Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Negeri Sembilan benam T-Team

Posted: 18 Oct 2011 08:31 AM PDT

Sukan

TANDUKAN Indra Putra (dua dari kanan) menewaskan penjaga gol NS Mohd Farizal Marlias di Kuala Terengganu, malam tadi.

TANDUKAN Indra Putra (dua dari kanan) menewaskan penjaga gol NS Mohd Farizal Marlias di Kuala Terengganu, malam tadi.

BEKAL selesa dikutip Negeri Sembilan ketika bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi apabila menundukkan T-Team, 4-2 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia.

Pasukan kendalian Azraai Khor Abdullah mendahului tiga kali pada babak pertama tetapi anak buah Yunus Alif bingkas menyamakan kedudukan sebelum Negeri Sembilan yang turun dengan status naib juara, melebarkan jurang pada awal babak kedua.

Pelawat membuka jaringan seawal minit keenam menerusi rembatan Shahurain Abu Samah yang menerima hantaran cantik S Kunanlan sebelum menewaskan penjaga gol tuan rumah, Zairi Hafiezi Idris tetapi selang lima minit, Indra Putra Mahayuddin menyamakan kedudukan selepas menanduk masuk umpanan Fitiri Omar. T-Team berpeluang menambah jaringan tetapi rembatan Norfarhan Mohamad pada minit ke-22 ditepis penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias dan penyerang veteran, Hairuddin Omar memastikan pelawat kembali di depan apabila menyempurnakan hantaran Shukor Adan dengan tandukan berbisanya.

Tuan rumah sekali lagi menyamakan kedudukan, kali ini menerusi Norfarhan yang rembatannya terkena tiang sebelum menerjah gawang tetapi sekali lagi Hairuddin tampil menambah jaringan dengan menanduk masuk hantaran lintang Kunanlan untuk kedudukan 3-2 sebelum rehat.

Sebaik babak kedua bersambung, Negeri Sembilan meneruskan asakan dan selepas enam minit, kelalaian benteng pertahanan T-Team mengeluarkan bola membolehkan Kunanlan mara ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan sepakan lencong untuk gol keempat Negeri Sembilan.

Dibolosi empat gol, Yunus mengambil keputusan menggantikan penjaga gol dengan memasukkan Jibrail Kamaron Baharin bagi menggantikan Zairi dan ternyata percaturan itu memberi kesan dengan pelawat gagal menambah jaringan untuk kedudukan 4-2 kekal hingga tamat.
T-Team perlu bekerja keras di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada perlawanan timbal balik Sabtu ini untuk mencari sekurang-kurangnya kemenangan 3-0 andai mahu mara ke final buat pertama kali.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Den

Boleh pun kau jang!.... kek paroi nanti belasah lagi banyak. NS Boleh!!! T Team tak boleh.

hulubalang75

saya harap pihak FAM akan memilih stadium selain dari shah alam untuk perlawanan akhir piala malaysia kerana mutu padang yg teruk tidah sesuai untuk permainan akhir...lebih baik guna stadium luar lembah klang kerana mutu padang yg lebih bermutu..permainan lancar

bdk nogori

hoben jang hobennnn......

Saiful Anwar is playing poker!

HOBENG JANG HOBENG..
HOBENG SAMPAI ABIS....
TANIAH BT PLAYER2 NS..
HARAP DI LAMAN SENDIRI NANTI
JGN LEKA.....HOBENG JANG HOBENG...
HIDUP NS...HIDUP NS.....HIDUP NS....
PENYOKONG SETIA NS.....

Penyokong Selangor

Tahniah N9 dan Terengganu untuk perlawanan malam tadi. Permainan yang cukup mantap. Buat pasukan Selangor, perlu buat rombakan besar-besaran, kalau diikutkan permainan malam tadi adalah tidak ubah macam kanak-kanak sekolah berlatih pada masa pendidilan jasmani. Kami penyokong tersangat hampa dengan persembahan malam tadi.

irfan

pemain liga tempatan main bola macam pondan..bila nak maju kalau main macam nih,syok sendiri!!

one lepar

final piala malaysia....terengganu lwn negeri 9,.tgk selangor main xde penyudah, kna perbaiki penyerang lebih garang dpn pintu gol, br blh msk final....

labu

semangat sikitla t.tim


Full content generated by Get Full RSS.

Teguh di benteng

Posted: 18 Oct 2011 08:28 AM PDT

Sukan

Barcelona resah barisan depan kian goyah

BARCELONA: Tatkala kebanyakan tumpuan diberikan kepada gandingan serangan Barcelona, pertahanan mereka kini tampak jauh lebih mantap untuk memburu kemenangan kelima berturut-turut apabila menanti kunjungan juara Republik Czech, Viktoria Plzen dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok.

Anak buah Pep Guardiola menampilkan permulaan goyah dalam kempen Liga Juara-Juara, dengan kelemahan pertahanan menyaksikan mereka seri dua daripada tiga perlawanan awal termasuk seri 2-2 di laman sendiri ketika menentang AC Milan pada perlawanan pembukaan Kumpulan H.

Kecederaan melanda Carles Puyol, Gerard Pique dan Eric Abidal memburukkan lagi keadaan tetapi tatkala juara Eropah itu berdepan satu lagi kekecewaan Sabtu lalu apabila Pique terhincut-hincut ketika menewaskan Racing Santander 3-0, mereka kini tampak lebih mantap di bahagian pertahanan. Penjaga gol, Victor Valdes tidak bolos sebarang gol dalam empat perlawanan sejak Barca seri 2-2 di tempat lawan kepada Valencia, bulan lalu.

Kecederaan secara amnya satu masalah utama buat pasukan Catalan itu dengan sembilan pemain dilaporkan mengalami cedera sejak Ogos, dan Pique akan tersisih dua minggu akibat kecederaan pangkal paha.

Bagaimanapun, Andres Iniesta kembali ke kesebelasan utama selepas tersisih sebulan. Cesc Fabregas juga kembali berlatih tetapi dijangka tidak cergas untuk tempoh dua minggu lagi selepas permulaan cemerlangnya bersama Barca tersekat akibat kekejangan otot, manakala Alexis Sanchez dan Ibrahim Afellay juga tersisih untuk jangka panjang.

Adalah penting berehat untuk pulih sepenuhnya dan tidak menjadikan kecederaan bertambah teruk, akui Abidal.
Kami perlu berhati-hati kerana ada banyak perlawanan musim ini dan kami perlu berada dalam prestasi terbaik. AFP

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan