Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Gelombang 8'

Posted: 09 Oct 2011 01:01 PM PDT

JURULATIH The Red Warriors, M Karathu sedang memberi arahan kepada pemain semasa latihan persiapan suku akhir pertama.

JURULATIH The Red Warriors, M Karathu sedang memberi arahan kepada pemain semasa latihan persiapan suku akhir pertama.

DEBARAN dan kehangatan Piala Malaysia memasuki saingan suku akhir, malam ini dengan lapan pasukan termasuk dua pasukan berstatus kelab akan berentap dalam perlawanan timbal balik selama 180 minit bagi memburu tiket ke separuh akhir.

KLHC juara liga hoki

Posted: 09 Oct 2011 12:54 PM PDT

Sukan

PEMAIN KLHC meraikan kejayaan  menjuarai  Liga hoki TNB  menumpaskan Sapura 5-1 di Stadium Bukit Jalil, semalam.

PEMAIN KLHC meraikan kejayaan menjuarai Liga hoki TNB menumpaskan Sapura 5-1 di Stadium Bukit Jalil, semalam.

Anak didik Koshy pasang impian gelaran hatrik

SELEPAS menjulang Piala Sumbangsih, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), semalam mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Liga Hoki Malaysia TNB 2011 dengan rekod bersih memenangi semua perlawanan.

Juara berganda musim lalu itu menamatkan perlawanan kelapan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam membelasah Sapura 5-1 untuk membawa pulang hadiah RM60,000. Kemenangan dalam semua perlawanan liga membantu KLHC menyamai rekod YNS yang berjaya memenangi semua perlawanan dalam pusingan kelayakan musim 1996.
"Kami sudah mencapai dua sasaran (Piala Sumbangsih dan menjuarai liga) namun sekarang bukan masa untuk leka bagi melengkapkan kejuaraan merangkul piala keseluruhan pula," kata Pengurus KLHC, George Koshy, semalam.

Gol KLHC adalah sumbangan Mohd Fitri Saari pada minit ke-27, Muhammad Razie Abd Rahim (m-41), Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil (m-45), Ismail Abu (minit ke-61) dan Muhammad Amerullah Abd Aziz (m-65). Jaringan tunggal Sapura dihasilkan S Kuhan pada minit ke-57.

KLHC bersama enam lagi pasukan terbaik Liga Perdana - Sapura, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank, Yayasan Negeri Sembilan (YNS), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Nur Insafi serta Sekolah Sukan Sultan Tuanku Mahkota Ismail (SSTMI) yang menjuarai divisyen 1 akan berentap dalam pusingan suku akhir mulai Rabu ini bagi perebutan Piala TNB selaku juara keseluruhan.
KEPUTUSAN

  • YNS 0 UiTM 0
  • Maybank 7 Nur Insafi 4
  • UniKL 4 ATM 2
  • KLHC 5 Sapura 1
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan