Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Rumit, sukar diselesaikan - Mazlan

Posted:

Rumit, sukar diselesaikan - Mazlan

Rumit, sukar diselesaikan - Mazlan

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad menyifatkan isu dakwaan bekas Olahragawati Kebangsaan yang masih tidak menerima ganjaran tunai anugerah yang mereka menangi sebagai rumit dan sukar untuk diselesaikan'.

Mazlan berkata, ini kerana perkara tersebut telah lama berlalu dan adalah sukar jika hendak menyemak semula fakta serta bukti.

"Ini isu 30, 40 tahun lalu, saya tidak pasti apakah jalan penyelesaian terbaik... cukup rumit kerana ia diungkit secara tiba-tiba," katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, jelas Mazlan, sebelum 1983, penganjuran Anugerah Sukan Negara belum lagi di bawah seliaan MSN, sebaliknya dikendalikan sebuah syarikat tembakau.

Ujarnya, konsep pembayaran ganjaran tunai ketika itu ialah syarikat berkenaan melakukan pembayaran hadiah kemenangan terus kepada persatuan sukan yang dinaungi seseorang atlet, sebelum ia diserahkan kepada pemenang.

"Pada pendapat saya, ada dua sebab mengapa ada segelintir mereka yang mengeluh tidak dapat hadiah wang kemenangan.

"Pertama, persatuan tidak melunaskan bayaran kemenangan kerana khuatir ia melanggar peraturan status amatur seseorang atlet.

"Bagaimanapun, setahu saya ada persatuan yang berbuat demikian secara tertutup.

"Keduanya, persatuan berkenaan memang sengaja 'lupa' tidak mahu bayar... mungkin, saya tidak pasti," jelasnya.

Kelmarin, Utusan Malaysia menyiarkan luahan seorang bekas Olahragawati Kebangsaan tahun 1960-an yang tidak mahu namanya disiarkan berhubung kegagalannya dan sebilangan besar para pemenang lain sehingga 80-an menerima imbuhan wang tunai RM5,000 setiap anugerah seperti yang dijanjikan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan meneliti dakwaan tersebut.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan bahawa Anugerah Sukan Negara hanya bermula pada 1981.

"Kita nak tahu apa janji-janji yang telah dibuat (untuk anugerah tersebut). Tahun 1961 itu lama, kita perlu membuka semula arkib dan sebagainya," katanya di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sasaran baru BAM pingat Olimpik beregu campuran

Posted:

Sasaran baru BAM pingat Olimpik beregu campuran

Sasaran baru BAM pingat Olimpik beregu campuran

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Persembahan beregu campuran, Chan Soon Peng (kiri) dan Goh Liu Ying semakin meningkat dan disandarkan harapan untuk meraih pingat pada Olimpik 2012.


KUALA LUMPUR -Ketika jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kekal sebagai sandaran untuk mencari pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik 2012, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memasang satu lagi sasaran - mencari gangsa daripada beregu campuran.

Peningkatan mendadak yang ditunjukkan pasangan muda, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying sejak beberapa tahun ini meningkatkan keyakinan bahawa acara tersebut mampu menyumbang pingat, dengan syarat ia dimantapkan lagi kurang 15 bulan menjelang temasya sukan di London.

Tindakan menyenaraikan Peng Soon-Liu Ying dalam program Road to London 2012 adalah keputusan yang tepat, dan pasangan itu mula menunjukkan kemajuan besar dengan menjadi beregu campuran Malaysia pertama merangkul gelaran Terbuka pada Terbuka Thailand 2009, diikuti muncul juara Asia 2010.

Malah minggu lalu, anak buah Jeremy Gan itu juga berjaya ke perlawanan akhir Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia dengan menewaskan pilihan pertama dari Thailand, Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam dan pilihan ketiga, Fran Kurniawan-Pia Zebadiah Bernadeth dari Indonesia dalam laluan ke final.

Bagaimanapun mereka terlepas untuk merangkul kejuaraan selepas memberi tentangan sengit kepada beregu berpengalaman Indonesia, Tantowi Ahmad-Liliyana Nasir 21-18, 15-21, 19-21 pada final.

GP Emas Terbuka Malaysia merupakan kejohanan pertama yang menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik dan kejayaan Peng Soon-Liu Ying ke final membuka laluan cerah buat pasangan itu untuk beraksi di London.

"Saya percaya sasaran untuk mereka sekarang bukan lagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik kerana Peng Soon dan Liu Ying hampir pasti layak dan kejayaan mara ke final Terbuka Malaysia banyak membantu.

"Mereka menunjukkan peningkatan besar dalam usia yang masih muda dan kalau mereka terus berusaha keras dalam tempoh 15 bulan menjelang temasya London, saya percaya adalah realistik untuk meletakkan sasaran pingat kepada mereka, ia bukan sesuatu yang mustahil,'' kata Setiausaha Agung BAM, Ng Chin Chai.

Malah, kata Chin Chai lagi, memandangkan hanya 16 pasangan dibenarkan beraksi dalam acara beregu campuran pada temasya yang akan berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos, 2012 peluang untuk pasangan muda itu memahat sejarah badminton tanah air juga sangat baik.

Ketika ini, Peng Soon-Liu Ying menghuni ranking ke-18 dunia, namun kedudukan tersebut mampu melonjak apabila ranking terbaru dikeluarkan esok ekoran kejayaan mereka melayakkan diri ke final GP Emas Terbuka Malaysia.

Selain Peng Soon-Liu Ying, Chin Chai percaya, beregu wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui juga hampir kembali ke prestasi sebenar selepas berehat panjang, dan turut berada pada landasan yang baik untuk beraksi di Sukan Olimpik 2012.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan