Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kita perlu dua gol tanpa dibolos

Posted:

Kita perlu dua gol tanpa dibolos

Kita perlu dua gol tanpa dibolos


KELEMAHAN jentera pertahanan menjadi punca kekalahan 3-5 Harimau Malaya kepada
Singapura, Sabtu lalu.


PERTAMANYA, perlu menang 2-0. Yang keduanya, benteng pertahanan harus diperkemaskan. Jika kedua-duanya dapat disempurnakan dengan baik, Harimau Malaya akan menjejak kaki ke pusingan ketiga Kelaya- kan Piala Dunia 2014. Pastinya kejayaan tersebut terpahat menjadi satu sejarah baharu dalam bola sepak negara.

Misi untuk mendapatkan dua gol mungkin bukan tugas berat buat anak-anak didik Datuk K. Rajagobal itu tetapi yang dilihat agak membimbangkan adalah benteng pertahanan. Ia boleh dikatakan agak rapuh dan dalam beberapa perla- wanan kebelakangan ini, mereka terlalu mudah dibolosi. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bahagian pertahanan merupakan posisi paling lemah dalam skuad Harimau Malaya. Rajagobal sendiri pun tidak mengetahui puncanya. Pemain yang diberi peranan mengawal jentera pertahanan bukannya kurang pengalaman. Mereka ada kualiti.

Mereka ada keyakinan dan mereka juga memiliki semangat juang yang tinggi. Tetapi macam ada yang tidak kena, khususnya pada aksi menentang Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua di Stadium Jalan Besar, Si- ngapura, Sabtu lalu. Macam-macam andaian dibuat terhadap kelemahan itu, namun yang jelas, watak utama di jentera pertahanan itu agak hilang fokus. Puncanya adalah kelemahan mental.

Ia memang biasa berlaku khususnya kepada pemain muda yang belum cukup ilmu di pentas antarabangsa. Keghairahan untuk meraih kemenangan juga boleh menjadi faktor menjejaskan mental mereka dan akibatnya, fokus terhadap permainan hilang. Bila ia berlaku, mereka akan mudah hilang arah seperti yang berlaku pada aksi menentang Singapura, Sabtu lalu. Selepas Malaysia berjaya merapatkan jurang kepada 3-4 setelah ketinggalan 1-4 pada sepa- ruh masa pertama, keadaan menjadi semakin rancak.

Keghairahan mengatasi segala-galanya sehingga barisan pertahanan mula hilang fokus dan arah ketika kembali diasak pemain Singapura. Sepatutnya, pertahanan negara terus mengekalkan sikap tenang untuk mengawal keadaan tetapi sebaliknya yang berlaku. Gol-gol yang dijaringkan oleh pemain Singapura pula terlalu muda. Kadang-kadang prestasi penjaga gol juga boleh menjejaskan semangat barisan pertahanan. Tiga gol mudah pada aksi me- nentang Singapura yang gagal diselamatkan oleh Sharbinee Allawee juga boleh menjadi punca melunturkan semangat.

Apa pun, yang cukup jelas ialah jentera pertahanan memang terlalu longgar dan ia harus diperkemaskan segera dalam usaha untuk mencapai misi mencari kemenangan 2-0 di Bukit Jalil, Khamis ini. Perlu diingat, barisan pemain Singapura tidaklah sehebat mana tetapi kelebihan yang ada pada mereka ialah bijak menyambar peluang. Pantang ada peluang, pasti dirembat ke gawang lawan, dan pemain Harimau Malaya perlu mengawasinya dengan bijak. Kalau tiga gol berjaya diledak di Kota Singa, Bukit Jalil bakal menyaksikan rentak yang lebih garang daripada Harimau Malaya.

Tiada yang mustahil, lagipun jentera serangan skuad bimbi- ngan Rajagobal itu dilihat agak konsisten menggegar gawang lawan. Ketiadaan Safiq Rahim pada aksi kedua ini selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan Sabtu lalu, mungkin agak menjejaskan perancangan yang bakal digunakan oleh Rajagobal. Tetapi berdasarkan aksi pada separuh masa kedua di Stadium Jalan Besar itu, Amirulhadi Zainal mampu menggalas watak yang dimainkan oleh Safiq. Cuma yang perlu diperkemaskan adalah jentera pertahanan yang memang sangat membimbangkan. Apa pun yang akan berlaku, Harimau Malaya perlu menang tanpa dibolosi lawan. - Editor Sukan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pafa tolak hasrat Khairul Azwan letak jawatan

Posted:

Pafa tolak hasrat Khairul Azwan letak jawatan

Pafa tolak hasrat Khairul Azwan letak jawatan

PERGURUSAN Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) menolak peletakan jawatan pengurus pasukan Perak, Khairul Azwan Harun pada 7 Julai lepas. Presiden Pafa, Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata, dengan keputusan itu, pengurusan Pafa meminta Khairul Azwan meneruskan tugasnya bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang dijadual bermula 9 September depan. "Pafa tidak merasakan beliau gagal walaupun skuad Seladang gagal berada dalam kelompok lima pasukan terbaik Liga Super.

"Sebenarnya Perak telah bangkit daripada antara pasukan tercorot musim lalu kepada kedudukan yang lebih baik musim ini," katanya di Ipoh semalam. "Oleh yang demikian, Pafa meminta Khairul Azwan meneruskan tugas seperti biasa kerana keseluruhan pasukan dan peminat bola sepak negeri memerlukan usaha, tenaga dan komitmen beliau." Khairul Azwan yang mengurus skuad Seladang sejak November 2010, mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pengurus pasukan selepas Perak menduduki tangga keenam Liga Super. Ini bagi memenuhi janjinya berbuat demikian jika Perak gagal menempatkan diri dalam kelompok lima pasukan teratas dalam saingan liga itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Aidil kembali terajui benteng Malaysia

Posted:

Aidil kembali terajui benteng Malaysia

Aidil kembali terajui benteng Malaysia

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

BENTENG pertahanan skuad kebangsaan dijangka kembali kukuh apabila Aidil Zafuan Radzak bakal diturunkan pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada Khamis ini setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali. Berdasarkan sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam, Aidil, 24, berkemungkinan besar bakal bergandingan dengan Fadhli Shas di posisi pertahanan tengah.

Menurut Aidil, apa yang kurang pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu, barisan pertaha- nan negara agak kelam-kabut ketika menerima asakan Singapura sehingga akhirnya bolos sebanyak lima gol.

"Memang dalam situasi sekarang apabila barisan pertahanan dibolosi banyak gol dalam beberapa perlawa- nan terakhir, ia satu tugas berat untuk kami kembali pada keadaan sebenar. "Cuma sebagai pemain yang memerhatikan perlawanan Sabtu lalu dari tempat duduk penonton, saya boleh beritahu apa sepatutnya kami perlu lakukan.

"Kita sebenarnya perlu beraksi dengan lebih tenang dan jangan kelam- kabut," kata Aidil ketika ditemui sele- pas sesi latihan petang semalam. Aidil yang bakal kembali mengambil alih tugas sebagai kapten pada aksi Khamis ini turut menyatakan bahawa tiada kelebihan sebenarnya dimiliki oleh skuad Singapura. "Tiada istimewa pun skuad mereka. Kalau ikutkan, kita main lebih laju. Cuma kita sendiri yang tunjuk kelemahan kita kepada mereka. Jadi kita perlu bermain dengan corak permainan sebenar. "Tentang Aleksandar Duric, memang kelebihan dia pada fizikal dan pergerakan tubuh tetapi saya sudah banyak kali berdepan dengannya dan tahu menjaganya," tegas Aidil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan