Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Harimau 'parah'

Posted: 13 Jul 2011 04:15 PM PDT

Sukan

 NORSHAHRUL Idlan Talaha (kiri) dikawal ketat pemain Arsenal,  Traoe dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

NORSHAHRUL Idlan Talaha (kiri) dikawal ketat pemain Arsenal, Traoe dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Arsenal peraga kelibat garang baham skuad negara 4-0

HARIMAU Malaya hilang taring, malam tadi buat memaksa anak didik Datuk K Rajagobal berundur dari Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan menggigit jari selepas dibaham Arsenal 4-0 dalam perlawanan Siri Jelajah EPL Asia 2011.

Empat gol daripada Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky di hadapan 53,000 penonton tidak banyak menceriakan penyokong tempatan yang harus membicarakan betapa tiga gol mudah hasil kelalaian barisan pertahanan menyentap cabaran tuan rumah yang akur betapa jauh jurang antara mereka dan bekas juara Inggeris itu. Skuad negara akan menentang Liverpool, Sabtu ini dan juara lima kali Eropah itu akan hadir dengan kemenangan 4-3 ke atas Guangdong Sunray Cave di China, malam tadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Arsenal 'bedil' Harimau Malaya

Posted: 13 Jul 2011 12:00 PM PDT

Sukan

Anak didik Rajagobal hilang arah kena belasah 4-0 di Bukit Jalil

BUKAN kemenangan yang dicari, tetapi tiga gol mudah hasil kelalaian barisan pertahanan mencemari permainan mantap barisan tengah dan jentera serangan negara pada perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan dan Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang gigih menyiapkan pasukan menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia bertemu Singapura pada 23 dan 28 Julai ini pasti mendapat pengajaran berharga hasil kekalahan 4-0 kepada kelab elit Inggeris itu. Gawang negara dibolosi seawal minit kelima menerusi sepakan penalti Aaron Ramsey selepas pengadil, Yussof Mat Karim menyalahkan terjahan kasar Aidil Zafuan Abdul Radzak ke atas Jack Wilshere dalam kotak penalti.

Faktor kepantasan dan fizikal yang lebih memihak skuad kendalian Arsene Wenger menyaksikan serangan negara mudah dipatahkan. Minit ke-25, gawang Arsenal hampir dibolosi kapten kebangsaan, Safiq Rahim yang mengambil sepakan percuma dari jarak 35 meter, tetapi sempat ditepis penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.

Ketika harapan lebih 53,000 penonton menyaksikan Malaysia menyamakan kedudukan semakin memuncak, Arsenal sebaliknya menambah jaringan menerusi Walcott yang berjaya melepasi barisan pertahanan pada minit ke-38, sebelum melambung bola menewaskan Nasril buat kali kedua malam tadi.

Pada babak kedua, Khairul Fahmi Che Mat masuk menggantikan Nasril, tetapi permainan licik penyerang Arsenal, Carlos Vela menyaksikan gol ketiga diraih pemain asal Mexico itu.
Pada masa tambahan, Arsenal terus menghukum kem kebangsaan kali ini Tomas Rosicky mudah menanduk masuk hantaran Robin van Persie untuk gol keempat pasukan.

Pujian harus diberi kepada barisan pemain negara yang bekerja keras cuba mengatasi kehebatan kelab gergasi Eropah itu dengan beberapa gerakan menarik dihasilkan sepanjang 90 minit permainan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan