Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Buka babak baru

Posted: 30 Jul 2011 12:53 PM PDT

Sukan

Kim Swee mahu pastikan Harimau Muda mengaum dalam kelayakan Olimpik

LUPAKAN episod duka babak kegagalan dalam saingan kelayakan Piala Dunia dan buka babak baru ke arah kelayakan Sukan Olimpik 2012 pula.

Sekalipun tampak bukan mudah, ia juga bukan mustahil. Itu gambaran jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee mengenai sasarannya untuk meraih kemenangan daripada tiga perlawanan pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 di gelanggang keramat Stadium Nasional Bukit Jalil. "Pada peringkat kumpulan ini, kita berdepan gergasi Asia - Jepun, Bahrain dan Syria - dan untuk membuat kejutan ke atas pasukan sebegini, kami memerlukan sokongan segenap sudut," kata Kim Swee ketika dihubungi di Slovakia mengendalikan latihan 23 pemain skuad Olimpik.

"Saya faham peminat mahukan sesuatu daripada pasukan ini selepas kempen kelayakan Piala Dunia skuad kebangsaan tersekat, tetapi kita perlu realistik dengan sasaran diletakkan.

"Saya tidak mahu berangan-angan tinggi dengan meletak sasaran tidak rea­listik, tetapi apa yang boleh saya janjikan, tempoh persediaan panjang ini akan digunakan sebaiknya untuk memberikan persembahan terbaik apabila beraksi pada peringkat kumpulan nanti."

Skuad Olimpik negara - wakil tunggal Asia Tenggara beraksi di dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia merebut tempat ke London tahun depan - mara ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik buat pertama kali sejak 1984, selepas mengetepikan cabaran Pakistan dan Lubnan pada peringkat awal.
"Saya akan mengambil pendekatan sama seperti kita tewaskan Pakistan dan Lubnan," kata Kim Swee yang melihat anak buahnya merakam satu kemenangan pada siri perlawanan persahabatan di Slovakia apabila menewaskan kelab Divisyen 1, Moldova 1-0, hasil jaringan Wan Zack Haikal.

"Latihan sebulan di Slovakia ini bertujuan memperbaiki mutu permainan pasukan dan individu, selain memberi lebih banyak pendedahan antarabangsa kepada pemain.

"Penekanan saya lebih kepada disiplin di dalam permainan di mana setiap pemain perlu menjalankan tugas masing-masing dengan penuh komited. Sedikit kelalaian akan membawa padah. Saya harap selepas tamat sesi latihan di sini, mutu pasukan ini bertambah baik."

Kata Kim Swee, tujuh pemain skuad Olimpik yang bersama skuad kebangsaan kemungkinan menyertai kem latihan di Slovakia tetapi keputusan mengenainya hanya ditentukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Chelsea terima maaf FAM

Posted: 30 Jul 2011 12:43 PM PDT

Sukan

BENAYOUN (kanan) berebut bola dengan   Mohd Fandi Othman (tengah) dalam perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia 2011 Chelsea, baru-baru ini.

BENAYOUN (kanan) berebut bola dengan Mohd Fandi Othman (tengah) dalam perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia 2011 Chelsea, baru-baru ini.

Isu ejekan berbaur anti Semitik terhadap Benayoun

HONG KONG: Chelsea menerima permohonan maaf daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung ejekan berbaur anti Semitik terhadap pemain tengah berbangsa Israel, Yossi Benayoun dalam perlawanan pra musim di Kuala Lumpur, dua minggu lalu.

Kelab London itu mengemukakan bantahan rasmi selepas Benayoun diejek ketika perlawanan jelajah Asia Chelsea pada 21 Julai lalu. Chelsea pada awalnya cuba meredakan insiden itu tetapi terus mengemukakan bantahan selepas menilai semula perlawanan itu. Kini kelab itu yang turut bermain di Bangkok dan Hong Kong tanpa sebarang insiden, sudah melupakan perkara itu.

"Kami hargai perhatian serta-merta FAM terhadap bantahan kami," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

"Kelab Bola Sepak Chelsea komited untuk menghapuskan semua bentuk perlakuan diskriminasi dalam sukan ini, dan meminta FAM mengambil langkah sewajarnya untuk membanteras perlakuan seperti ini di masa akan datang.

"Kelab dan Yossi menerima permohonan maaf, dan perkara ini kini ditutup." – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan