Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Chong Wei raih gelaran keempat

Posted:

Chong Wei raih gelaran keempat

Chong Wei raih gelaran keempat


Lee Chong Wei muncul juara badminton Terbuka India selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Hoeg Gade pada perlawanan akhir di New Delhi, semalam. Chong Wei menang 21-12, 12-21, 21-15. - AFP


KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei diuji dalam perlawanan mendebarkan, sebelum akhirnya merangkul kejuaraan keempat tahun ini pada kejohanan badminton Siri Super Terbuka India dengan menundukkan jaguh veteran Denmark, Peter Hoeg Gade di New Delhi, semalam.

Selepas menang selesa dalam set pembukaan, jaguh No. 1 dunia itu tumpas di set kedua dan dipaksa mengharungi aksi mencemaskan di set ketiga, sebelum memenangi pertarungan sengit 21-12, 12-21, 21-15 dalam masa 1 jam, 2 minit.

Ini adalah kemenangan keempat Chong Wei sepanjang 2011 selepas turut menjuarai Siri Super Masters Akhir, Terbuka Malaysia dan All England.

Malah, jaguh negara itu berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir dalam semua lima kejohanan yang disertai sejak Januari lalu, dengan turut muncul naib juara Terbuka Korea.

Malah, lebih manis lagi, kemenangan ini akhirnya menamatkan mimpi ngeri Chong Wei setiap kali berakhir di India, di mana dia mengalami keracunan makanan ketika tumpas kepada pemain China, Chen Long pada Terbuka India 2009, sebelum tunduk kepada Sony Dwi Kuncoro pada suku akhir Kejohanan Dunia di Hyderabad pada tahun yang sama.

"Ia adalah perlawanan yang sangat sengit, dan saya mula hilang tumpuan di set kedua. Bagaimanapun saya sudah menjangkakan cabaran getir bakal diberikan oleh Peter kerana dia merupakan pemain yang amat berpengalaman.

"Pada usia 34 tahun, Peter terbukti masih mampu bermain dengan mantap, malah dia tidak mengalah hingga ke akhir saingan. Begitupun, stadium ini amat bertuah bagi saya, dan harap saya dapat kembali ke India untuk Siri Super seterusnya,'' kata Chong Wei, yang merangkul kejuaraan Terbuka India buat kali pertama untuk membawa pulang AS$15,000 (RM44,500).

Pada perlawanan semalam, Chong Wei mempamerkan aksi meyakinkan pada set pembukaan apabila memaksa Gade berlari ke seluruh gelanggang dengan kekerapan menghantar pukulan silang di depan jaring, selain sesekali melakukan smash kencang yang gagal diangkat lawan.

Bagaimanapun, keadaan berubah pada set kedua apabila dia seperti hilang fokus dan mula melakukan kesilapan demi kesilapan, malah pada satu ketika ketinggalan sehingga 10-17, sebelum akhirnya tumpas 12-21.

Gade, 35, yang memiliki rekod pertemuan yang buruk, 1-11 di tangan Chong Wei sejak 2007, meneruskan permainan garang memasuki set penentuan apabila mendahului 6-2, namun sebaik dia membenarkan Chong Wei mengejar 8-6, jaguh veteran Denmark itu tidak lagi mampu menyekat Chong Wei.

"Saya berdepan pemain terbaik dunia dan semuanya adalah tentang keyakinan. Apabila Chong Wei tampil dengan penuh yakin, memang dia tidak mudah untuk ditewaskan.

"Saya berpeluang untuk menang selepas menguasai set kedua, malah bermula baik di set penentuan. Saya berikan segalanya yang terdaya tetapi dia (Chong Wei) memang tidak mampu dikalahkan hari ini,'' kata pemain No. 6 dunia, Gade.

Sementara itu, pemain Thailand, Porntip Buranaprasertsuk melakar kejutan terbesar dalam perseorangan wanita apabila muncul juara selepas menumpaskan pilihan ketiga, Bae Youn Joo dari Korea Selatan, 21-13, 21-16.

Jepun dan Indonesia pula masing-masing mendominasi saingan beregu wanita dan campuran dengan menempatkan dua wakil mereka dalam perlawanan akhir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Koo-Tan perlu gelaran pulih semangat

Posted:

Koo-Tan perlu gelaran pulih semangat

Koo-Tan perlu gelaran pulih semangat

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong memerlukan sekurang-kurangnya satu kemenangan menjelang Kejohanan Dunia, Ogos ini bagi mengembalikan keyakinan mereka yang kian membimbangkan ekoran kekalahan terbaru di Terbuka India, kelmarin.

Kekalahan mengejut 16-21, 19-21 kepada pasangan Jepun, Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata pada separuh akhir di New Delhi melebarkan kemarau tanpa gelaran kepada 15 bulan (siri kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF)) - kali terakhir mereka menjuarai Siri Super Terbuka Malaysia 2010, Januari tahun lalu.

Bagi ketua jurulatih beregu kebangsaan, Rexy Mainaky, prestasi keseluruhan juara All England 2007 itu sebenarnya tidak terlalu mencemaskan, dan ia terbukti dalam tempoh 15 bulan ini mereka berjaya mara dalam lima perlawanan akhir sirkit BWF, termasuk All England, selain turut melangkah ke final Sukan Asia, November lalu.

Bagaimanapun, kegagalan untuk menamatkan cabaran dengan kejuaraan sedikit menghakis keyakinan mereka, dan seandainya beregu No. 4 dunia itu mencari gelanggang untuk memulihkan semangat, maka Grand Prix Emas Terbuka Malaysia yang akan bermula di Alor Setar, esok adalah peluang terbaik mereka.

Rexy percaya, masih belum terlambat buat anak-anak buahnya memulihkan keadaan sebelum Kejohanan Dunia berlangsung di London, 8-14 Ogos ini dan beliau percaya, kemenangan pertama selepas sekian lama mampu membawa perubahan besar kepada mereka, terutama Boon Heong, yang dilihat terlalu tertekan sejak akhir-akhir ini.

"Keadaan mereka sebenarnya tidaklah terlalu membimbangkan tetapi jelas ia perlu diperbaiki sebelum Kejohanan Dunia. Ketika ini, yang sedikit merisaukan saya adalah Boon Heong, kerana dia tampak amat tertekan sejak All England lalu, dia perlu sesuatu untuk mengembalikan keyakinan, dan saya percaya satu gelaran sebelum Ogos ini akan banyak membantunya.

"Ketika menentang pasangan Jepun, Boon Heong nampak sangat tertekan. Dia membuat banyak kesilapan, malah turut melakukan perkara yang sama ketika menentang pasangan Korea (Choo Gun Woo-Kwon Yi Goo, di suku akhir),'' kata Rexy.

Menurut Rexy, apa yang mendorong Boon Heong begitu tertekan adalah kerana dia kini dalam proses mengeluarkan permainan sendiri dan cuba lari daripada dibayangi oleh pasangannya, Kien Keat, justeru sesekali dia masih kurang yakin dengan gerakan yang cuba dilakukan.

"Selama ini, Kien Keat yang banyak membimbing Boon Heong tetapi sekarang Boon Heong merasakan dia sudah boleh bermain sendiri tanpa terlalu dibimbing, namun dalam proses untuk mengeluarkan semua yang ada, dia masih mempunyai sedikit keraguan.

"Tugas saya, jurulatih lain dan Kien Keat adalah membantunya untuk mengharungi proses penyesuaian dengan lebih cepat. Saya rasa ia sudah semakin hampir, cuma yang kurang adalah keyakinan, sebab itu saya harap mereka dapat menang sekurang-kurangnya satu gelaran sebelum Kejohanan Dunia untuk menaikan keyakinan itu,'' ujar Rexy.

Grand Prix Emas Terbuka Kedah, yang merupakan kejohanan pertama menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik 2012 bakal menampilkan cabaran lebih getir berbanding Terbuka India, di mana juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia bakal bertanding sebagai pilihan kedua.

Kien Keat-Boon Heong pula turun sebagai pilihan pertama dan akan memulakan kempen dengan menentang pasangan Jepun, Yoshiteru Hirobe-Kenta Kazuna dalam aksi pembukaan, malah memiliki satu lagi beregu negara itu, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa sebagai pencabar dalam laluan ke final.

"Sebenarnya saya lebih yakin apabila Kien Keat dan Boon Beong bertemu beregu terbaik seperti Markis-Hendra, kerana dalam situasi seperti ini mereka biasanya boleh bermain dengan lebih baik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan