Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Elemen 22 Apek'

Posted: 24 Nov 2011 03:32 PM PST

Sukan

Ghairah mahu rampas mata daripada Bahrain

"SAYA mahu sentiasa muncul pemain terbaik di kalangan 22 pemain atas padang!"

Itulah nada suara positif penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika menceritakan elemen ini sebagai membakar semangat setiap kali dia masuk ke gelanggang membantu skuad negara.

Bintang dari Kelantan yang dikenali Apek mahu menggandakan usaha membantu Harimau Muda mencari mata pertama apabila menentang Bahrain dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan, Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini. "Setiap kali masuk padang, saya cuba tunjuk persembahan terbaik.

Sudah pasti saya mahu mengatasi pemain lain - baik rakan mahu pun lawan - untuk menjadi terbaik antara 22 pemain," katanya yang menjadi tonggak penting menyekat penyerang Syria daripada membocori gawang skuad negara secara lebih kerap, kelmarin.

Kapten itu menambah: "Saya juga sentiasa mahu beraksi baik membantu kemenangan pasukan negara kerana faktor penonton. Mereka amat penting untuk membantu bangkitkan semangat pasukan. Mereka adalah antara motivasi besar saya ketika ini."

Tidak dinafikan sumbangan besar Apek di Sukan SEA di Jakarta, baru-baru ini dan perlawanan menentang Syria, kelmarin harus diberikan satu pengiktirafan selepas banyak menyekat lawan menambahkan jaringan.
Walaupun sering dihantui dengan pelbagai kontroversi luaran namun tonggak utama Kelantan itu tidak cepat melatah dan ia tidak sesekali menjejaskan prestasinya dalam padang malah terus mempamerkan 'magis' setiap kali mengawal pintu gol negara daripada dibolosi.

"Perkara pertama yang saya sentiasa lakukan dalam setiap perlawanan adalah cuba melupakan terus semua masalah peribadi daripada luar padang dan terus menumpukan sepenuh perhatian terhadap permainan," katanya.

Khairul Fahmi turut mengakui yang dia masih belum mampu mendabik dada serta berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini dan nekad untuk terus memperbaiki segala kelemahan.

Kekalahan 0-2 kepada Syria juga menjadi pendorong untuk terus mempertingkatkan prestasi sebelum menentang Bahrain, Ahad ini.

"Saya sedar kelayakan Olimpik adalah pentas terbaik untuk menonjolkan diri. Dalam perlawanan semalam (kelmarin) semua pemain sudah melakukan yang terbaik dan mereka begitu mahukan kejayaan mencipta sejarah kami tersendiri.

"Secara peribadi, saya masih tidak berpuas hati dengan prestasi saya terutamanya selepas bolos dua kali. Saya juga ada menjalani latihan tambahan bersama rakan sepasukan dan kami saling menegur kesilapan antara satu sama lain sebelum menghadapi perlawanan seterusnya terutamanya menentang Bahrain, Ahad ini," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

A. Chakoy

Harumkan nama negara wahai Harimau Muda. Semoga kalian semua berjaya, dan mencapai cita-cita yang diidamkan..

juan

TAHNIAH, KPD APEK
TERIMA KASEH KERANA MENEBUS MARUAH NEGARA

Ashabul

tahniah untuk sume pemain.semuanya mantap.tetapi dibahagian serangan kurang menyengat.harap dapat diperbaiki..tahniah pemain muda..hidup malaysia

ROSIMA BINTI JULI

plz do the best for our country,..kamu semua adalah harapan mmlsia,..all the best harimau muda.

ahmadzulkifli

TERUSKAN PAMERKAN KEBANGKITAN HARIMAU MALAYA, TAHNIAH JUGA BUAT KHAIRUL FAHMI KERANA MEMPAMERKAN PERMAINAN YANG MENAKJUBKAN, JUGA PADA YANG LAIN.

biskut_cotek

Fahmi, tolong beringat hal-hal diluar pade, jange duk gi tempat koksey gak .....kok-kok mano pun, pese Tok Guru dulu tu, jange lupo.

Sam

Inilah sikap positif yang ditonjolkan Apek untuk sentiasa meningkatkan pretasi berharap pemain lain mencontohi beliau.

awang abdul rahman

pastikan pemain pertahanan menumpukan perhatian kepada bahagian sayap lawan..kepantasan mereka adalah dari sayap..

MUHAMMAD HAFIDZ BIN ABDULLAH

Pasukan Malaysia boleh berjaya dengan syarat semua pemain dan pegawai mempunyai semangat juang yang tinggi dan pemain jangan gopoh gapah perlu tenang walau apa situasi apa pun. Teruskan perjuangan wahai Harimau Muda kejayaanmu kebanggaan kami.

TERENGGANU KINI

INSYAALLAH HARIMAU MUDA MENANG AHAAD INI.

yushail

HArap Apek menjadi contoh dan tauladan terbaik sama ada di dalam mahupun diluar padang...

apai malouda

gud job apek... da mcm peter cech da...

MOHD ALIFF FIRMAN MAULA YAACOB

khairul fahmi, you are the best gol keeper. saya harap harapan khairul fahmi akan tercapai. teruskan untuk menjadi yang terbaik. go3 malaysia boleh khairul fahmi boleh

Mukhalillullah

tahniah buat Apek yg telah menunjukkan permainan yg mantap serta berusaha untuk terus bermain dengan baik lagi....
teruskan kecemerlangan untuk permainan seterusnya,..

Fuzi Ali

What ever pemain Malaysia bgs,apek good pertahanan buat seperti melawan indon tempuhari pasti menang!go Malaysia(harimau) go.inshaallah. . .


Full content generated by Get Full RSS.

‘Malaysia makin liat’

Posted: 24 Nov 2011 03:28 PM PST

Sukan

Kami lebih waspada kali ini: Bahrain

SAMA ada bersikap diplomasi atau sebaliknya, skuad bola sepak Bahrain menghambur pujian ke atas Malaysia yang dianggap makin liat ketika ini.

Jurulatih pasukan dari negara Teluk itu, Salman Shareeda beranggapan anak didik Ong Kim Swee pasti sukar ditewaskan dalam pertembungan Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

"Kami tetap berwaspada dengan kemampuan Malaysia ketika ini," katanya selepas sesi latihan, semalam. "Kami ada melihat aksi Malaysia menentang Syria sebelum ini, nyata mereka sebuah pasukan yang sukar untuk ditewaskan."

Ketika sama, dia turut memuji beberapa pemain skuad Harimau Muda yang beraksi cemerlang ketika menentang Syria tempoh hari walaupun tewas 0-2.

"Ada beberapa pemain Malaysia yang bagus. Pemain nombor 12 anda (Muhamad Nazmi Faiz Mansur) ada kemampuan tinggi. Saya lihat dia menjana bahagian tengah dengan baik dan kita perlu lebih berhati-hati dengan pemain ini untuk mengelak dimalukan nanti," katanya.

Selepas tewas dalam dua aksi sebelum ini, Bahrain kelihatan lebih terdesak untuk mencari kemenangan menentang skuad kebangsaan, Ahad ini.
"Kami datang ke Kuala Lumpur hanya untuk mencari kemenangan pertama kami. Kami perlukan tiga mata untuk menghidupkan peluang kami," kata Salman.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

AN15

Usahlah berseronok sangat, saya beranggapan itu hanyalah satu sikap yang berdiplomasi dari Jurulatih bolasepak Bahrain sahaja.

BUKHARI HASSAN

pemain malaysia ada perubahan biasanya siapa yg lebih daya siang akan dapat kemenangan harapan malaysia masih ada jgn serah sebelum bersabon good luck

gom phong nyuk

malaysia pasti menang. Jika ada penyerang berbisa. Masukkan dua penyerang di depan.

Sulaiman Dali

InsyaAllah dengan izin Allah kita boleh mengalahkan Bahrain. Saya terasa yakin dengan squad kita kali ini yang boleh membuat kejutan untuk mengalahkan negara teluk ini.

zmye

HM kekalkan rentak perlawanan ketika menentang Syria tempohari pada separuh masa pertama,Kalau ini boleh dikekalkan disamping keupayaan stamina yang tinggi,taktikal dan cara hantaran bola yang cepat(1~2 touch)saya yakin HM dapat mengatasi pasukan Bahrain yang ketika ini sama2 mencari kemenangan.Advantage pada pasukan HM,Ayuh!buktikan..Kepada striker gunakan peluang sebaik mungkin yang diberikan oleh team,jangan tamak nak passing kat rakan jika tiada keyakinan,tapi harus mencuba.Rumusanya kalau nak menang nanti
1- kuatkan pertahanan dan bahagian tengah
2- Keuatkan jentera serangan yang ber"IDEA".
3- Stamina kena jaga beb!!
Okey go HM semoga berjaya.

muad

lawan dulu baru puji liat ke tak liat...


Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan