terengganu (1-3) pada pusingan pertama lalu. Tapi kali ini saya yakin kami mampu meraih keputusan lebih baik berdasarkan prestasi semasa," ujar Kim Swee.

Harimau Muda A akan beraksi ketiga-tiga perlawanan selepas ini di Stadium Shah Alam iaitu menentang Terengganu pada Khamis ini, Kelantan (22 Mei) dan Selangor (25 Mei).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skuad hoki negara perlu pendedahan

Posted:

Skuad hoki negara perlu pendedahan

Skuad hoki negara perlu pendedahan

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@kosmo.com.my


PEMAIN Malaysia, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil (depan) cuba mengejar bola pada aksi menentang India pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 9 Mei lalu. Skuad negara menamatkan kempen di tangga tercorot pada kejohanan kali ini.


SKUAD hoki Malaysia perlukan banyak pendedahan diperingkat antarabangsa bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik London tahun depan.

Bekas penyerang negara, Mohamad Abdul Hadi percaya Malaysia mampu melayakkan diri ke London kerana skuad sekarang terdiri daripada barisan pemain muda yang berwibawa dan berbakat.

"Mereka perlukan banyak latihan dan asuhan agar bakat yang ada pada mereka lebih terserlah," kata Mohamad semalam.

Mohamad berkata demikian berdasarkan persembahan para pemain muda Malaysia sepanjang Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-20 yang berakhir di Ipoh kelmarin.

"Mereka masih muda dan perlukan banyak pendedahan di peringkat antarabangsa untuk bersaing dengan pasukan-pasukan ternama," jelasnya.

Malaysia yang berada di ranking ke-15 dunia mampu memberi tentangan sengit kepada enam pasukan lain yang berada di ranking yang lebih tinggi dalam kejohanan tersebut.

Enam negara lain yang menyertai kejohanan edisi ke-20 itu berada di ranking pertama hingga kesembilan dunia.

Juara Piala Dunia, Australia berada di ranking pertama dunia diikuti Britain (ranking keempat), Korea Selatan (keenam), New Zealand (ketujuh), Pakistan (kelapan) dan India (kesembilan).

Skuad bimbingan Tai Beng Hai hanya mampu mencatat kemenangan tunggal daripada enam perlawanan yang dilaluinya iaitu menumpaskan Korea Selatan 3-1.

Selain itu, Malaysia kalah kepada Britain (1-3), Australia (1-2), India (2-5) dan Pakistan (2-3).

Malaysia menamatkan kempen di tangga tercorot pada kejohanan kali ini dengan mengutip tiga mata sahaja.

Bekas pemain kebangsaan itu berharap Beng Hai akan terus memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih kecil seperti melaksana strategi pukulan sudut penalti.

Beliau menyifatkan kedudukan Malaysia di tangga tercorot tidak penting tetapi para pemain dapat mengutip banyak pengalaman daripada pasukan ternama seperti Australia, Britain dan India.

Mohamad yang pernah beraksi dalam Sukan Olimpik di Barcelona pada tahun 1992 berharap semangat para pemain tidak mudah luntur dengan kritikan yang dilontarkan oleh pelbagai pihak mengenai keputusan perlawanan di Ipoh.

Selain itu, bekas pemain pertahanan negara, Foo Keat Seong berkata, keputusan yang dicatat dalam kejohanan tersebut tidak menggambarkan kedudukan sebenar skuad negara.

Beliau berpendapat skuad negara berada pada tahap yang lebih baik tetapi perlukan banyak pendedahan di peringkat antarabangsa.

Katanya, Malaysia mampu memberi tentangan sengit kepada Australia dan India sebelum kalah kepada kedua-dua pasukan tersebut pada saat-saat akhir permainan.

Mohamad dan Keat Seong percaya Malaysia mampu melayakkan diri ke Sukan Olimpik di London pada tahun depan.

Malaysia sudah memulakan persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan kelayakan Sukan Olimpik itu sejak beberapa bulan lalu.

Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah merupakan salah satu ujian kepada para pemain bagi mengetahui sejauh mana kekuatan mental dan fizikal mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan