Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Barca gergasi Eropah

Posted:

Barca gergasi Eropah

Barca gergasi Eropah

MONACO – Barcelona terus mengukuhkan reputasi mereka sebagai kelab gergasi Eropah.

Semalam, kelab dari Sepanyol itu menjulang gelaran pertama pada musim baharu ini selepas bergelar juara Piala Super.

Ia diraih menerusi kemenangan 2-0 ke atas Porto pada aksi pembuka tirai kejuaraan Eropah.

Piala Super menemukan dua kelab Eropah membabitkan juara Liga Juara-Juara serta juara Liga Europa.

Barcelona memegang status sebagai juara Liga Juara-Juara musim lepas, manakala Porto dari Portugal merupakan juara Liga Europa.

Pada aksi pembuka tirai saingan Eropah semalam, pemain baharu Barca, Cesc Fabregas menikmati saat paling indah apabila tampil sebagai penjaring gol pada perlawanan tersebut dan ia merupakan jaringan pertamanya dalam kejohanan berprestij bersama kelab baharunya itu sejak berpindah dari Arsenal awal bulan ini.

Fabregas menemui penyudah hanya dua minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Lionel Messi meletakkan Barca di depan pada minit ke-39 untuk membantu kelab gergasi Sepanyol itu menambah koleksi kejuaraan Piala Super Eropah selepas mereka turut memenangi Piala Super Sepanyol minggu lepas. – AFP

Wang bukan segala-galanya - Nasri

Posted:

Wang bukan segala-galanya - Nasri

Wang bukan segala-galanya - Nasri


NASRI menafikan perpindahannya ke City adalah disebabkan faktor kewangan.


LONDON - Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Red- knapp menjelaskan bahawa penghijrahan pemain sayap Arsenal, Samir Nasri ke Manchester City semata-mata kerana wang.

Pemain baharu City itu menegaskan baru-baru ini bahawa dia menyertai skuad kendalian Roberto Mancini bukan disebabkan faktor wang, namun Redknapp tidak mempercayai alasan tersebut.

Pemain antarabangsa Perancis itu dikatakan menerima gaji £175,000 (RM853,981) seminggu sebaik melengkapkan perpindahannya ke Eastland dengan nilai perpindahan £24 juta (RM117 juta).

Pemain yang berusia 24 tahun itu naik angin selepas dia dilabel sebagai mementingkan wang berbanding trofi.

Nasri menolak dakwaan itu sambil berkata: "Wang bukan faktor yang sebenarnya. Saya tidak boleh menghalang pemikiran orang lain (berfikir tentang saya).

"Saya tahu pilihan saya. Semuanya kerana bola sepak dan kita akan menyaksikan pasukan kami bakal mengecapi kejayaan musim ini.

"Semua orang yang menuduh saya lebih mementingkan wang daripada trofi sebenarnya silap."

Namun bagi pengurus Spurs, Redknapp yang bakal bertemu dengan City hari ini mengejek kenyataan Nasri itu.

Katanya: "Saya langsung tidak percaya (dengan alasan Nasri). Dia boleh berhijrah ke Manchester United (jika inginkan kejuaraan) dan dia sendiri mendedahkan mahu beraksi bersama United berdasarkan apa yang saya dengar selama ini.

"Namun City mengemukakan tawaran wang lebih lumayan dan tanpa ragu-ragu, dia memilih City. City hanya kelab mewah bukan kelab besar. United merupakan kelab England yang besar, malah mereka (City) tidak mempu- nyai tradisi itu seperti Arse- nal, Liverpool dan United.

"City berkuasa kerana mampu membayar gaji seba- gaimana yang dituntut oleh pemain," ujarnya.

- Agensi

Fergie tetap hormati Arsenal

Posted:

Fergie tetap hormati Arsenal

Fergie tetap hormati Arsenal

MANCHESTER – Alex Ferguson (gambar) menjelaskan bahawa Manchester United masih perlu berwaspada dengan ancaman Arsenal apabila kedua-dua kelab itu bertembung dalam aksi Liga Perdana England malam ini.

Juara bertahan itu telah memulakan saingan musim ini dengan bergaya apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut, manakala kelab pencabar lain pula hanya mampu mengutip satu mata.

United bakal memiliki kelebihan lapan mata selepas pertemuan di Old Trafford itu, namun Ferguson tidak mahu memandang mudah pertemuan tersebut.

Beliau sedar Arsenal dan pengurusnya, Arsene Wenger masih terluka di atas premulaan hambar mereka musim ini dan penjualan kapten Cesc Fabregas dan Samir Nasri memburukkan lagi keadaan mereka.

Begitupun, kemenangan 2-1 ke atas Udinese berjaya membawa The Gunners kembali ke saingan Liga Juara-Juara, sekali gus menyuntik semangat juang pemain mereka.

"Mereka telah menutup semula mulut pengkritik mereka Rabu lalu. Pasukannya (Wenger) bermain dengan baik. Mereka berjaya mencatat kemenangan tatkala ramai orang mahu melihat mereka gagal.

"Saya tahu mereka mampu memenanginya. Pertemuan Ahad ini (hari ini) juga bakal menjadi titik tolak kepada kebangkitan mereka.

"Mereka akan cuba pastikan mereka menang sekali lagi tetapi kami juga dalam keadaan terbaik dan tidak sabar lagi turun beraksi dalam perlawa- nan ini.

"Pertemuan United-Arsenal selalunya sengit dan penting dari segi saingan pada baki musim ini. Ia satu perlawanan yang kamu amat nanti-nantikan."

Kehadiran semula Rio Ferdinand, Antonio Valencia, Javier Hernandez dan Darren Fletcher yang kembali cergas telah memberi banyak pilihan kepada Ferguson.

"Kami dalam keadaaan terbaik ketika ini dengan beberapa pemain sudah kembali cergas," kata Ferguson.

"Darren Fletcher telah beraksi satu perlawanan yang mana ia dalam satu berita bagus. Rio dan Valencia juga kembali menjalani latihan." – AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan