Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Impian berkecai

Posted: 28 Jul 2011 03:54 PM PDT

SORAKAN awal lebih 85,000 penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi bertukar muram kerana realitinya Harimau Malaya berundur dengan nota pilu selepas tersingkir daripada meneruskan lagi kempen kelayakan Piala Dunia 2014.

Keputusan seri 1-1 jelas bukan apa diharapkan dalam perlawanan kedua, pusingan kedua buat menyaksikan lawan mereka, Singapura lega dapat layak ke pusingan ketiga dengan agregat kemenangan 6-4.

Ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal tidak dinafikan penuh hampa dan apabila diminta komen hanya dapat berkata: "Kita tidak kalah di sini (Bukit Jalil).

Skuad negara mendahului menerusi jaringan kapten, Safee Sali minit ke-57 sebelum Shi Jiayi muncul pemusnah impian besar Harimau Malaya, minit ke-71.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sesumpah

Salam... Kalah atau menang hak Allah.... Kenalah percaya pada takdir.. Tak perlu menghentam pemain... mereka pun manusia ada perasaan... Yang pasti... Terima kasih pada penyokong yang beri 110% sokongan pada Malaysia... Syabas... (harap pemain dan penyokong tak lalai tunai Maghrib dan Isyak semalam).. Moga, next time pemain ambil perhatian mengenai aurat.. Malaysia tanah tumpah darahku!

nora elena

harimau malaya jgn give up adat permainan ada klh ada yg meng..teruskn usaha..rakyat malaysia akn sentiasa menyokong anda semua..chayuk-chayuk...

Mohamad bin Abd. Hamid

Pemain Malaysia bermain agak bagus tetapi tak sebagus semasa Piala Suzuki AFF...kali ini kureng momentum nya mungkin Safiq Rahim dan Nor Shahrul(Mat Yo) tiada agaknya...Safee Sali dan Khairul Fahmi(Apek)bermain begitu cemerlang 'standard ' mereka mengatasi pemain2 lain...rata2 umur pemain2 Malaysia muda sekitar 20an, boleh maju lagi tetapi barisan pertahanan mesti mempertingkatkan permainan mereka agar tidak mudah bolos dan bahagian serangan dan tengah mesti ada 2 atau 3 orang 'back up' agar tidak terlampau mengharapkan Safee Sali, Nor Shahrul dan Safiq Rahim. Jurulatih K Rajagopal boleh cari pemain2 yang bersesuian tak kira pemain dah berusia sikit tapi berpengalaman serta juga pemain dari liga Perdana pun boleh di panggil untuk latihan.

Muka Buku

COME ON MALAYSIA... JGN PATAH SEMANGAT... TAK LEPAS SEKARANG PIALA DUNIA 2018 KITA PASTI LAYAK... KITA KALAH SEMALAM PUN ADA SEBAB, SEBAB KITA X CUKUP MANTAP... ADA PELUANG NI KITA MANTAPKAN LAGI PASUKAN KITA TERUTAMA BHGN PERTAHANAN..... MALAYSIA BOLEH!!!!!

neo

Anak sy pun sedih... Tp jgn putus asa.... Ade hikmah semua tu

muhd haikal

cuba lagi....

shah

Jgn berhenti menyokong malaysia..jgn berhenti berharap..Malaysia tanah tumpahnya darahku!!

LipasD

Tahniah buat Singapura. Namun syabas kepada Harimau Malaya, jangan berputus asa, pasukan ini sebenarnya masih muda, Datuk K.Rajagopal mensasarkan untuk layak dalam Piala Asia 2015, kejayaan bukan datang secara mendadak, untuk berjaya kita memerlukan kegagalan dan kesilapan. Masa depan bolasepak malaysia masih cerah. jangan cepat menunding jari kepada sesiapa.

alang khoma

menangis sungguh penyokong harimau malaya semalam...tapi semangat harimau akan terus membara

azzar

positif...belajar dr kesilapan dan kekurangan...walau kalah,kami berbangga sbb Harimau Malaya x mengalah...

M Roosli b Abdul Hamid

M'sia masih yg terbaik...teruskan

Muhammad Zulfadly

Assalamualaiqum...Syabas kepada pemain Malaysia walaupun tewas kd Singapura!.Kepada Pemain2 Malaysia jangan berputus asa..kalian tdk kalah disini,jadikan ini sebagai batu loncatan dlm memperbaiki mutu dan prestasi permainan anda semua...Saya sebenarnya berminat hendak menjadi pemain Malaysia dgn menyarung jersi nombor 10....pertahanan kita masih perlu di perbaiki lagi...seandainya Datuk K.Rajagopal berbesar dan berbaik hati saya ingin menyertai skuad Kebangsaan dlm perlawanan2 akan datang...Datuk K.Rajagopal boleh menguji tahap permaainan saya dan menolak saya sekiranya saya tidak mempamerkan aksi yang baik..saya boleh menjadi Pemain yang bermain dimana2 posisi dan saya lebih menyukai bermain sbagai Play-maker....saya mampu unuk membuat hantaran2 yang merbahaya dan biasa tetapi luar biasa...dan sya yakin saya mampu untuk membangkitkn glora dan semangat pemain yang mulai luntur semasa perlawanan di saat2 yg genting..saya tdk bercakap besar tetapi saya yakin dgn kebolehan yg saya ada...apapun Semuanya adalah pilihan anda semua....0198134621@0178157091....Sandakan,Sabah...

ellina

x pe apex pape pun harimau malaya the best... n apex penjaga gol yg terbaik

apak

Teruskan usaha...jgn patah semangat!!! HIDUP HARIMAU MALAYA!!!

lai_thekick

xpa,,skurang2nya pasukan negara tlah mncuba,,brlatih dgn lebih gigih dan kmbali dngan kmenangan.

Masri

Syabas Malaysia bermain dengan baik walaupun kalah...namun harapan peminat malaysia lebur tatkala singa membaham harimau yang goyah..diharapkan pemain malaysia mengambil iktibat dari apa yng terjadi agar pisang tak berbuah dua kali lagi..Teruskan jangan mengalah..semangat malaysia Boleh...

kita kalah secara terhormat...anak tempatan mempertahankan kedaulatan pasukan kebangsaan.

alnajibon

syabas harimau malaya..cuba lg nanti..j rajag0bal perlu cari perancang serangan seperti safiq rahim..

kodok larut malam

takpe apek jangan bersedih lain tahun cube lagi...skurang2 nye MALAYSIA menunjuk kn potensi yg cemerlang tuk ke piala dunia walau pn kecundang... MAJU LAH SUKAN TUK NEGARA...

zaki bin zakaria

sungguhpn kita gagal layak ke pusingan ketiga namun ini bknlh satu penamat tapi satu kebangkitan bola sepak kita dan dhrpkn dgn kegagalan ini akn menyemarakkan lg semangat mlysia utk bangkit dlm perlwnan2 akn dtg... jatuh dan bangun kami tetap menyokong HARIMAU MALAYA...

halimin ahmad bunian

bagi saya harimau malaya sudah berjuang habis-habisan. kita sepatutnya berbangga harimau malaya 100% anak tempatan berbanding singa.

ANANTHI.R

WELL, I MUST SAY SYABAS TO THE GOALKEEPER FOR HIS SUPER PLAYS. OUR SUPPORT TO HARIMAU MALAYA WILL ALWAYS THERE

orangkecil

Teruskan perjuangan!! Cuba lg d masa yg lain.. M'sia Boleh cuma Kalah taktik/strategi

Fazillah Mohamad

BG SY ADAT BERTANDING.. ADA KALAH ADE MNG LA.. JD KLH X SALAH PUN.. CUME KECEWA TTP ADE KRNA X DPT MELYKKAN DIRI KE PUSINGAN SETERUSNYE.. ANY WAY TAHNIA DI ATAS KECERMERLANGAN PEMAIN NEGARA SEJAK AKHIR2NI.. DAN JUGA TABIK SPRING BUAT 85000 PENYOKONG YANG DTG SEMALAM UNTUK MEMERIAHKAN STADIUM ..

melor

xpe,mutu permainan yang ditunjukkan oleh pemain negara semalam adalah yang terbaik....kemenangan tetap dihati kami

siti kebaya

geram tengok aksi penjaga gol singapura yang sengaja buat2 sakit..

yaacob

syabas harimau malaya yg menunjukan kesungguhan utk menang plawanan mlam td.Pertahanan sgat leka utk mengawal pemain spura d kws petak penalti

yazid

Khairul Fahmi sudah melaksanakan tugasnya dengan baik dan cemerlang..buat yang terbaik untuk Skuad Olimpik nanti. Selamat berjaya

ahlam

Ayuh pahlawan ku.... perjuangan belum berakhir.. Kita tidak perlu kecewa kerana tidak menang sebab kita seri saja.. kita seri pun sebab kita bermain dengan kawan2 senegara, tiada apa yang perlu dimalukan kerana kita cuma seri bukan kalah.. 1 Malaysia! esok masih ada... Harimau Malaya pasti BOLEH! oley! oley! oley!

kenari di kuantan

tahniah wat harimau malaya,biar pun kita kalah.malaysia ttp dihati,TANAH TUMPAHNYA DARAHKU...

Naz

Cuba lain kali, jgn pernah kenal erti putus asa.....

ayah mat

syabas dan tahniah harimau malaya...walau kalah anda telah berjuang bermati-matian...teruskan perjuangan

kimichepeng

Tahniah buat pasukan Malaysia. Kalah menang adat pertandingan. yang penting kita tidak kalah di Bukit Jalil. Tahniah

nordin mad isa

kalah tapi bermaruah. jika pasukan malaysia bermain mcm ini, peminat tidak akan marah. cuma taktikal dgn banyak melambung bola ke depan kurang berkesan. cuba tengok gol malaysia yg satu itu, terhasil dari gerakan.

ekas

tahniah skuad harimau malaya..KITA TIDAK KALAH D TANAH SENDIRI..

ADI ADLEE

sebenarnya cara permainan yang di pamerkan memang banyak peningkatan..dengan gerakan-gerakan yang menarik..cuma di stiap posisi selalu harapkan hanya seorang pemain sahaja...contoh bahagian tengah,jelas ketiadaan safiq rahim telah menjadikan bahagian tengah amat lemah pada perlawanan ini,ketiadaan aidil menyebabkan bahagian pertahanan terlalu longgar dan keseluruhan perlawanan ini banyak bergantung kepada safee sali dan khairul fahmi..tetapi perkara yang paling teruk dan menjejaskan rentak permainan pasukan negara ialah keadaan padang yang sangat-sangat teruk sehingga kawalan bola tidak kemas..harap FAM,MSN dan pihak Stadium Bukit Jalil dapat menggunakan padang yang lebih baik..tahniah pasukan malaysia kerana berjaya pamerkan aksi yang meyakinkan dan jika kualiti padang yang baik..corak permainan anda pasti lebih baik...love Harimau Malaya

fahmi

tahniah kepada semua pemain .. walau kita kalah hari ni jgn kita memusnah kan lagi harapan seterus nya ... kita perlu perbaiki kesilapan kita ..
bahagian pertahanan terutamanya nampak longlai, leka ... harus di pertingkat kan ..
tahniah kepada safie dan fahmi .. anda memang cemerlang dan konsisten dengan setiap perlawanan anda main ..
pepe pun tahniah kepada semua skuad harimau malaya ...

bella

tahniah! anda mberi permainan yg terbaik wlau pun bukan rezeki kita utk menang mlm tdi =)

Mohd Jafari

Kcwa bl tgk prthnn main. Tak ambil ikhtibar slps prlwnn dS'pura.Slalu biarkn phk lwn brada dkwsn M'sia tnpa kwln.Foward M'sia slalu bkumpul dpn kotak penalti S'Pura bla wat serangan,smpikan hntaran jauh d tlepas xda pmain M'sia yg sambut..

halim dri bayan lepas

tahniah pemain meleysia yg bermati yan bermain untuk melysia jgn kcewa menang kalah adat pertandingan

tkchan

skuad harimau malaya teruskan pejuangan anda jangan mengalah.

Tika Mas

kita belum kalah...

mnursyahiqa

Memang hampa tetapi yang pasti teruskan perjuangan untuk terus memartabatkan mutu sukan terutama bolasepak yang kembali mendapat sokongan peminat.Harap datuk K.Raja membuat kajian di bahagian pertahanan terutamanya.Sehingga kini saya tertanya kenapa untuk game yg penting sebegini ada lg masalah yg sama

Richard Rayim

tahniah utk harimau malaya,walaupun kalah tapi itu bukan berakhirnya impian kita,sebagai rakyat malaysia kita harus sentiasa memberi sokongan padu walau apa jua pun keputusannya.Kalah menang lunrah dalam perlawanan sukan.Tahniah sekali lagi buat semua pemain harimau malaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Blues bantah

Posted: 28 Jul 2011 03:52 PM PDT

Sukan

CHELSEA sudah membuat aduan secara rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas pemain tengah, Yossi Benayoun dicemuh penonton ketika perlawanan persahabatan pra-musim di negara majoriti Muslim itu.

Dalam perlawanan menentang Malaysia XI Khamis lalu, Benayoun menjadi pemain pertama Israel yang beraksi di negara yang menjadi penyokong setia rakyat Palestin dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Chelsea berkata ia adalah "pada mulanya tidak jelas dengan penderaan yang diterima Yossi". Tetapi kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam satu kenyataan di laman web berkata: 'Kami percaya Yossi menjadi subjek anti semitik oleh beberapa penyokong pada perlawanan itu."

Kenyataan itu menambah: "Kunjungan jelajah pra-msuim kami ke Malaysia amat positif tetapi ia dijejaskan oleh sekumpulan penyokong kecil yang akan menjadi memori pahit Chelsea ke sini." - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan