Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


KBS tak setuju hasrat FAM

Posted:

KBS tak setuju hasrat FAM

KBS tak setuju hasrat FAM

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
sukan@utusan.com.my


Ahmad Shabery


PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bersetuju dengan kesediaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menanggung kos penangguhan pembaikan trek Stadium Nasional Bukit Jalil yang bernilai RM500,000 bagi membolehkan aksi pasukan Liga Perdana England.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jumlah tersebut sangat tinggi dan lebih baik ia digunakan untuk membangunkan program sukan terutamanya bola sepak.

"RM500,000 bukannya duit kami, bukan duit Menteri dan bukan duit KSU (Ketua Setiausaha ) tapi ini duit rakyat.

"Dengan jumlah itu berapa banyak gelanggang futsal yang boleh dibina?

"Kementerian tidak mahu FAM rugi, jika rugi bagaimana mereka hendak mendapatkan wang untuk pembangunan," katanya selepas Pra Pelancaran dan Promosi Y-Avenue di Menara KBS di sini, semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad 'menyahut' permintaan supaya badan induk bola sepak negara itu menanggung kos penangguhan pembaikan trek Stadium Nasional bagi membolehkan ia boleh dibuka semula untuk perlawanan tiga kelab gergasi Liga Perdana England.

Kelab tersebut adalah Liverpool, Arsenal dan Chelsea yang akan menentang Harimau Malaya pada Julai ini, dengan Stadium Nasional menjadi pilihan utama sebagai venue perlawanan.

Tambah Ahmad Shabery, penangguhan pembaikan trek tidak boleh dihentikan sewenang-wenangnya kerana banyak lagi pertandingan penting yang akan berlangsung tahun ini.

Katanya, sebagai sebuah stadium utama di negara ini, peranannya tidak terhad kepada bola sepak, tetapi mencakupi sukan lain.

"Kita tak mahu kerja-kerja baik pulih trek terganggu kerana ia telah ditunda banyak kali untuk perlawanan akhir Piala Suzuki AFF.

"Lepas ini akan diadakan pula perlawanan pusingan kedua Pra- Olimpik, Pra-Piala Dunia dan Sukan Malaysia di stadium itu juga, kita tidak mempunyai pilihan lain.

"Stadium Shah Alam tidak mengikut standard antarabangsa, juga stadium baru stadium Hang Tuah, jadi kebergantungan kepada hanya satu stadium sahaja," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skuad negara lepas peluang kejutkan juara dunia

Posted:

Skuad negara lepas peluang kejutkan juara dunia

Skuad negara lepas peluang kejutkan juara dunia

Oleh Kamaruddin Ismail
sukan@utusan.com.my


Pemain negara meraikan jaringan Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil (No. 23) namun Malaysia akhirnya kalah kepada Australia pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh semalam. - UTUSAN/Roy Azis Abd. Aziz


IPOH - Malaysia melepaskan peluang untuk sekurang-kurangnya mengikat pasukan No.1 dunia, Australia apabila kalah 1 - 2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di sini, semalam.

Ia merupakan kekalahan kedua skuad negara setelah tumpas 1 - 3 kepada Britain pada perlawanan pembukaan kelmarin.

Pada awal babak pertama, skuad bimbingan Tai Beng Hai memperolehi dua pukulan sudut penalti, tetapi gagal menghasilkan gol.

Buat seketika pintu gol Malaysia terselamat daripada dibolosi dengan ketangkasan penjaga gol terbaik Asia, S.Kumar, yang kerap menafikan percubaan berbahaya jentera serangan Australia.

Malaysia akhirnya mengejutkan juara Piala Dunia itu melalui jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil pada minit ke-23, hasil melakukan gerakan solo yang melepasi pertahanan Australia.

Malaysia hampir menambah satu lagi gol melalui Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin pada minit ke-42, tetapi pukulannya tersasar walaupun penjaga gol Australia, Andrew Charter tertewas.

Ketangkasan S. Kumar tidak menghalang Australia menghasil gol penyamaan hasil pukulan penalti Simon Orchard pada minit ke-59.

Malaysia melepaskan peluang keemasan untuk kembali mendahului Australia apabila pukulan penalti yang dilakukan Faizal Saari pada minit ke-63, gagal menemui sasaran.

Skuad negara akhirnya tumbang pada minit terakhir perlawanan apabila pukulan sudut penalti Jason Wilson, gagal dinafikan Kumar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan