Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Safee tak beraksi lawan Arsenal

Posted:

Safee tak beraksi lawan Arsenal

Safee tak beraksi lawan Arsenal

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my



DEMI membantu Malaysia melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014, penyerang berbisa, Safee Sali terpaksa melupakan hajat beraksi menentang Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini.

Safee, 27, masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring tendon di bahagian belakang lutut yang dialaminya ketika aksi pertama pusingan pertama menentang Taiwan pada 29 Jun lalu.

Menurut Safee, dia berharap kecederaannya itu dapat pulih dengan lebih cepat bagi membolehkannya turun beraksi ketika skuad kebangsaan bertemu pula Liverpool, Sabtu ini.

Namun fokus utamanya tetap untuk dapat tampil dengan aksi terbaik ketika skuad kebangsaan bertemu Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai depan.

"Buat masa ini, saya baru pulih 70 peratus dan memang kemungkinan besar tidak dapat beraksi untuk perlawanan menentang Arsenal pada Rabu ini.

"Memang rasa kecewa tidak dapat berdepan pemain-pemain Arsenal, tetapi perlawanan yang lebih penting bagi skuad kebangsaan ialah bertemu Singapura.

"Saya tidak mahu kecederaan ini bertambah teruk semula kerana mahu betul-betul cergas menjelang pertemuan dengan Singapura," kata Safee ketika ditemui Kosmo! semalam.

Dengan ketiadaan Safee, jentera serangan skuad kebangsaan untuk membolosi gawang Arsenal yang dikawal Wojciech Szczesny bakal diketuai Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Hadi Yahaya.

Bagaimanapun, Safee tetap menyimpan hasrat untuk turun beraksi menentang Liverpool yang merupakan musuh tradisi pasukan kegemarannya, Manchester United.

"Mana tahu jika kecederaan saya ini pulih dengan lebih cepat, saya dapat berpeluang turun beraksi menentang Liverpool pada Sabtu ini.

"Sebelum ini pun saya hanya sekali bertemu kelab England iaitu Chelsea pada 2008 dan memang peluang keemasan seperti ini kalau boleh tidak dilepaskan," ujar pemain kelab Pelita Jaya itu.

Dalam pada itu, skuad Arsenal tiba di ibu negara pada hari ini tanpa kelibat kapten, Cesc Fabregas yang masih cedera serta penyerang Lille, Gervinho yang belum melengkapkan perpindahannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siddikur bawa pulang RM78,750

Posted:

Siddikur bawa pulang RM78,750

Siddikur bawa pulang RM78,750


SIDDIKUR tampil cemerlang pada hari terakhir Kejohanan Golf Jemputan Masters Negeri Sembilan 2011 di SIGC semalam.


CUACA mendung membawa tuah kepada bintang golf dari Bangladesh, Siddikur Rahman apabila muncul juara edisi ketujuh Kejohanan Golf Jemputan Masters Negeri Sembilan 2011 yang berakhir di Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) semalam.

Dua eagle di lubang 11 dan 18 disempurnakan oleh Siddikur terus melenyapkan dua pemain handalan negara, Airil Rizman Zahari, Danny Chia serta Antonio Lascuna dari Filipina yang ketika itu turut berusaha memburu gelaran juara.

Begitupun, harapan ketiga-tiga pemain berkenaan terus lenyap sejurus sahaja Siddikur melakukan pukulan sungkit dari jarak 15 meter di lubang terakhir yang terus masuk ke lubang untuk menghasilkan eagle kedua.

Catatan tujuh bawah par 65 dan keseluruhan mengumpul 17 bawah par 271, membolehkan juara Terbuka Brunei 2010 ini meraih hadiah wang tunai RM78,750 (AS$18,000) selaku juara dengan kelebihan empat pukulan.

Lebih menarik, Siddikur tidak melakukan sebarang bogey sambil membenam lima birdie di lubang satu, tiga, empat, sembilan dan 14.

"Eagle di lubang terakhir cukup menarik dan saya tidak menjangkakan pukulan sungkit dari jarak 15 meter Par 5 itu terus masuk ke lubang.

"Kemenangan ini amat menggembirakan setelah tiga kali saya beraksi di sini hanya tahun ini saya berjaya muncul juara," kata Siddikur.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu, kekecewaan peminat tempatan terubat apabila pemain negara, Danny Chia mencatat dua bawah par 70 untuk mengumpul 13 bawah par 275 bagi membolehkan dia muncul naib juara.

"Saya tidak bermain dengan corak permainan sebenar tetapi masih berupaya melakukan catatan bawah par. Cuma saya tidak mampu menyaingi kehebatan Siddikur," kata Danny.

Bintang utama negara itu membenam enam birdie di lubang dua, lapan, 11, 16 dan 18 serta dua bogey di lubang sembilan dan 17.

Selaku naib juara, Chia membawa pulang hadiah wang tunai RM54,000 (AS$18,000).

Dua lagi pemain negara, Mohd. Rashid Ismail dan Shaaban Hussin masing-masing terikat di tempat ketiga dengan catatan 12 bawah par 276 pukulan.

Kedua-dua pemain tersebut berkongsi hadiah wang tunai RM30,250 (AS$9,125).

Bagaimanapun, agak malang buat pendahulu hari ketiga, Airil Rizman apabila sekadar melakukan 74 pukulan untuk keseluruhan membuat 11 bawah par 277 - berkongsi tempat kelima bersama-sama Udorn Duangdecha dan Attaphon Prathummanee dari Thailand.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UiTM pertahan status

Posted:

UiTM pertahan status

UiTM pertahan status

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


SKUAD UiTM dinobatkan selaku juara Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011 di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.


UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) berjaya mempertahankan kejuaraan setelah menewaskan Kolej Komuniti Kedah menerusi sepakan penalti 5-4 pada aksi final kejohanan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011 di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.

Perlawanan penuh dramatik itu berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada 90 minit masa sebenar disusuli 30 minit masa tambahan.

Pada penentuan sepakan penalti, kedua-dua pasukan terpaksa mengambil sehingga tujuh sepakan.

Sepakan pertama UiTM menerusi Hidayat Kamaruddin terkena palang manakala sepakan keenam oleh Amiridzwan Taj diselamatkan penjaga gol KK Kedah, Muhaimin Mohamad.

Manakala sepakan keempat dan keenam KK Kedah oleh Muammar Nur Halim dan Ahmad Haziq Puad diselamatkan penjaga gol UiTM, Hazim Md. Isa disusuli sepakan ketujuh oleh Nizat Salleh yang melambung tinggi.

Jurulatih UiTM, Omar Ali menyifatkan ia sebagai aksi final terbaik bagi saingan liga peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dengan aksi penuh mendebarkan serta meriah dengan sorakan kira-kira 2,000 penonton.

"Saya tetap berpuas hati walaupun kita terpaksa menghadapi sepakan penalti untuk muncul juara. Peluang kita cukup banyak sepanjang 120 minit perlawanan.

"KK Kedah mungkin bernasib baik kerana gawang mereka tidak dibolosi pada masa permainan, tetapi kami lebih bernasib baik pada sepakan penalti. Memang kami berhak untuk menang," kata Omar ketika ditemui selepas perlawanan.

Sementara itu, jurulatih KK Kedah, Mohamad Ramlee terpaksa akur dengan kekalahan tersebut sambil memuji komitmen yang telah ditunjukkan para pemainnya.

"Kita sudah beri 100 peratus sepanjang 120 minit permainan dan membuktikan kita mampu beri saingan kepada pasukan sehebat UiTM.

"Apabila tewas pada penentuan sepakan penalti, ia lebih kepada nasib," ujar Mohamad.

Penjaga gol KK Kedah, Muhaimin diumumkan sebagai pemain terbaik final manakala penyerang UiTM, Razren Jesni dinobat sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Terdahulu pada sebelah petang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menewaskan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) 3-2 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Trofi dan hadiah kepada para pemenang telah disampaikan sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan