Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Peluang di tangan kita'

Posted:

'Peluang di tangan kita'

'Peluang di tangan kita'

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.co.my


TEKUN... Kim Swee (tengah) memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan di Padang Astroturf Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil malam tadi.


"PELUANG kini di tangan kita sendiri. Keputusan seri di Beirut tidak akan bermakna jika kita tewas di laman sendiri dan gagal melayakkan diri ke pusingan ketiga."

Demikian pesan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee kepada anak-anak buahnya menjelang aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Skuad Olimpik negara telah mempamerkan prestasi yang boleh diberi pujian ketika mengikat Lebanon 0-0 pada aksi pertama di Beirut, Ahad lalu dan mereka selamat tiba di tanah air pagi semalam.

Menurut Kim Swee, tidak banyak perubahan atau latihan dapat dibuat dalam tempoh dua hari melainkan bagi memastikan kesemua pemain kembali cergas selepas mengharungi perjalanan jauh.

"Pemain jelas keletihan selepas mengharungi perjalanan selama 20 jam termasuk transit. Selain itu, perubahan waktu selama lima jam juga boleh memain peranan kepada kedua-dua pasukan.

"Untuk aksi kedua ini, kita tak boleh biarkan Lebanon mendapat gol awal kerana ia penting bagi format kelebihan gol di tempat lawan jika perlawanan berakhir dengan seri.

"Jadi kita kena kuasai bahagian tengah untuk mencatat kemenangan. Cuma pemain jangan terlalu ghairah dan gopoh. Pamerkan aksi berdisiplin," kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Anak-anak buah Kim Swee turun menjalani latihan ringan di Padang Astroturf Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil malam tadi dan akan mengadakan sesi latihan terakhir di Stadium Nasional hari ini.

Tambah Kim Swee, dia akan mengekalkan kesemua 21 pemain yang dibawa ke Lebanon sambil memantau kecederaan dialami dua pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Fandi Othman.

"Wan Zack cedera di bahagian dada manakala Fandi cedera di betis, tetapi saya jangka kecederaan mereka ini tidak serius," jelasnya.

Dalam pada itu, Kim Swee berharap penyokong tempatan dapat hadir beramai-ramai ke Stadium Nasional bagi menambahkan lagi semangat anak-anak buahnya.

"Di Beirut kami mendapat sokongan lebih 100 anggota Malbatt dan Malcon. Jadi harap ramai penyokong hadir memberi semangat di Stadium Nasional nanti," ujar Kim Swee.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Buru gol awal elak rasa tertekan - Khairul Fahmi

Posted:

Buru gol awal elak rasa tertekan - Khairul Fahmi

Buru gol awal elak rasa tertekan - Khairul Fahmi

SKUAD Olimpik negara perlu memburu gol awal bagi memastikan keadaan lebih selesa dan tidak tertekan ketika menentang Lebanon pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Kapten skuad Olimpik negara, Khairul Fahmi Che Mat mahu rakan-rakan sepasukannya segera bangkit mencari gol awal sekiranya mahu melayakkan diri ke pusingan ketiga.

"Kami sudah bersedia mengasak kubu lawan dan pertahankan gawang gol habis-habisan selepas seri tanpa jaringan dengan Lebanon di Beirut.

"Saya dan semua rakan sepasukan bertekad mahu memburu kejayaan menentang Lebanon di gelanggang sendiri nanti," katanya selepas tiba bersama skuad Olimpik negara dari Beirut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam.

Khairul Fahmi berkata, dia dan rakan-rakan sepasukannya berharap tidak akan menghampakan semua penyokong negara dan layak ke pusingan ketiga nanti merupakan hadiah kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Saya berharap semua peminat bola sepak tempatan akan membanjiri Stadium Nasional bagi memberi semangat serta sokongan kepada skuad negara," jelas penjaga gol Kelantan ini.

Skuad Olimpik negara mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 pada Mac lalu.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow, Rusia, tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gelanggang uji petinju muda

Posted:

Gelanggang uji petinju muda

Gelanggang uji petinju muda

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
sukan@kosmo.com.my


MOHD. ISA (kiri) bersalam dengan jurulatih dan petinju-petinju yang menyertai Kejohanan Tinju Piala Malaysia di Komples Rakan Muda Jempol malam kelmarin.


KEJOHANAN Tinju Piala Malaysia yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Jempol, Negeri Sembilan malam kelmarin merupakan platform bagi melahirkan petinju berbakat pada masa hadapan.

Presiden Persekutuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, menerusi kejohanan tersebut, PTAM boleh menilai keupayaan barisan petinju muda untuk diserapkan dalam skuad negara.

"Apa yang kita lakukan ini juga merupakan persediaan menghadapi temasya Sukan SEA di Indonesia pada 11 hingga 22 November depan.

"PTAM telahpun mengenal pasti seramai 16 petinju dan hanya lapan daripada mereka akan membawa cabaran negara pada temasya di Indonesia itu nanti," katanya.

Mohd. Isa berkata, setiap negeri wajar menghantar petinju terbaik masing-masing bagi menyertai kejohanan tersebut supaya teknik serta skil setiap petinju dapat dipertingkat.

"Saya melihat kejohanan ini adalah platform yang berkesan mencungkil bakat baru dan barisan pelapis. Latihan di luar negara pula bergantung kepada persetujuan Majlis Sukan Negara (MSN)," katanya.

Sementara itu, seorang petinju, Mohd. Azlin Abd. Aziz, 32, berkata, kejohanan sedemikian mampu memperbaiki skilnya.

"Saya gembira kerana dapat berhadapan petinju dari Kelantan dalam kejohanan ini.

"Biarpun telah lapan tahun bergiat dalam sukan tinju, ini merupakan kali pertama saya mewakili negeri ini dalam kejohanan peringkat kebangsaan ini," katanya yang beraksi dalam kategori 60 kilogram (kg).

Petinju Kuala Lumpur, Mohamad Saiful Bahari Rosdi, 22, berkata, sukan tinju memerlukan keberanian.

"Cedera adalah perkara biasa. Kita boleh mengelaknya jika tahu skil dan cara bertinju.

"Apa yang penting jangan ada perasaan dendam selepas selesai bertarung atas gelanggang. Ini sukan bukan bertinju seperti orang bergaduh," katanya.

Seorang lagi petinju, Mohamad Fairus Shah Safuddin, 21, memberitahu, generasi muda wajar menyertai tinju kerana ia dianggap antara sukan yang menitikberatkan aspek disiplin.

"Bakat muda diperlukan untuk mengembangkan sukan ini selain menjadikan Malaysia sebagai jagoan dalam sukan tinju di peringkat antarabangsa," jelasnya yang mewakili Johor.

Kejohanan Tinju Piala Malaysia mempertandingkan sembilan kategori iaitu 46kg, 49kg, 52kg, 56kg, 60kg, 64kg, 69kg, 75kg dan 81kg.

Kejohanan itu melibatkan 15 pasukan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bagaimanapun, Perlis tidak menghantar kontinjen pada kejohanan kali ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan