Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Dua agenda

Posted: 24 Jul 2011 04:26 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]ADA dua agenda yang perlu ditangani segera Datuk K Rajagobal menjelang perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Safee tekad gegar lagi

Posted: 24 Jul 2011 04:23 PM PDT

Sukan

SAFEE meraikan gol pertama Harimau Malaya ke atas Singapura.

SAFEE meraikan gol pertama Harimau Malaya ke atas Singapura.

Peledak negara yakin Harimau Malaya mampu balas dendam

PENYERANG prolifik negara, Safee Sali mengakui perasaannya bercampur baur walaupun dua kali merobek gawang Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

"Saya gembira, tetapi pada masa sama sedih kerana dua jaringan saya itu masih gagal membantu skuad negara menewaskan lawan," kata penyerang Pelita Jaya itu.

Safee membuktikan ketajaman berterusan selepas merobek gawang Liverpool dua kali baru-baru ini dan malam kelmarin, sekali lagi menyumbat dua gol untuk Harimau Malaya. Dia menjaringkan gol pertama seawal permainan berusia 30 saat sebelum menambah satu lagi pada minit ke-70 manakala satu lagi gol negara dijaringkan penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-69.

Begitupun gol lawan yang dijaringkan penyerang sensasi berusia 41 tahun, Aleksander Duric pada minit kelapan dan 80, Qiu Li (m-21), Mustafic Fahruddin (m-44) dan Shi Jiayi (m-45) memaksa skuad bimbingan Datuk K Rajagobal pulang dengan defisit dua gol.

"Kegoyahan benteng sekali lagi terserlah malam ini (malam kelmarin), tetapi kita tidak harus menyalahkan pertahanan 100 peratus kerana mereka sudah bekerja keras untuk menahan serangan lawan," katanya.

Safee bagaimanapun yakin peluang skuad negara masih belum tertutup dan mampu membalas dendam kekalahan itu untuk memastikan impian besar melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia buat julung kali tercapai.
"Saya harap mampu meledak lagi dalam perlawanan kedua nanti," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

azmi

malaysia mampu bangkit..good luck malaysia

labartpsyco

Harap-harap Datuk Rajagobal panggil semula Hafiz Zamani Misbah untuk memperkuatkan jentera pertahanan Malaysia.

andry

terus dan teruskan safee n d k raja u are the terbaik sekarang jangan dengar komen ular luar

metal_lurgical19

ayuh buktikan kemampuan anda.,tak ada sebab untuk kita tak boleh malangkah ke peringkat seterusnya.,kami selalu ada untuk menyokong skuad Malaysia.,kami cintakan Malaysia.,MALAYSIA BOLEH

Sainah bt Daling

Salam 1 Malaysia, terlebih dahulu saya ucapkan tahniah buat Harimau Malaya kerana telah menunjukkan prestasi yang amat baik dan membanggakan khususnya untuk rakyat malaysia, saya amat teruja dengan pencapaian mereka yang sangat cemerlang, pandai mengatur serangan dan kawalan, saya juga berbangga dengan penjaga gol yang hebat dan mantap untuk mempertahankan pintu gol....syabas buat jurulatih.......Malaysia Boleh.. Tahniah buat Harimau Malaya.......

orangkecil

M'sia masih ada peluang utk ke peringkat seterusnya.. Main dgn semangat juang yg tinggi. M'sia boleh menang 3-0 d laman sendiri!

rudy

harimau malaya contoh.chelsea lawan malaysia 1-0.chelsea lawan thailand 4-0.kamu mesti bersatu kalau mahu ke piala dunia.didalam hati tanam semagat pasukanku kawanku sahabatku sampai mati.

AirRy

Tunggu la kat bukit Jalil nanti... Baru kau tauk Singa, langit itu tinggi ka rendah... Padang rumput Bukit Jalil cukup untuk mengalah org tua kau tu... Standard Duric?? Tong Sampah je ler. Kemon Safee Kemon Malaysia, Ayuh buktikan Harimau bergigi!!!! Yeaaaaaahhhhhhhhaaaaaaaaa


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan