Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Sporting' sikit!

Posted: 21 Aug 2011 04:44 PM PDT

Sukan

LONDON: Andre Villas-Boas (kiri) merayu penyokong setia Chelsea supaya lebih bertolak ansur dengan pemain dalam usaha mereka merampas semula kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester United.

Pengendali Blues yang berharap usaha membawa masuk penyerang Valencia, Juan Mata dapat disempurnakan secepat mungkin, mengecap kemenangan kompetitif pertama kelmarin apabila Chelsea bangkit sebelum menewaskan West Bromwich Albion 2-1 di Stamford Bridge.

West Brom mendahului babak pertama hasil jaringan Shane Leong dan sebahagian besar penyokong mula melaungkan "boo" kepada pemain Chelsea ketika rehat. Chelsea kemudian bangkit dengan dua gol menerusi Nicolas Anelka dan pemain gantian, Florent Malouda untuk kemenangan yang melonjak mereka ke tangga ketiga liga, empat mata daripada dua perlawanan.

Villas-Boas tampil meminta penyokong lebih "sporting" pada masa depan.

"Untuk mengharungi musim mencabar EPL, kami memerlukan sokongan," katanya. "Penyokong harus lebih "sporting" jika mahu melihat pasukan ini menjadi juara lagi," katanya.- AFP


'Saya tidak akan tinggalkan Arsenal'

Posted: 21 Aug 2011 04:43 PM PDT

Sukan

Wenger tidak tertekan, anggap kekalahan belum mencetuskan rasa panik

LONDON: Selepas Arsenal dimalukan Liverpool 2-0 di laman sendiri kelmarin, pengendalinya Arsene Wenger tampil menegaskan dia tidak berasa sebarang tekanan tambahan dan tidak akan sesekali meninggalkan kelab berkenaan.

Wenger mula dikritik selepas kegagalannya membawa masuk pemain sepanjang jendela perpindahan, dan bekas naib pengerusi Arsenal, David Dein memberi amaran minggu lalu yang rakan baiknya itu (Wenger) mungkin ditunjuk pintu keluar Stadium Emirates.

Namun Wenger yang agak kecewa tewas dengan dua gol lewat permainan selepas Emmanuel Frimpong dibuang padang, menafikan sebarang kemungkinan dia akan meninggalkan kelab itu. "Saya tidak akan berganjak dari sini," kata Wenger. "Saya akan terus memberikan usaha terbaik kepada kelab ini.

Kita masih di permulaan musim dan memang mengecewakan apabila kalah. Tetapi belum ada gempa bumi (untuk saya panik).

"Kita berada dalam persekitaran di mana setiap kekalahan dianggap sebagai sesuatu yang memalukan. Saya sentiasa merasai tekanannya, tetapi ia tidak lebih daripada biasa. Cuma saya setuju keputusan itu (buang padang) agak keras."

Wenger tetap menurunkan Samir Nasri dalam kesebelasan utama walaupun ada laporan mengatakan pemain tengah Perancis itu hanya beberapa hari daripada menyempurnakan perpindahannya ke Manchester City.
Laporan dari Perancis mengatakan rundingan terhenti sementara kelmarin, walaupun Wenger menegaskan dia tidak tahu menahu mengenai status rundingan berkenaan.

"Saya sudah cuba untuk mengekalkan Samir Nasri dan saya tidak pernah berubah fikiran," kata Wenger. "Dia sukakan kelab ini. Kami mungkin perlu menjualnya juga tetapi buat masa ini, dia gembira." - AFP


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan