Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


MSN minta penjelasan

Posted:

MSN minta penjelasan

MSN minta penjelasan

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


MAZLI (depan) antara pemain kelahiran Negeri Sembilan yang menerima penghargaan daripada PHNS di Seremban semalam.persahabatan di Stadium Hoki Azlan Shah,Ipoh semalam.


"MSN (Majlis Sukan Negara) akan meminta KBS (Kementerian Belia dan Sukan) mendapatkan penjelasan daripada kerajaan berhubung bajet untuk menampung perbelanjaan pembangunan sukan".

Itu janji Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong (gambar) berhubung peruntukan khas yang diumumkan kerajaan pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu bagi menampung perbelanjaan pembangunan sukan di negeri-negeri.

Zolkples berkata, jika peruntukan khas itu wujud, majlis sukan negeri-negeri boleh menggunakannya bagi membiayai kontinjen masing-masing untuk menyertai Sukan Malaysia (Sukma) yang kini diadakan setiap tahun.

"Pada pembentangan bajet tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ada menyebut mengenai peruntukan khas bagi pembangunan sukan di negeri-negeri.

"Namun, saya masih kabur dengan statusnya sehingga kini. Jadi saya akan meminta KBS mendapatkan penjelasan daripada kerajaan terlebih dahulu bagi mengetahui lebih lanjut berhubung peruntukan tersebut," kata Zolkples.

Kenyataan Zolkples itu hadir selepas mendengar rungutan daripada majlis sukan negeri-negeri yang mula mempersoalkan mengenai peruntukan daripada kerajaan itu bagi menampung kos pembelanjaan atlet-atlet mereka.

Terdahulu, Zolkples menghadiri majlis undian melibatkan acara-acara berpasukan pada Sukma ke-14 yang akan berlangsung di sekitar Lembah Klang bermula 2 hingga 12 Jun depan.

Sukma sebelum ini diadakan dua tahun sekali tetapi mulai tahun ini ia diadakan setiap tahun, berselang seli dianjurkan oleh MSN dan negeri-negeri.

MSN memperuntukkan RM8.5 juta bagi menganjurkan temasya kali ini yang melibatkan 3,336 atlet untuk bertanding dalam 19 sukan pilihan bagi merebut 1,444 pingat yang ditawarkan.

Sebanyak 17 venue di sekitar Lembah Klang akan digunakan untuk menjayakan Sukma kali ini.

Tambah Zolkples, MSN cuba untuk meminimumkan kos penganjuran dengan pelbagai cara termasuk meminjam peralatan sukan daripada persatuan-persatuan dan daripada tuan rumah Sukan Malaysia yang lepas seperti Melaka (2010), Terengganu (2008) dan Kedah (2006).

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa puas hatinya terhadap penyertaan daripada negeri-negeri untuk Sukma kali ini terutamanya yang membabitkan beberapa acara baru.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peluang timba pengalaman

Posted:

Peluang timba pengalaman

Peluang timba pengalaman

AKSI persahabatan menentang Chelsea pada 21 Julai depan dilihat sebagai medan terbaik buat pemain Malaysia menimba pengalaman ke arah memantapkan lagi prestasi mereka.

Demikian jelas jurulatih skuad negara, K. Rajagobal mengenai peluang anak-anak buahnya berdepan kelab naib juara Liga Perdana England 2010/11 itu yang memulakan siri Jelajah Asia 2011.

Menurut Rajagobal, perlawanan persahabatan ini menjadi platform terbaik kepada pemain Malaysia untuk menguji kemampuan berdepan dengan pemain-pemain bintang terhebat dunia.

"Ini adalah peluang terbaik kepada pemain kita untuk beraksi menentang pemain-pemain yang berkualiti dan bertaraf dunia.

"Kita akan menurunkan pasukan terkuat apabila berdepan Chelsea kelak, sama seperti ketika Malaysia menentang Manchester United dua tahun lepas.

"Mungkin kita tidak mengharapkan kemenangan, namun apa yang saya mahu ialah pemain turun dan memberi persembahan terbaik mereka, itu saja," ujarnya.

Difahamkan bahawa perlawanan dengan The Blues ini adalah aksi persahabatan ketiga skuad negara dalam persiapan kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 sekiranya berjaya melepasi pusingan pertama mengalahkan Taiwan pada 29 Jun dan 3 Julai depan.

"Sekiranya kita menang dengan Taiwan, kita akan berdepan Singapura di pusingan kedua pada 23 dan 28 Julai.

"Sebelum itu, ada dua lagi aksi persahabatan, maka ini bermakna kita ada tiga perlawanan persahabatan termasuk dengan Chelsea pada bulan Julai.

"Jadi, saya mungkin akan menurunkan pasukan terkuat dalam dua perlawanan sahaja. Apa pun kita tunggu dan lihat dahulu apa yang terjadi, kemudian baru boleh buat keputusan menurunkan pemain mana," kata Rajagobal.

Bagi persiapan menentang Taiwan pada pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia, Malaysia akan mengadakan dua aksi persahabatan dengan negara jiran iaitu menentang Hong Kong pada 3 Jun ini serta Myanmar pada 18 Jun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Chelsea uji Malaysia

Posted:

Chelsea uji Malaysia

Chelsea uji Malaysia

BERITA gembira buat penyokong fanatik Chelsea di negara ini apabila naib juara Liga Perdana England musim 2010/11 itu akan mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan skuad Malaysia pada 21 Julai depan.

Perlawanan persahabatan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam.

Lebih menarik, menjelang aksi persahabatan tersebut, peminat The Blues turut berpeluang mendapat pas percuma menyaksikan sesi latihan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu pada 19 Julai.

Begitupun, untuk melihat kelibat pemain bintang Chelsea itu berlatih, peminat hanya perlu membeli tiket perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Chelsea di butik Adidas terpilih seluruh negara yang akan mula dijual pada 20 hingga 29 Mei ini. Tiket-tiket tersebut akan dijual pada harga RM58, RM68, RM108 manakala tiket VIP pula pada harga RM388 dengan jumlah yang terhad.

"Pada 2008, kami berjaya mengumpul 55,000 penonton untuk hadir menyaksikan pertemuan di antara kedua-dua pasukan ini. Jadi, tahun ini, kami jangka lebih ramai penonton akan hadir termasuk peminat dari negara jiran," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ProEvents Group, Julian Kam.

ProEvents merupakan promoter eksklusif Jelajah Asia Chelsea 2011 dan penaja rasmi bagi perlawanan tersebut adalah Adidas, Astro, One World dan Naza World.

"Selain aksi persahabatan tersebut, pemain Chelsea juga akan mengadakan beberapa program sampingan termasuk aktiviti amal serta perjumpaan dengan kelab penyokong rasmi Chelsea."

Tiket akan mula dijual pada 20 hingga 29 Mei di semua butik Adidas seluruh negara, manakala bermula 30 Mei pula, tiket boleh didapati di cawangan Ticketpro di seluruh negara atau secara online menerusi laman web www.ticketpro.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan