Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


'Kita miliki kekuatan'

Posted: 26 Jun 2011 11:30 AM PDT

AURA kebangkitan yang disuntik dalam skuad kebangsaan berikutan kejayaan menamatkan kemarau kejuaraan bertahun-tahun lamanya di peringkat Asia Tenggara membuatkan penyerang berbisa, Mohd Safee Sali mula yakin skuad kendalian Datuk K Rajagobal mempunyai ramuan terbaik untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2014.

Menurutnya, Malaysia, pasukan di ranking ke-143 dunia memiliki kemampuan untuk menundukkan dua lawan pusingan awal, Taiwan (160) dan Singapura (144) untuk memastikan tempat bersaing dalam peringkat kumpulan pusingan kelayakan itu.


"Secara realistik, saya yakin skuad kebangsaan boleh melepasi pusingan kedua dan bersaing dengan pasukan terbaik Asia. Mungkin selepas itu kita boleh buat kejutan kerana jika kita bermain dalam peringkat kumpulan, kita akan berusaha melakukan yang lebih baik.

"Saya harap skuad kebangsaan boleh melangkah sejauh yang boleh pada pusingan kelayakan ini," katanya yang mencipta nama selaku penjaring terbanyak ketika membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF Disember lalu buat kali pertama sejak 1996.


Safee tiba di ibu negara minggu lalu selepas menamatkan saingan musim dengan kelab Pelita Jaya FC di Indonesia untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.


Dia antara sandaran utama Rajagobal untuk merobek gawang Taiwan pada perlawanan pertama pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.

Jika Malaysia berjaya mengatasi Taiwan yang dibimbing Lo Chih-tsung selepas aksi timbal balik di gelanggang lawan Ahad ini, mereka bakal berdepan lawan yang sudah menanti, Singapura di pusingan kedua pada 23 dan 28 Julai bagi merebut tempat ke pusingan ketiga yang bakal membabitkan 20 pasukan.


Bagaimanapun, Safee sedar sifat terlalu yakin boleh memakan diri dan dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan pertama menentang Taiwan bagi memastikan skuad kebangsaan mendapat bekalan selesa apabila bertandang di tempat lawan.

"Skuad kali ini nampak mempunyai kekuatan di bahagian serangan ini kerana kita kena menang pada perlawanan pertama dengan Taiwan untuk mendapat bekalan selesa bagi perlawanan kedua.

"Saya harap kami dapat mengekalkan prestasi seperti ketika menewaskan Myanmar (2-0) sebelum ini," katanya.


Biarpun masih gagal meledak bersama skuad kebangsaan selepas Piala Suzuki AFF setakat ini, Safee tidak bimbang selagi dia mampu memberi sumbangan kepada kemenangan pasukan.


"Saya tak risau sama ada saya jaringkan gol atau tidak, asalkan pasukan menang. Tapi saya sebenarnya tetap yakin dengan diri sendiri, pada masa akan datang saya akan menjaringkan gol," katanya yang menjadi penjaring utama buat Pelita Jaya kembali bangkit dalam saingan selepas menduduki tangga tercorot Liga Super Indonesia.


Selain Safee, Rajagobal turut memiliki rangkaian penyerang terdiri daripada, Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Fakri Saarani, Shahrizal Saad dan Abdul Hadi Yahya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahali serik

Posted: 26 Jun 2011 11:27 AM PDT

KECEWA sekadar menjadi penonton pada perlawanan kelayakan Olimpik London 2012 Khamis lalu tidak mahu lagi diulangi pemain pertahanan kental, Mahali Jasuli yang berharap diberi peluang untuk bersama skuad kebangsaan mengharungi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.

Mahali, 22, terlepas peluang beraksi ketika skuad Olimpik negara menewaskan Lubnan 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua Olimpik kerana digantung satu perlawanan gara-gara dilayangkan kad kuning kedua pada aksi pertama di Beirut yang berkesudahan seri 0-0.


"Memang kecewa sebab tak dapat bermain dengan skuad Olimpik menentang Lubnan, tapi saya gembira kerana mereka berjaya membawa Malaysia ke pusingan ketiga.

"Walaupun sekarang saya tak cedera dan bebas daripada penggantungan perlawanan, itu tidak bermakna tempat saya dalam skuad senior sudah terjamin kerana ramai lagi pemain bagus. Saya perlu beraksi lebih baik untuk mendapat kepercayaan jurulatih," katanya.


Selain Mahali, empat lagi pemain skuad Olimpik iaitu kapten, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas dan K Gurusamy turut dipanggil jurulatih K Rajagobal dalam senarai 28 pemain.


Mahali yang beraksi di posisi pertahanan kanan antara tonggak skuad Harimau Malaya yang menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu.

Bagaimanapun kali ini, Mahali terpaksa bersaing dengan pemain Terengganu, Mohd Helmi Remeli yang dilihat begitu menyerlah ketika Malaysia menumpaskan Myanmar 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Kota Bharu Sabtu lalu.


"Saya harap dapat bantu skuad negara menentang Taiwan, sasaran kami mencari bekalan selesa sebelum ke tempat lawan," kata Mahali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan